Amacam cantik tak design Proton Suprima baru ni?
Design ni hasil cetusan idea bekas designer Proton sendiri, Saharudin Busri atau lebih dikenali dengan panggilan Wak. Beliau pernah berkhidmat selama 13 tahun bersama Proton dan merupakan pemilik Suprima yang pertama.
Menurutnya beliau sekadar nak membantu mengubah imej rekabentuk Proton
supaya kembali dapat menarik minat ramai terhadap jenama tersebut. Mahu
ke tidak Proton dengar? Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.
SIDANG MEDIA 20 FEBRUARI 2017
ADIK DATO’ SERI HISHAMUDDIN TUN
HUSSEIN UNTUNG RM76 JUTA DALAM TIGA BULAN SELEPAS KWSP MENGAMBILALIH
SAHAM PEMEGANG KONSESI DUKE
(Carta harga saham, dokumen dan bukti lain boleh diteliti di: http://rafiziramli.com/…/adik-dato-seri-hishamuddin-tun-hu…/)
Saya mengikuti perkembangan urusniaga pengambilalihan pegangan 40% di
dalam pemegang konsesi Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang melibatkan
pembelian saham-saham di dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn
Bhd (Kesturi) (iaitu pemegang konsesi DUKE) oleh Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) daripada Ekovest Berhad.
Urusniaga ini yang
diumumkan melalui satu notis yang difailkan di Bursa Kuala Lumpur Ogos
lalu mendapat perhatian oleh kerana harga yang dibayar oleh KWSP dilihat
terlalu tinggi dan ada laporan yang meletakkan harga yang dipersetujui
KWSP itu sehingga 46% lebih tinggi dari nilai sebenar saham-saham yang
dibeli.
Juga mendapat perhatian ialah pemilikan Ekovest Berhad
yang dikawal oleh dua orang ahli perniagaan yang rapat dengan
pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, iaitu:
i. Tan Sri Lim
Kang Hoo, iaitu pemegang saham terbesar. Beliau juga adalah rakan kongsi
syarikat dari China yang membeli tanah Pengkalan TUDM Sungai Besi dari
1MDB ii. Dato’ Harris Onn Hussein, adik kepada Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang merupakan pemegang saham kedua terbesar
Dato’ Harris Onn Hussein mengawal sebanyak 13.38% saham-saham Ekovest
mengikut notis 29B yang difailkan di Bursa Kuala Lumpur pada 18 November
2016. Dato’ Harris memegang saham-saham ini melalui sebuah syarikat
bernama Kota Jayasama Sdn Bhd. Saya sertakan semakan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan Kota Jayasama Sdn Bhd dimiliki
oleh Dato’ Harris Onn.
Selain dari kontroversi mengenai harga
yang dibayar KWSP kepada syarikat yang dikuasai oleh ahli perniagaan
yang rapat dengan pentadbiran Dato’ Seri Najib, rentetan peristiwa
sepanjang urusniaga jual beli pemegang konsesi Lebuhraya DUKE
menimbulkan kerisauan rakyat sama ada KWSP juga sudah terheret di dalam
urusniaga-urusniaga yang menguntungkan sesetengah pihak.
Saya sertakan rentetan peristiwa utama jual beli saham yang melibatkan pemegang konsesi DUKE ini:
1. Pemegang konsesi DUKE iaitu KESTURI adalah syarikat usahasama di
antara Wira Kristal Sdn Bhd (yang dimiliki bersama Tan Sri Lim Kang Ho
dan Dato’ Harris Onn) dan KWSP. WKSB memiliki 70% pegangan dan baki 30%
dipegang Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
2. Dalam
tahun 2012, pemilikan Tan Sri Lim Kang Ho dan Dato’ Harris Onn
kemudiannya dipindahkan ke dalam Ekovest Berhad yang menjadikan
kedua-dua mereka pemegang saham terbesar di dalam Ekovest Berhad. Dalam
erti kata lain, mereka “menyuntik” konsesi Lebuhraya DUKE ke dalam
Ekovest.
3. MRCB dikawal oleh KWSP sebagai pemegang saham
terbesar. Dalam tahun 2012, pegangan KWSP di dalam MRCB adalah 42.16%
dan dalam tahun 2014, KWSP memiliki 38.37% saham MRCB. Ini bermakna
dalam kedua-dua tahun, KWSP mengawal keputusan MRCB.
4. Pada 29
Januari 2014, MRCB menjual kesemua 30% pegangannya di dalam KESTURI
kepada Ekovest pada harga RM228 juta. MRCB melaporkan keuntungan
sebanyak RM95 juta dari penjualan tersebut.
5. Pada 21 September
2016, Ekovest melaporkan kepada Bursa Kuala Lumpur bahawa ia akan
menjual 40% sahamnya di dalam KESTURI pada harga RM1.13 bilion kepada
KWSP.
Keputusan KWSP (secara tidak langsung melalui MRCB) menjual
30% pegangannya di dalam pemegang konsesi Lebuhraya DUKE dalam tahun
2014 pada harga RM288 juta, kemudiannya membeli kembali dua tahun
setengah kemudian (dengan tambahan 10% saham menjadi 40%) pada harga
RM1.13 bilion telah banyak dipersoalkan oleh pencarum dan orang ramai.
Walaupun jawapan rasmi KWSP adalah pembelian tersebut mengambil kira
aliran tunai akan datang dari lebuhraya baru DUKE 2, beberapa perkara
penting perlu diambil kira:
1. Nilaian 46% yang lebih mahal itu
telah mengambil kira jumlah yang telah dan bakal dibelanjakan oleh
Ekovest untuk membina DUKE 2
2. Jika aliran tunai akan datang
dari DUKE 2 sangat menguntungkan, apakah sebabnya KWSP (secara tidak
langsung melalui MRCB) menjual sahamnya dalam tahun 2014 mengambil kira
bahawa perjanjian konsesi DUKE Fasa 2 (atau DUKE 2) telah pun
ditandatangani seawal 3 Disember 2012. Bukankah pada ketika itu, KWSP
(secara tidak langsung melalui MRCB) sepatutnya telah tahu bahawa
nilaian Ekovest akan naik mendadak dan sewajarnya tidak menjual
saham-sahamnya?
Ekoran dari urusniaga yang menjadi durian runtuh
kepada Ekovest ini, saya telah mengikuti dengan dekat urusan jual beli
saham pemilik saham terbesarnya.
Dato’ Harris Onn mula menjual
sahamnya pada 11 November 2016 setelah harga saham Ekovest naik mendadak
selepas pengumuman pembelian KWSP, seperti carta harga saham dibawah:
Di antara 11 November 2016 hingga yang terakhir 20 Januari 2017, Dato’
Harris Onn telah menjual sebanyak 43.876 juta sahamnya di dalam Ekovest
yang memberi perolehan (hasil jualan saham) sebanyak RM105 juta.
Saya sertakan senarai urusniaga penjualan saham oleh Dato’ Harris Onn
secara terperinci di dalam Lampiran untuk menunjukkan bagaimana beliau
mula menjual saham Ekovest pada jumlah yang tinggi setelah harga saham
Ekovest naik mendadak,
Dalam tempoh tiga bulan iaitu November
2016 ke Januari 2017, Dato’ Harris Onn telah membuat keuntungan sebanyak
RM76 juta dari jualan saham yang naik mendadak setelah keputusan KWSP
membeli kembali saham-sahamnya yang dijual dalam tahun 2014.
Sementara saya percaya KWSP ada jawapan yang baik, rakyat berhak
mengetahui kenapa saham-saham ini dijual dalam tahun 2014 hanya untuk
dibeli kembali dalam tahun 2016, sedangkan maklumat aliran tunai masa
depan telah diketahui.
Pada masa adik menteri kanan dan sepupu
Dato’ Seri Najib beraya sakan dengan durian runtuh RM76 juta, wang itu
samalah seperti wang pencarum yang dibayar oleh KWSP.
RAFIZI RAMLI AHLI PARLIMEN PANDAN NAIB PRESIDEN KEADILAN
Laporan penuh bersama lampiran boleh didapati di:
Blog | Rafizi Ramli http://rafiziramli.com/
Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di:
Facebook | Rafizi Ramli https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan
Youtube | INVOKE Malaysia https://www.youtube.com/channel/UCZR8ZLTDfgMQgLyZBkeqaQg
admin: apa yang admin kagum dengan Rafizi adalah setiap hujah yang dikemukan disertakan dengan bukti laporan dan sebagainya. Bermakna setiap tulisan dan laporan beliau adalah hasil bacaan dan kajian oleh beliau sendiri.
Sekadar mencari penjelasan, benar dan sahih kah surat ini? Yang dikatakan dari DR Zahid Hamidi kepada FBI berhubung kes penahanan rakyat Malaysia iaitu Phua Wei Seng aka Paul Phua yang dikatakan antara 'King Of Gambler' yang dikatakan terlibat dengan Kumpulan 14K Triad yang dikaitakan dengan jenayah perdagangan dadah, pengubahan wang haram serta perjudian haram. hasil selidikan google, ini adalah Phua Wei Seng aka Mr Paul Phua:
When FBI agents went into Villa 8882 at Caesars Palace in Las Vegas on the afternoon of July 9, they found Wei Seng Phua and his son watching the World Cup semifinal between the Netherlands and Argentina.
Phua, a regular at the Poker King Club inMacau where seven-figure pots are common, had flown in from the former Portuguese colony on his private jet two weeks earlier. He travels on a diplomatic passport from San Marino, hobnobs with the world’s top professional poker players, and according to the FBI, he’s a high-ranking member of a Hong Kong-based triad.
When the FBI entered their villa, the father and son and a third man had their laptops switched on to betting websites showing the live odds for the game and instant messaging windows. In two of the hotel’s adjacent villas, which rent for a minimum of $25,000 a night, investigators discovered other members of Phua’s group amid clusters of computers and monitors and three large-screen televisions showing soccer games.
During the Federal Bureau of Investigation raid, a woman working on a laptop was ordered to put her hands up. She raised one hand and continued typing on a betting website with the other, according to a criminal complaint filed by the U.S.
Photographer: Jacob Kepler/Bloomberg
Wei Seng Phua, a Malaysian citizen who also goes by Paul Phua, and his son are due… Read More
Phua, 50, a Malaysian citizen who also goes by Paul Phua, and his son are due today in federal court to answer to charges they ran an illegal gambling business out of the Caesars Palace villas. Phua and his associates, six of whom are set to be arraigned Aug. 7, were using the SBOBet and IBCBet sports betting websites, neither of which is licensed to operate in Nevada, to monitor odds and place bets, according to federal prosecutors.
Sport Betting
Those are the two biggest online sport betting commission businesses in the world, according to Chris Eaton, former head of security at soccer’s governing body FIFA. Eaton, now a director at Doha, Qatar-based International Centre for Sport Security, estimated that each company turns over about $2 billion a week.
Of more than 8,000 operators offering sports betting worldwide, most do so without obtaining authorizations required in the countries where their clients are located, making about 80 percent of all sports bets illegal, according to a May 2014 report by the Sorbonne University and International Centre for Sport Security.
David Chesnoff, Phua’s lawyer, said his client will plead not guilty “as loudly as possible.”
“He intends to vigorously defend the case,” Chesnoff said in a phone interview.
Poker Players
Phua and his 22-year-old son, Wai-kit Phua (aka: Darren Phua), are out on bail after two professional poker players posted $2.5 million in cash bonds and Phua’s $48-million Gulfstream G550 was secured as collateral. The poker players, Andrew Robl and Phil Ivey, who has won 10 World Series of Poker bracelets, are friends of Phua, Chesnoff said.
Phua’s lawyer described him as an “entrepreneur.” The Justice Department said in a court filing that he’s a high-ranking member of an Asian organized-crime group, the 14K Triad. Triads are involved in the illegal drug trade, money laundering, illegal gambling and extortion rackets.
Chesnoff denied the allegation, saying he wasn’t going “to dignify it with a response,” and said his client was a “complete gentleman.”
Phua at one point provided so-called junket services to the Macau subsidiary of Las Vegas Sands Corp. (LVS) He was the owner of Sat Ieng, a licensed operator that brought high rollers to the casino’s VIP rooms in exchange for a share of the turnover, according to a 2006 filing by Teem Foundation Group Ltd., a Hong Kong company that invested in Phua’s business.
When he was arrested last month, Phua told federal agents he was betting on the World Cup through someone in the Philippines named “Foo.” He also told them he has invested $200 million in the IBC website and that he had bet “between $200 million and $300 million in Hong Kong money” since arriving at Villa 8882 on June 23, according to the complaint. In a separate interview, Darren Phua said his father owns IBC.
Macau Run-In
The FBI raid in Las Vegas wasn’t the Phua’s first run-in with law enforcement over alleged World Cup betting.
He was arrested in June in Macau, together more than 20 other people, for operating an illegal sports book gambling business, U.S. prosecutors said. Phua and his associates handled “hundreds of millions of dollars” in illegal bets on World Cup games, the government said.
After his June 18 arrest, Phua posted bail in Macau and flew to Las Vegas on his private plane. He has a diplomatic passport from the Republic of San Marino, for which he is the ambassador toMontenegro, according to a July 14 court filing by his lawyer.
Phua and his associates from Malaysia, China and Hong Kong already had set up shop in Caesars Palace by then, according to U.S. prosecutors. They had rented Villas 8881, 8882 and 8888 earlier in June. The number 8 is a lucky number in Chinese culture and the tail number of Phua’s Gulfstream is N888XS, according to the complaint.
Electronic Equipment
The group aroused suspicion when they asked for an unusually large amount of electronic equipment and technical support, according to court documents. After casino electrical engineers had gone into one of the villas to set up equipment, they told security that it looked like an illegal gambling operation, with computers displaying betting odds similar to the screens at the casino’s sports book.
An undercover FBI agent went along with an IT technician to Villa 8882, the one occupied by Phua, on July 4 to set up a new laptop computer. The butler, also a hotel employee, refused to let them enter beyond the pantry, saying the guests didn’t want anyone to “see their business,” according to the criminal complaint.
The following day, two undercover FBI agents went to the villa, after an urgent request for help with the DSL connection right before the Belgium vs. Argentina game, and saw Phua clicking on the odds shown on the SBOBet site, which is licensed in Asia and Europe but not in the U.S.
In a search of his laptop after the raid, the FBI found a message from someone using name “byronchia” to Phua that said “Hi Boss.” It listed what agents calculated was a grand total of HK$2.75 billion ($357 million) in gambling for the World Cup through July 5, according to the criminal complaint.
Self-Surrender
Phua wasn’t immediately taken into custody after July 9 raid. He was arrested four days later in the lobby of the Palazzo hotel even though he had agreed to surrender, according to the July 14 filing by his lawyer.
Phua and his associates face as long as five years in prison if convicted of running an illicit gambling business and two years for unlawful transmission of wagering information, according to the U.S.
Gary Thompson, a spokesman for Caesars Entertainment Inc., declined to comment on the alleged gambling hub at the villas, which the government said was set up without the consent of the casino.
SBOBet said in a July 17 statement that neither Phua or the other defendants have any association with the ownership or management of the company. The company also said it doesn’t accept bets from the U.S. and that any alleged wagers placed by the accused on its site “could only have been made illegally.”
Representatives of Firstright Developments Ltd., a Philippine company that owns IBCBet according to its website, didn’t immediately respond to an e-mail seeking comment on Phua’s involvement with IBCBet and his alleged use of the website in Las Vegas.
The case is U.S. v. Phua, 14-cr-00249, U.S. District Court, District of Nevada (Las Vegas). dan ini juga lagi maklumat berkaitan beliau "Free at last, free at last. Malaysian national Wei Seng ‘Paul’ Phua, the high-stakes poker player and reputed owner of Asian online gambling giant IBCbet, was (finally) released on bail late Monday. Phua, his son Darren and six other individuals had been arrested in Las Vegas earlier this month after reportedly running a FIFA World Cup online betting operation out of three high-roller villas at Caesars Palace. The indictment claims the ring handled as much as $360m in wagers – primarily from Asian bettors but at least some from US residents – before police turned off the taps.
Although Phua’s high-stakes poker buddies Phil Iveyand Andrew Robi had put up $2.5m in cash to enable Phua & Son to make bail, the accused pair was quickly re-detained by Immigration and Customs Enforcement (ICE) officials ahead of an expected deportation proceeding. Late Monday, the Las Vegas Review-Journal reported that the Phuas had been released from ICE custody. The pair will reportedly wear GPS ankle bracelets while residing at the home of a Las Vegas doctor until there’s some kind of resolution to their legal difficulties. In addition to the $2.5m cash, the elder Phua has put up his $48m Gulfstream jet as collateral.
Many observers have wondered why Phua, who was among those arrested in June in Macau for what authorities called the biggest sports betting bust in the SAR’s history, chose to immediately fly to the United States (of all places) in order to continue his activities. The tantalizing suggestion has since emerged that Phua might have been relying on diplomatic immunity to ward off any fallout from his sports betting escapades.
On Tuesday, the South China Morning Post reported that Phua had been serving as the Republic of San Marino’s non-resident ambassador to Montenegro since February 1, 2011, an appointment that allowed him to hold a diplomatic passport. In June 2011, San Marino’s foreign minister told online news portal Libertas that Phua’s gaming ties would help bring about construction of a luxury hotel project in the Italian city-state, although no hotel was ever built.
It seems Phua’s diplomatic undoing came about because his status was never formalized, as Phua apparently never submitted his credentials to the appropriate authorities in Montenegro for approval. That ship has now sailed following Phua’s arrest in Macau, which prompted San Marino to rescind the nomination and ask Phua to return his passport.
Meanwhile, Ivey has reportedly pledged between $500k and $1m to bail out another suspect in the case. Court filings say Ivey is going to bat for 22-year-old Malaysian poker player Wai Kin Yong, whose 56-year-old father is also among those charged. Seng Chen ‘Richard’ Yong, who placed eighth in the inaugural Big One For One Drop super-high-roller tourney, is also a junket operator in Macau and is willing to post his own bail, provided the authorities allow him access to the $2m he reportedly has stashed in a Caesars Palace safe. US Magistrate Judge Bill Hoffman is expected to issue a decision on the Yongs’ incarceration later this week.
sumber: http://www.thewhistleblowers.org/
Admin sengaja mempaparkan cerita asal dalam Bahasa Inggeris bagi memastikan maklumat asal tidak disalah tafsirkan tentang maklumat yang didapati.
Cuma kemusykilan adalah, jika surat di atas adalah SAHIH, apa sebenarnya motif pembelaan Kerajaan Malaysia terhadap Mr Phua ini jika benar latar belakangnya adalah perjudian.
Tentu ada hubungan yang penting di antara orang penting kerajaan dengan Mr Phua ini.
Kehadiran tentera Amerika Syarikat ke Kuala Terengganu bagi menjalani Eksesais Keris Strike di Kelantan banyak menimbulkan tanda tanya. Dalam kita memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat yang menyokong Israel dengan pelbagai kecaman dan penzahiran rasa tidak puas hati, tiba-tiba muncul satu kerjasama strategik ketenteraan dengan sekutu rapat Israel di Malaysia. Di mana sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa, bayangkan kita bermati-matian mempertahankan hak saudara kita di Gaza Palestin, dan kita pun sedar dan tahu bahawa Kerajaan Amerika Syarikat memberi bantuan samada kewangan dan ketenteraan kepada negara regim Israel, tiba-tiba Angkatan Tentera Malaysia mengumumkan secara rasmi bahawa ketibaan askar AMerika Syarikat adalah bagi mengadakan latihan bersama. Sebenarnya Eksesais Keris Strikes telah saban tahun di adakan, Cuma isu keganasan Israel dan bantuan ketenteraan Amerika Syarikat membantu Israel dan sekutunya amat lantang diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika perlulah pada perkara yang sepatutnya sahaja, itupun sepatutnya ke arah pengurangan, dalam menjaga hubungan antarabangsa, tetapi sehingga kepada perkara strategik tentunya ia menimbulkan kebimbangan, apatah lagi kita tahu pendirian AMerika Syarikat terhadap isu Islam, Negara Islam, Palestin dan sebagainya. Kita menggelarnya Pengganas Dunia, tetapi kita juga berkawan rapat dengannya. Perkara-perkara dasar sebegini perlulah dikaji semula untuk masa akan datang dalam mendaulatkan Malaysia sebagai pejuang kepada Negara-negara Islam dan hak-hak muslim dunia. Inilah berita kedatangan tentera AS yang dipetik dari blog Penyokong Kerajaan BNBBC:
Tentera Amerika hadir jalani eksesais Keris Strike
12 SEPT: Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia.
Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014.
Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
“Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.
“Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir,” kata kenyataan itu.
Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.
“Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” menurut kenyataan itu lagi.
Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya.
Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika.
Apabila membaca dan meneliti berita dan peristiwa pergolakan politik dan kepimpinan UMNO di negeri Terengganu, teringat akan kisah sahabat Rasulullah saw yang merupakan antara Panglima Perang Khalid Al Walid atau di digelar Singa Allah yang menerima watikah pelucutan kuasa daripada Amirul Mukminin Umar Al Khattab semasa di medan peperangan dan menyerahkan segera kuasa kepada Panglima yang baru dan lebih muda kepada Saad Bin Abi Waqas (kalau tak silap).
Sebagai seorang yang bertaqwa dan hormat dan patuh pada khalifah, dengan tenang Khalid Al Walid menyerahkan tampuk kuasa kepada pimpinan yang baru walaupun ia mengejutkan semua pihak, apatah lagi Panglima Khalid adalah seorang yang amat disegani dan merupakan pakar dalam strategi peperangan.
Jika Khalid Al Walid ingin membantah dan membuat pusingan U, tentunya boleh apatah lagi jarak medan peperangan adalah jauh dari pusat pemerintahan, ataupun peluang untuk memohon penangguhan sehingga habis peperangan pun boleh dibuat kepada Amirul Mukminin, kerana dalam keadaan dan situasi perang, tentunya ia sesuatu keputusan yang sukar, namun begitulah sifat seorang panglima yang berjiwa besar, sanggup menurunkan kuasa dan darjat dan sama-sama berjuang bersama panglima yang baru dalam berjihad dan seterusnya merakamkan kemenangan.
Tentunya suasana dimedan perang itu lebih sukar berbanding dengan keadaan sekarang dalam menerima sesuatu keputusan yang besar. Apabila taqwa dan keimanan diletakkan dihadapan mahupun kepentingan umum dan rakyat didahulukan, tentunya ia proses peralihan ini akan berjalan dengan baik dan harmoni.
Begitu juga, jika mendahulukan akal berbanding emosi, ia akan memberi keputusan yang berbeza apatah lagi keputusan yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan negeri.
Apakan kita sama doakan agar Datuk Seri Ahmad Bin Said diberi fikiran yang tenang dan dapat membuat keputusan yang terbaik dan dapat mengharmonikan semula suasana.
Juga tahniah kepada Dato Razif Abd Rahman di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru agar dapat membawa Terengganu Darul Iman ke legasi pemerintahan yang baru dan lebih baik serta dapat berlaku adil dan saksama kepada kawan mahupun lawan. Insyallah.
Gambar seorang pemuda memikul seekor ikan yu di Mogadishu, Somalia amat menarik dengan berlatarbelakangkan bangunan yang musnah di negara yang sentiasa bergolak di antara pejuang Islam dan askar pro kerajaan. Ikan yu adalah antara ikan utama didaratkan di sini. Apa yang menarik, orang di sini tidak begitu makan ikan sebaliknya ia dikeringkan dan juga dijadikan ikan masin untuk di eskport. Menurut jurufoto, bukan mudah untuk mengambil di Mogadishu, Somalia, begitu banyak sekali halangan. Malah semasa mengambil gambar ini, beliau dihampiri oleh askar kerajaan yang bertanyakan apa yang beliau buat. Ia bukan sesuatu tugas yang mudah. oleh:
Feisal Omar Hashi was born in 1982 in Burao, Northern Somalia, and is currently based in Mogadishu. In 1999, as a student studying several subjects, including photography and editing, at a media institute in Mogadishu, he started working with a local Somali website. He began working with Reuters in early 2007, and has since operated in Mogadishu amid the escalating violence
Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.
Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.
Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.
Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.
Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.
Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.
Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.
Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.
Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.
Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang ‘bank’ PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.
Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.
Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!
Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.
BESUT - Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan.
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.
Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.
“Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam.
Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut.
Idris berkata, Umno sedang menyusun pelbagai strategi dan gerak kerja semua peringkat termasuk bantuan pusat untuk menghadapi PRK kali ini.
Beliau berkata, beberapa cadangan calon BN tempatan telah disenaraikan dan senarai akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon.
“Kita akan mencari calon tempatan yang disenangi dan disukai oleh rakyat kerana calon yang disukai rakyat akan memberi lebih kemenangan,” katanya.
KLANG - Seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.
Exco Selangor kali ini menampilkan empat calon muka baru dan enam calon yang dikekalkan untuk penggal ini.
Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala calon muka, Adun Sabak, Sallehen Mukyi.
Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Istiadat angkat sumpah, semua 10 Exco yang dipekenan Sultan Selangor itu berlangsung tepat jam 9.30 pagi di Balairung Seri di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini.
Adun Pas, Iskandar mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor.
SHAH ALAM - Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah meminta maaf kepada semua pihak terhadap kenyataan beliau berhubung isu doa baru-baru ini.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Fadzilah tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham semua pihak dan membersihkan maruah keluarganya.
“Saya hanya seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan pelbagai pihak,” katanya.
Jelasnya, apabila bercakap tentang kezaliman, beliau memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin.
Katanya, di majlis Bantuan Amal Palestin itu, melalui ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kezaliman Israel terhadap saudara sesama Islam kita di Palestin.
“Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak dizalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.
“Justeru, saya amat sedih bila orang mendoakan kehancuran saudara sesama Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu disalahertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia," katanya.
Fadzilah turut menjelaskan, rakaman temuramah tersebut dilakukan dalam suasana sekitar yang agak bising menyebabkan beliau menguatkan suara untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran.
“Saya ditemu ramah lebih 10 kali oleh pelbagai stesen TV, radio, akhbar, majalah & blogger.
“Ini menyebabkan suara saya dianggap kasar bila menjawab soalan yang diajukan. Bila dah menjawab terlalu banyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mungkin tidak berfikir dengan mendalam,” katanya.
Beliau juga sedih terhadap tindakan segelintir pihak memuat naik gambar anak-anaknya dan menjelaskan gambar tersebut diambil setelah mereka berkahwin.
“Saya amat sedih apabila gambar anak disebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga disebar, walhal gambar tersebut selepas mereka berkahwin,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video dan gambar-gambar tersebut bertindak memadamkannya bagi menjaga maruah keluarganya.
KOTA BHARU - Pas Kelantan selari dengan pendirian pimpinan parti itu di peringkat pusat yang tidak akan menyokong sebarang bentuk kekerasan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak dulu hingga sekarang Pas sentiasa memilih jalan demokrasi kerana berpendirian itu pendekatan terbaik untuk menukar kerajaan sedia ada ke arah lebih baik.
“Dalam hal ini, saya teguh bersama kepimpinan Pas Pusat yang menegaskan bahawa dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik setakat ini untuk menukar kerajaan yang sedia ada di Malaysia kepada kerajaan yang lebih baik.
“Bermakna saya juga tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau juga menggesa pihak- pihak yang mendesak agar pilihan rakyat dihormati turut menghormati pilihan rakyat Kelantan.
“Jika pilihan rakyat Kelantan tidak dihormati, bagaimana pilihan rakyat di tempat lain akan dihormati,” katanya.
Menurutnya, ini kerana situasi semasa menyaksikan pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disekat.
“Saya mengambil contoh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan yang tidak wujud di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), tidakkah ini menunjukkan bahawa pilihan rakyat tidak dihormati sehingga mewujudkan kerajaan dalam kerajaan,” katanya sambil mengingatkan ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob(gambar) hari ini membentangkan senarai potfolio kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dilantik.
Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.
Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :
1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.
2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood
4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah
6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud
7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman
8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh Haji Hanifa bin Ahmad
9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan
10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Hajah Mumtaz bin Md Nawi
11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh Dr Ramli bin Mamat
"Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah," katanya dalam facebook.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh (kiri) ketika tiba untuk mengadakan pertemuan bersama angota-anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Lumpur malam Khamis. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Nasihat itu antara yang ditekan Najib, yang juga Presiden Umno, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat Umno Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam Khamis.
"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.
BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata perkara itu tidak dibincang.
Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib. -BERNAMA
Sehingga hari ini belum terjawab, siapa yang bakal mengisi jawatan MB Terengganu. Macam-macam persoalan dan andaian timbul tentang calon MB ini. Selain penyandang, Datuk Seri Ahmad Bin Said, juga turut disebut adalah YB Razif- DUN Seberang Takir, YB Datuk Tg Putera- DUN Kuala Brang dan YB Dato M Jidin- DUN Permaisuri.
Apakah akan berlaku perubahan legasi baru dalam kepimpinan baru Terengganu, sama-sama kita tunggu perkenan daripada Memanda Perdana Menteri dan Tuanku Sultan Terengganu.
Ia penting untuk disegerakan bagi membentuk barisan kepimpinan dan exce baru kerajaan bagi melaksanaan mandat dan janji-janji yang telah diwawarkan semasa PRU.
Harapan rakyat agar ianya dapat diselesaikan segera dan harmoni. Sama-sama kita tunggu bakal MB Terengganu.
Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.
Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.
Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.
Kerusi marginal tentukan pemenang Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.
Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.
Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.
Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India.
Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, BN yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.
"Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di ibunegara hari ini.
Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.
BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen.
Semasa Parlimen dibubarkan pada 3 April, BN menguasai 137 kerusi Parlimen.
Dalam perbincangan dengan para pengamal media, Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor BN, agak optimis BN menguasai kembali Selangor daripada pakatan rakyat.
Peluang menguasai kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS selama 23 tahun semakin bertambah baik, katanya dan menjangka satu perubahan haluan yang menyebelahi BN di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.
Dengan menyediakan penilaian mengenai peluang BN mengekalkan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya yang ditandingi BN dan PAS, Najib melahirkan keyakinan bahawa para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam akan mengundi menyebelahi BN.
Katanya sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN sedang meningkat berdasarkan sambutan positif yang boleh dirasai semasa berkempen selain respons menggalakkan bagi inisiatif mesra rakyat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.
Najib menjelaskan bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat Cina dan kerana ini, beliau tidak nampak sebarang sebab bagi mereka untuk enggan memberi sokongan kepada BN.
"Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh, pasaran saham yang pada setiap masa berada pada kedudukan yang tinggi, projek-projek besar seperti kereta api berkelajuan tinggi, semua ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina.
"Malah BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka juga mendapat manfaat daripadanya kerana penerima bantuan itu membelanjakan wang mereka di kedai-kedai yang dikendali orang Cina," katanya.
Najib menganggap bahwa perhatian yang diberikan terhadap pendidikan Cina seperti pembinaan lebih banyak sekolah-sekolah Cina, telah meletakkan BN pada kedudukan yang baik pada pandangan masyarakat itu.
Menyentuh mengenai tahap sokongan daripada masyarakat India, Najib berkata: "mereka kini bersama BN sekarang, malah Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) kini bersama kita sekarang."
Mengenai pengundi muda, Perdana Menteri berkata majoriti golongan itu bersama dengan BN yang telah bertungkus lumus menangani kebimbangan mereka dengan cara melaksanakan program-program yang mesra golongan muda.
Najib juga menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan cara jahat DAP dalam usaha mendapat kuasa.
Beliau menyelar pakatan rakyat kerana memainkan isu perkauman dan mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh membawa kepada polarisasi kaum yang serius di negara ini, apatah lagi kesan buruk terhadap kestabilan dan persekitaran perniagaan.
Sambil mengingatkan pengundi supaya berfikir dengan bijak sebelum memangkah kertas undi Ahad ini, Najib berkata begitu banyak yang dipertaruhkan dalam pilihan raya dan jika tersilap memilih parti yang salah untuk mentadbir negara, segala usaha penah lelah yang dibuat BN bagi membangunkan negara ini akan menjadi sia-sia.
Beliau berkata satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk dasar yang adil bagi semua kaum dan ini tidak akan berlaku jika rakyat mengundi pakatan rakyat.
Menurut Najib, pasaran yang sudahpun berada pada trend menaik sejak kebelakangan ini sudah pasti akan terus memuncak jika BN mendapat mandat besar daripada para pengundi.
Sentimen terhadap Bursa Malaysia terus mendapat keyakinan sejak minggu lalu berikutan usaha belian yang kukuh daripada pelabur asing dan institusi dengan indeks mencatat bacaan baharu yang tinggi sepanjang masa iaitu 1,717.65 mata pada Selasa.
Para pelabur menjangkakan pasaran akan terus mendapat sokongan jika kerajaan BN yang menyokong perniagaan mendapat mandat baharu bagi tempoh lima tahun lagi.
Para peniaga berkata para pelabur asing begitu yakin bahawa BN akan kembali berkuasa dan ini akan memastikan kesinambungan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dalam proses meningkatkan aktiviti perniagaan di semua sektor, yang memperkuat ekonomi dengan asas yang kukuh.
Sesi Najib bersama ketua pengarang media dihadiri Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid dan pengarah eksekutif Star Publications dan ketua pengarang kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai.
Mereka turut disertai pengarang kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak, pengarang kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh.