nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, May 13, 2014

Kemelut Politik Terengganu dan Panglima Khalid AL Walid



Apabila membaca dan meneliti berita dan peristiwa pergolakan politik dan kepimpinan UMNO di negeri Terengganu, teringat akan kisah sahabat Rasulullah saw yang merupakan antara Panglima Perang Khalid Al Walid atau di digelar Singa Allah yang menerima watikah pelucutan kuasa daripada Amirul Mukminin Umar Al Khattab semasa di medan peperangan dan menyerahkan segera kuasa kepada Panglima yang baru dan lebih muda kepada Saad Bin Abi Waqas (kalau tak silap).

Sebagai seorang yang bertaqwa dan hormat dan patuh pada khalifah, dengan tenang Khalid Al Walid menyerahkan tampuk kuasa kepada pimpinan yang baru walaupun ia mengejutkan semua pihak, apatah lagi Panglima Khalid adalah seorang yang amat disegani dan merupakan pakar dalam strategi peperangan.

Jika Khalid Al Walid ingin membantah dan membuat pusingan U, tentunya boleh apatah lagi jarak  medan peperangan adalah jauh dari pusat pemerintahan, ataupun peluang untuk memohon penangguhan sehingga habis peperangan pun boleh dibuat kepada Amirul Mukminin, kerana dalam keadaan dan situasi perang, tentunya ia sesuatu keputusan yang sukar, namun begitulah sifat seorang panglima yang berjiwa besar, sanggup menurunkan kuasa dan darjat dan sama-sama berjuang bersama panglima yang baru dalam berjihad dan seterusnya merakamkan kemenangan.


Tentunya suasana dimedan perang itu lebih sukar berbanding dengan keadaan sekarang dalam menerima sesuatu keputusan yang besar. Apabila taqwa dan keimanan diletakkan dihadapan mahupun kepentingan umum dan rakyat didahulukan, tentunya ia proses peralihan ini akan berjalan dengan baik dan harmoni.

Begitu juga, jika mendahulukan akal berbanding emosi, ia akan memberi keputusan yang berbeza apatah lagi keputusan yang boleh memberi kesan kepada rakyat dan negeri.

Apakan kita sama doakan agar Datuk Seri Ahmad Bin Said diberi fikiran yang tenang dan dapat membuat keputusan yang terbaik dan dapat mengharmonikan semula suasana.


Juga tahniah kepada Dato Razif Abd Rahman di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru agar dapat membawa Terengganu Darul Iman ke legasi pemerintahan yang baru dan lebih baik serta dapat berlaku adil dan saksama kepada kawan mahupun lawan. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...