nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label iklan kreatif. Show all posts
Showing posts with label iklan kreatif. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Melatih Minda Kita Berfikir Lebih Kreatif

MINDA adalah aset  manusia yang paling BERHARGA. Ianya tiada pada makhluk bernyawa yang lain walaupun masing-masing ada otak secara fizikalnya.

Mencerap ilmu adalah salah satu fungsi yang membolehkan manusia berfikir lebih kreatif dan sentiasa mencabar keupayaan MINDA sendiri supaya menghasilkan IDEA dan ILHAM yang terbaik untuk diterjemahkan dalam hidup.

Apabila kita merenung terutamanya kerja-kerja kreatif pengiklanan samada melalui IKLAN bilboard, papantanda, iklan TV dan sebagainya, inilah antara hasil pemikiran KREATIF dan mencabar MINDA supaya berfikir diluar daripada kotak biasa.
Ingin mengubah cara manusia bertindak boleh dilakukan dengan melakukan atau memberi arahan atau membuat peraturan untuk diikuti, tetapi untuk mengubah cara manusia berfikir dan melihat sesuatu dengan cara yang berbeza adalah sesuatu yang sukar. Ini kerana ia adalah kerja-kerja kompleks yang bergabung secara serentak antara mencerap, menta'akul, memahami, mentafsir, melihat dari sudut yang berbeza, pengalaman, pembacaan, penilaian dan bermacam-macam lagi usaha yang dilakukan oleh 'super komputer' kita iaitu MINDA secara serentak. Sebab itulah ia amat berharga dan amat besar potensi MINDA yang belum diterokai oleh kita.


Melihat kepada iklan di atas, ia memberikan kita banyak sekali idea dalam melontarkan idea bisnes, pemasaran produk, kerja kreatif serta membentuk persepsi baru publik terhadap produk. Ia bukan pemasaran produk semata-mata tetapi membina 'BRAND" pada produk melalui sentuhan pancaindera manusia dengan mesej dan gambar yang membentuk persepsi dalam MINDA kita.

Sesungguhnya membentuk dan membangunkan 'MENTALITI' baru adalah suatu cabaran dalam membangunkan tamadun  manusia baru yang serba dilengkapi dengan teknologi yang serba pantas dan canggih. Namun begitu kelengkapan yang canggih seperti kemudahan gadget sekarang dengan smartphone belum tentu dapat menghasilkan masyarakat berfikiran maju jika kita hanya menjadi FOLLOWERs, tetapi dikuasai oleh teknologi dalam hidup seharian.
Kunci utama dalam membangunkan MINDA adalah PEMBACAAN, PENTAAKULAN serta mengasah MINDA secara kerap, dan sentiasa mencabar keupayaan MINDA kita berfikir, membuat keputusan serta menghasilkan rumusan.

Nampak berbelit tetapi sebenarnya kita perlu mencari dimana MINDA kita dan bagaimana untuk dikembangkan dan dibangunkan kekuatan MINDA kita supaya ia mampu memberi pulangan pada kita. Bab kata pakar kewangan Robert T Kiyosaki @ RICH DAD, ASET adalah sesuatu yang memberi pulangan samada keuntungan, dividen atau apa-apa kebaikan kepada kita.

Monday, January 31, 2011

Inovasi iklan kini telah melangkau jauh

Dalam penerbangan blogger dengan menaiki pesawat Firefly Kuala Terengganu- subang, terpandang iklan-iklan dalam pesawat yang cukup menarik.






kini ruang-ruang untuk mengiklan kepada publik dalam aktiviti 'public awareness' telah melangkau jauh dan kita tak mengjangka ia telah diiklankan dengan cara yang tidak kita jangka. Malah kadang kita tak perasan pun ia sebenarnya adalah iklan.

Begitulah kreatifnya mereka yang berkecimpung dalam dunia pengiklanan. suatu hari nanti mungkin tandas pun akan menjadi medium iklam yang berkesan dan menarik terutama akan muncul suatu hari nanti tandas kreatif dan berinovasi dengan iklan-iklan yang menarik.

Sebenarnya kuasa iklan ini amat kuat dan utuh sekali dalam memberi 'awareness' kepada khalayak. Kalau kita tengok dan perhati, setiap hari pasti ada produk atau jenama baru di TV.  Syarikat yang sanggup melabur dalam iklan tv dengan berkesan pasti akan melihat hasilnya yang menabjubkan dimana produk consumer mereka akan cepat diterima pelanggan di pasaran.

Teringat masa belajat di universiti dahulu, di mana beberapa kerat sahaja daripada warga bumi Melayu yang minat menceburi atau mengambil paper atau jurusan pengiklamam. hampir 80% adalah daripada kaum Cina.

Sebab itulah kalau diperhatikan produksi-produksi iklan yang besar di negara kita masih dikuasai oleh mereka walaupun tenaga produksi ada juga warga kita yang menjadi pilihan seperti Allahyarham Yasmin Ahamd dengan Leo Burnett Advertising.

Dunia kreatif dalam dunia pengiklanan amat menarik sekali untuk diterokai. Ia mencabar namun amat menarik.

Monday, December 6, 2010

Kembali kepada siri iklan bijak siri 4

Setelah dua tiga hari  melayan cerita sensasi, kini blogger kembali meneruskan untuk berkongsi siri-siri iklan yang menawan hati dan memberi mesej yang berkesan...

 Iklan BMW yang unik dan menarik

 Iklan NESTLE yang bagaikan serasi dengan alam sekitar dengan mesej burung turut bersama iklan

 Kesan iklan yang mengagumkan

 Iklan MERCEDES BENZ yang menarik


Satu lagi iklan Mini Cooper yang menarik dan sarat dengan mesej

 Iklan PS2 yang unik bagaikan lut cahaya....

Satu iklan PSP yang berkoloborasi dengan alam

Iklan pemakaian tali pinggang bagi penumpang belakang dalam kempen keselamatan di Jalanraya...

Apabila kita melihat iklan-iklan menampakkan bermacam-macam cara dalam kita menyampaikan mesej kepada khalayak atau pelanggan...

Tengok mesej iklan dan cari idea untuk bisnes kita......

Wednesday, December 1, 2010

iklan-iklan bijak siri 3

Di sini sekali lagi blogger ingin berkongsi siri-siri iklan yang memberi kesan kepada khalayak. Kepada anda yang mempunyai bisnes atau sedang untuk mempromosikan produk, cuba renung, fikir dan ambil idea macamana iklan sebegini memberi kesan kepada kita samada dari segi jenama ataupun mesej.



 Iklan untuk playstation yang unik dan menarik.

 Iklan yang mempunyai motif integrasi antara negara dalam satu mesej.


Iklan Fedex yang unik dan menarik

 Iklan yang nampak real.

iklan peralatan kesihatan yang unik

banyak sekali idea yang boleh kita ambil dan touch up kan kreativiti kita supaya sebarang iklan bisnes kita memukau minda pelanggan.

Untuk mendapatkan idea yang baik dan bernas sebenarnya yang sedikit sukar. Otak kita perlu memerah idea dan keringat bagi mendapatkan iklan kreatif sebegini.

Wednesday, November 24, 2010

Iklan kreatif yang memberi kesan


Ini adalah iklan-iklan yang berjaya dan dapat memberi kesan awareness kepada khalayak.
Sama-sama kita renung...

 Iklan ini menunjukkan mesej yang begitu jelas sekali dengan pegang paperbag pun sudah menggambarkan bahawa kita bawa anak kita berjalan sekali atau shopping bersama anak. Jelas menunjukkan kemesraan anak dan ibu. Mesej yang jelas jagalah anak-anak kita....

 Iklan ini menunjukkan betapa bahayanya penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Hancurnya telefon dan kereta menunjukkan inilah akibatnya penggunaan telefon semasa memandu yang boleh membawa kecelakaan. Berhati-hati di jalanraya. Gunalah 'hands free kit'.

Ini iklan yang memaparkan bahawa kita perlu sentiasa membersihkan tangan kita kita apabila menyentuh bayi. Ini kerana tangan kita mempunyai bermacam-macam bakteria umpama tangan kita penuh diselimuti dengan lipas dan serangga lain yang boleh membawa kepada jangkitan. Bijak... bijak 

 Ini iklan yang amat baik sekali bagi mereka yang kaki night club, parking khas telah disediakan untuk mereka dengan sebatang pokok terus untuk dilanggar.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...