nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 23, 2013

PRU 13: Pemuda BN arah hentikan tayangan video lucah di markas


Oleh: Aida Abd Rahman

Pemuda Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengarahkan penyokong parti yang didapati menayangkan video lucah melibatkan pemimpin pembangkang di markas Barisan Nasional (BN) menghentikan perbuatan tidak bermoral itu kerana jelas mencemar imej dan peribadi seseorang, kata ketuanya, Encik Saiful Bahri Baharuddin.

 “Jika saya dapati ada berlaku, sewajarnya Pemuda BN dan pimpinan negeri beri arahan supaya hentikan perkara itu. 

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah individu serta orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemarkan imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu dari berlaku,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, semalam.

Encik Saiful yang juga Ketua Pemuda Umno negeri mengulas demikian ketika ditanya berhubung isu penayangan video lucah terbabit di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu sepanjang kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebagaimana Encik Saiful, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki juga menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui kewujudan kegiatan tidak sihat itu di markas BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menyanagkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh kata apa tetapi dalam cermah atau secara terbuka tidak mungkin berlaku.

“Kita tidak mahu sesuatau yang boleh menimbulkan masalah terutama dari sudut kesalahan atau keselamatan jika menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang.Tidak mungkin kita melakukan perkara yang boleh menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau berkata, BN serta Umno juga tidak pernah mengeluarkan arahan supaya video itu ditayangkan bagi tujuan menjatuhkan pihak lawan.

Encik Badrol yang mengakui belum melihat video berkenaan menyifatkan tindakan keterlaluan menayangkan rakaman itu hanya boleh membuka aib seseorang, selain Islam juga mengharamkan perbuatan membuka aib orang.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...