nuffnang adv

lazada adv

Friday, April 19, 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON PRU 13- Pengesahan Calon DUN Permaisuri.. Saingan 3 penjuru


Kerusi panas DUN Permaisuri terus menjanjikan persaingan di mana 3 calon telah sah mendaftarkan diri pagi DUN Permaisuri iaitu:

DUN Permaisuri
1- HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE - BN
2- EN. WAN MOKHTAR BIN WAN IBRAHIM - PKR
3- EN. MOHD YUSOP BIN MAJID - BEBAS


Bekas Ahli Parlimen BN, Mohd Yusof Bin Majid telah mencalonkan diri untuk Calon BEBAS bagi menentang Dato Mohd Jidin Shafee, manakala Pakatan Rakyat pula adalah Wan Mokhtar Bin Wan Ibrahim- PKR.


Pergolakan bagi DUN Permasuri terus hangat dengan perkembangan terkini ini di mana, sebelum ini DMJ (Dato Mod Jidin) dikatakan telah menyingkirkan Mohd Yusof Majid bagi merebut kerusi Parlimen semasa PRU 12 dahulu. Kini ia bagaikan pertembungan semula dengan di saingi oleh PKR.


Calon Dun Langkap, Dato Sabri M Nor, Calon Dun Permasiuri , Dato Mohd Jidin Shafee, Calon Parlimen Setiu, Che Zulkifli Bin Jusoh dan Calon Dun Jabi Mohd Iskandar Jaafar

Bagi Parlimen Setiu juga menjanjikan persaingan yang sengit iaitu Che Mohamad Zulkifli Bin Jusoh -Hakim dan Haji Omar Bin Sidek - Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

PARLIMEN SETIU
1- CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH - BN
2- HAJI OMAR BIN SIDEK - PAS


DUN LANGKAP
1- SABRI BIN MOHD NOR- BN
2- HAJI HASSAN BIN KARIM -PAS

DUN BATU RAKIT
1- BAZLAN ABD RAHMAN- BN
2- CHE GHANI BIN AMBAK- PAS

Bagi DUN Batu Rakit, calon BN- Bazlan Abd Rahman akan ditentang bekas Ahli Parlimen Setiu- Che Ghani Ambak yang juga menjanjikan persaingan yang sengit setelah penyandang Khazan Che Mat di gugurkan.


Dua calon bagi DUN JABI- Mohd Iskandar- BN (kanan) dan Dr Azman  Ibrahim- PAS (kiri)- kedua-duanya adalah calon muda berusia 38 dan 39 tahun.

Mohd Iskandar semasa penyerahan borang penamaan calon bersama pencadang


DUN JABI
1- MOHD ISKANDAR JAAFAR- BN
2- DR AZMAN BIN IBRAHIM - PAS

sumber gambar: Facebook/mohd iskandar jaafar dan facebook/fadhliyusof- TQ

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...