Ini adalah iklan-iklan yang berjaya dan dapat memberi kesan awareness kepada khalayak.
Sama-sama kita renung...
Iklan ini menunjukkan mesej yang begitu jelas sekali dengan pegang paperbag pun sudah menggambarkan bahawa kita bawa anak kita berjalan sekali atau shopping bersama anak. Jelas menunjukkan kemesraan anak dan ibu. Mesej yang jelas jagalah anak-anak kita....
Iklan ini menunjukkan betapa bahayanya penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Hancurnya telefon dan kereta menunjukkan inilah akibatnya penggunaan telefon semasa memandu yang boleh membawa kecelakaan. Berhati-hati di jalanraya. Gunalah 'hands free kit'.
Ini iklan yang memaparkan bahawa kita perlu sentiasa membersihkan tangan kita kita apabila menyentuh bayi. Ini kerana tangan kita mempunyai bermacam-macam bakteria umpama tangan kita penuh diselimuti dengan lipas dan serangga lain yang boleh membawa kepada jangkitan. Bijak... bijak
Ini iklan yang amat baik sekali bagi mereka yang kaki night club, parking khas telah disediakan untuk mereka dengan sebatang pokok terus untuk dilanggar.
Ini adalah kempen bagi menjimatkan pengunaan elektrik atau menggunakan elektrik dengan efisien. Walaupun dengan menggunakan sudut yang kecil sahaja, mesej telah terpapar dengan jelas sekali.
Model iklan beg yang klasik, oarang tak pandang pada model tapi pada beg yang difokuskan....
Iklan WWF bagi melindungi Beruang Panda, kita kena jaga alam sekitar kita, kualiti air kita supaya kita dan hidupan liar sihat di alam ini. Kita perlu tengok kualiti sungai kita yang semakin hari semakin merosot kualiti airnya. Lihat Jepun dan Korea, air sungai di tengah bandar jernih berkilau. Betapa jauh tamadun kemajuan dan sikap mereka meninggalkan kita.
Idea-idea kreatif sebegini perlu kita renungi dan hayati bagi memajukan bisnes dan perniagaan kita. Semua aspek kraetif diambil kira bagi mencuit atau memastikan mata kita melihat iklan tersebut.
No comments:
Post a Comment