nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 20, 2013

PRU-13: Tok Mun tanding guna lambang kunci di Parlimen Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU 20 April - Nenek yang mencuri tumpuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, Maimun Yusuf, 94, sekali lagi menjadi perhatian umum apabila sah bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU kali ini.
Maimun atau lebih dikenali sebagai Tok Mun ditemani dua wanita yang dikatakan jirannya menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Negeri sini pagi ini.
Dengan memadankan baju kurung bercorak bunga, tudung berwarna jingga serta tas tangan merah jambu dan beg plastik ungu dengan ikatan wang RM10,000 sebagai deposit, Tok Mun menjadi calon pertama menyerahkan borang pencalonan.
Beliau yang merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak sekian lama, bertanding buat kali kedua sebagai calon Bebas bagi kerusi itu.
Lawan Tok Mun yang bakal menggunakan lambang kunci pada PRU kali ini ialah calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zubir Embong dan Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas).
Mohd Zubir yang merupakan bekas ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri dianggap calon yang menjadi perhatian umum bagi kerusi itu.
Maimun ketika ditemui memberitahu, beliau menggunakan wang simpanan untuk bertanding dalam PRU-13 ini dan akan bergerak bersendirian semasa kempen nanti. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130420/px_145/PRU-13-Tok-Mun-tanding-guna-lambang-kunci#ixzz2R02NJpOF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...