nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 23, 2017

Haval akan lancar 2 model baharu tahun ini dengan harga bermula RM115K..





GoAuto, pengedar dan pemasang rasmi untuk jenama Haval dari China akan melancarkan dua model SUV baharu dari jenama itu.

Menurut Ahmad Azam Datuk Sulaiman, CEO untuk GoAuto yang Careta temubual di Shanghai tadi, kedua model tersebut akan dilancarkan seawal suku ketiga tahun ini.

azam 2
Azam ditemuramaha media sewaktu di Shanghai semalam.

Kedua model tersebut ialah model H6 Coupe (gambar utama) dan H9 di mana model H6 Coupe ialah SUV lima tempat duduk dengan pilihan enjin petrol 2.0L Turbo dan transmisi automatik 6 kelajuan automatik. Saiz H6 Coupe pula adalah lebih mirip kepada sebuah Mitsubishi ASX.

Untuk H9, ia adalah model tujuh tempat duduk dengan  enjin petrol 2.0L turbo dan transmisi 6-kelajuan automatik. Menggunakan kerangka “ladder frame” ia adalah pesaing kepada model SUV Isuzu Mu-X dan Toyota Fortuner.

Namun begitu, Azam berkata spesifikasi untuk kedua model itu masih belum muktamad. Untuk harga, GoAuto mensasarkan harga bermula dari RM115,000 untuk H6 Coupe dan RM140,000 untuk model H9. Model H9 akan menggantikan model H5 yang kini sudah tidak lagi dijual di Malaysia.
Seperti model-model H1 dan H2 yang dijual sekarang, harga akan menjadi tarikan utama kerana ia mempunyai kelengkapan tertinggi untuk SUV dalam julat harga tersebut.

Careta sudah ke Baoding untuk merasakan sendiri kualiti kedua model SUV yang bakal dibawa masuk itu dan di bawah ialah ringkasan dari apa yang dipelajari:

Haval H6 Coupe R&D-40

Haval H6 Coupe 2.0 GDiT
– Rekabentuk yang lebih moden dari H2
– Kabin dalam dengan gaya Eropah
– Penggunaan bahan premium untuk kabin.
– Kelengkapan yang sangat banyak
– Warna dalaman yang lebih kontemporari
– Sistem gantungan yang sangat baik dan selesa
– Senyap, walaupun dipandu lebih dari 170 kmsj di litar ujian Haval.
– Ruang penumpang dan ruang barang yang besar
– Enjin 2.0L turbo sangat berkuasa dan tiada deruman menyakitkan telinga dari transmisi, bahagian roda atau bunyi angin

Haval H9 R&D-1

Haval H9 2.0 GDiT
– Besar dan nampak gah
– Siap dengan side step elektrik yang boleh turun (ala Range Rover)
– Ruang kabin dengan tujuh tempat duduk
– Rekabentuk dalaman yang moden
– Balutan kulit premium berbau Eropah
– Sistem gantungan yang sangat baik dari segi keselesaan
– Kabin yang senyap sunyi
– Kualiti pemasangan baik

Nyata Haval sudah jauh berubah dalam masa lima tahun lalu dan kini, kenderaannya memang sudah jauh ke hadapan meninggalkan beberapa pesaing yang jauh lebih lama di dalam industri automotif ini.

 Pengalaman Careta melawat ke Bahagian Penyelidkan dan Pembangunan Haval di Baoding, China dan bagaimana pengarang urusan kami, Hezeri Samsuri, terkedu dengan negara yang cuma sepuluh tahun lalu masih terasa seperti Tanah Malaya tiga hari selepas merdeka.

Di bawah ialah galeri gambar untuk kedua-dua model tersebut.
Haval H6 Coupe 2.0L GDiT
Haval H9 2.0L GDiT





Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...