nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Tiada Lagi Akses Maybank2u Bagi Smartphone ‘Jailbreak’ Dan ‘Root’ Bermula Esok


Maybank sememangnya menjadi antara bank yang paling advanced apabila menyebut tentang security. Terbaru, pihak Maybank telah mengeluarkan arahan dimana Maybank2u akan menghalang mana-mana smartphone yang sudah ‘jailbreak‘ atau ‘root‘ mengakses aplikasi mereka.
Jika anda seorang yang ‘rajin’ mengubah setting smartphone anda, dua terma ini mungkin tidak asing bagi anda. Jailbreak atau root sering digunakan buat mereka yang ingin mendapatkan akses yang lebih daripada smartphone mereka seperti mengakses aplikasi terlarang, mengubah clock speed serta install custom ROM.

Berdasarkan arahan daripada Maybank, undang-undang terbaru ini bakal dikuatkuasakan bermula 4 Mac 2017 secara serentak buat smartphone Android dan iOS. Penguatkuasaan ini dibuat bagi mengelakkan Maybank2u daripada digodam atau mengelakkan daripada sebarang masalah yang tidak diingini.

Buat anda yang tidak mengubah sebarang advanced settings pada smartphone anda, anda masih boleh gunakan aplikasi Maybank2u ini seperti biasa. Kami harap penerangan artikel ini dapat mengelakkan anda atau mungkin rakan anda yang terlibat dengan penggunaan smartphonejailbreak‘ atau ‘root‘ tidak tersangkut menggunakan Maybank2u disaat kecemasan.

@the vocket

Monday, June 22, 2015

Renungan- Kisah Derhaka pada mak...

JANDA-JAMILAH
gambar hiasan


MAK TAK PAYAH TAHLILKAN SAYA,SAYA DAH LAMA KELUAR DARI ISLAM( MAYAT JANDA MURTAD BERTUKAR JADI BABI) | Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.
Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.
Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.
Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda.
Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.
Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.
Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian-pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak babi. “Ala, bukan nak makan babi tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat….” Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan.
Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. “Binatang babi! Binatang anjing!” kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata. Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona.
Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam.
Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat.
Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata “Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap….menyusahkan orang, celaka!” Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar.
Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.
Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak….dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya.
Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya.
Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya.
Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa.
Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. “Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka,” sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.
Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang lahat. “Mak ooiii…..!! Ayah ooiii!! Tolonglah…! Allah Tuhanku….minta tolong…! Mak ….ayah…tolonglah!” suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti,” cerita Nek Mariam lagi.
Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa.
Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah…. Ramai orang menyaksikannya….satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu….Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: “Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam….” menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. “Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa.
Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf….Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak…” Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua….wallahualam.grenbara.bravejournal
tq http://eberita.org/

Friday, March 22, 2013

Ingatan untuk WARTAWAN, PENULIS dan BLOGGER, berhati-hatilah dalam menulis.. jangan merana di alam barzakh


Di mutakhir ini, wartawan, penulis mahupun blogger adalah antara mereka yang paling sibuk dalam menyampaikan maklumat kepada awam dan publik. Lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu hangat yang sibuk diperkatakan samada isu politik, isu agama, PRU 13 dan bermacam-macam isu lagi. Masing-masing sibuk menjadi yang pertama dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama menggunakan media sosial samada Facebook, blog, tweeter, laman web dan sebagainya.


Sememangnya tugas wartawan, penulis mahupun blogger adalah menyampaikan maklumat kepada awam untuk dikongsi. Akan tetapi sebelum noktah terakhir setiap penulisan , beberapa ingatan dan garispanduan perlu dipandang serius antaranya:

  • adakah penulisan kita nanti akan memberi kesan dan manfaat yang baik kepada masyarakat
  • adakah ianya berasaskan sumber dan fakta yang betul dan benar?
  • adakah ianya tidak dimanipulasikan
  • Adakah kita pasti bahawa tulisan kita ini tidak akan merosakkan masyarakat dengan apa yang kita tulis.

Apa yang patut kita bimbang dan waspada adalah supaya hasil nukilan dan penulisan kita tidak menjadi RANTAIAN DOSA sebagaimana 'multi level marketing'. Di mana ia terus memberi kesan yang butuk berpanjangan kepada masyarakat. Bayangkan kita di azab di alam barzakh sehingga hari kiamat hanya kerana penulisan kita  yang telah meruntuhkan moral, pecah belah dalam masyarakat dan seumpamanya.


Alangkah malangnya kita sebagai penulis, wartawan mahupun blogger, apabilakita meninggal dunia, bukan amal yang baik kita warisi sebaliknya rantaian dosa yang panjang hasil tulisan kita, entry blog kita, hasil fitnah kita, ataupun tulisan yang tidak mempunyai sumber dan asas yang kukuh menyebabkab masyarakat menerimanya sebagai fakta, serta telah mengahsilkan pecah belah dalam masyarakat.

Oleh itu perhalusilah setiap tulisan kita, biarlah niat kita yang utama adalah untuk berdakwah, mencari redha Allah swt sebagai visi dan objektif utama dalam menghasilkan setiap karya penulisan. Barulah ia memebri keberkatan serta pahala MLM yang berpanjangan sehingga hari akhirat insyallah.


Kita masih ada masa untuk memeperbetulkan kesilapan kita hasil penulisan kita yang lalu. Pintu taubat Allah swt sentiasa terbuka untuk kita. Betulkan semula niat kita. Sama-sama kita menghasilkan tulisan yang baik dan bermanfaat. Insyallah Allah swt akan janjikan ganjaran yang baik kepada kita.

Kita perlu mengambil pedoman, banyak ulama-ulama yang 'faqih' atau alim menghasilkan banyak penulisan tetapi tidak menerbitkannya dibimbangi tulisannya itu boleh mengelirkan masyarakat. Sampai begitu sekali penelitiannya. Bukanya menulis ikut suka hawa nafsu tanpa mengambilkira kesannya.

Semoga kita semua para wartawan,penulis dan blogger memberi perhatian kepada perkara ini. Pastikan penulisan bermanfaat kepada masyarakat. Jika ingin menegur sekalipun, biarlah dengan berhikmah, berkata-kata yang baik dan sedap didengar. Insyalah kita akan menjadi penulis, wartawan dan blogger di jalan Allah swt.

Selamat menulis

Saturday, December 10, 2011

Berita Harian Online | Rebut peluang solat sunat gerhana malam ini

Berita Harian Online | Rebut peluang solat sunat gerhana malam ini

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Rebut peluang solat sunat gerhana malam ini
Oleh Hasliza Hassan

2011/12/10

FENOMENA gerhana bulan penuh yang akan disaksikan malam ini bermula jam 7.30 malam pasti ada kelebihan padanya dan kita disarankan merebut peluang yang datang untuk meningkatkan ketakwaan serta mendekatkan diri kepada Allah.

Seperti kebiasaan, Masjid Negara dan masjid serta surau di kebanyakan tempat menganjurkan solat sunat gerhana bulan yang diikuti dengan khutbah untuk mengajak umat Islam menghargai kesempatan diberi Allah melihat akan kekuasaan-Nya.

Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni, berkata solat sunat gerhana bulan adalah sunat muakad, amalan sunat yang sangat dituntut sempena berlakunya peristiwa yang jarang-jarang sekali terjadi.
Justeru, katanya, kesempatan melihat sendiri fenomena yang boleh melahirkan rasa takjub terhadap kekuasaan Allah itu dihidupkan dengan menunaikan solat sunat secara berjemaah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak dinafikan jika dulu apabila berlaku gerhana bulan, ada yang melakukan perkara khurafat atau amalan bertentangan syarak tetapi kini fahaman itu tidak ada lagi. Oleh itu, sebaiknya apabila melihat fenomena yang jarang berlaku ini kita mengambil hikmah serta pengajaran daripadanya.

Apabila dikatakan bulan gerhana, bermakna bulan sakit dan sepatutnya keadaan itu mengingatkan kita kedudukan dunia yang semakin tua atau menghampiri kiamat. Walaupun kita tidak tahu bila berlakunya kiamat, persediaan mesti dibuat secara berterusan, katanya.
Beliau berkata, peluang yang diberikan kepada manusia termasuk melihat perubahan atau pergerakan cakerawala boleh mendorong mereka memikirkan keajaiban yang berlaku serta kepentingannya dalam kehidupan di dunia ini.

Ehsan berkata, Jun lalu Masjid Negara dengan kerjasama Planetarium Negara menganjurkan solat sunat gerhana dan khutbah khas sempena peristiwa itu dan jemaah turut berpeluang melihat sendiri perubahan berlaku menggunakan kemudahan disediakan pihak Planetarium Negara.

Katanya, Masjid Negara akan mengadakan solat sunat gerhana dan khutbah khas sempena fenomena gerhana bulan penuh dan orang ramai dijemput hadir ke program berkenaan sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah.

Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun lalu. Gerhana bulan penuh yang akan berlaku malam esok sudah menepati jangkaan ia akan berlaku sekali lagi pada Disember ini.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik saja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Jika gerhana yang lalu berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

INFO

cara solat sunat gerhana

Rakaat Pertama
  • Niat solat gerhana, takbir
  • baca al fatihah dan surah al baqarah @ mana-mana surah
  • rukuk (tasbih kadar 100x) -subhanallah walhamdulillah walailahaillahwallahhuakbar
  • ibtidal- berdiri semula
  • baca alfatihah dan surah al imran @ mana-mana surah
  • rukuk (tasbih kadar 80X)
  • ibtidal
  • sujud dan terus solat macam biasa
Rakaat Kedua
  • baca al fatihah dan surah annisaa' @ mana-mana surah
  • rukuk (tasbih pada kada 70X)
  • ibtidal
  • baca surah al fatihah dan surah al maidah @ mana-mana surah
  • rukuk (tasbih 50x)
  • ibtidal
  • sujud tahiyyat akhir dan salam 

Sunday, November 27, 2011

Tazkirah... sekadar peringatan

Jiwa bersih lahir kerja kualiti | Print |
NIk Abdul Aziz Nik Mat   
Saya baru berkesempatan mengikuti sesi pengajian kitab Bidayatul Hidayah di Kompleks Kota Darul Naim pada hari Khamis lalu. Sebenarnya pengajian kitab ini pada setiap hari Khamis sudah bermula semenjak awal tahun ini dan dibuka untuk kakitangan Kompleks Kota Darul Naim, cuma dikejar oleh kepadatan jadual kerja, saya hanya sempat meluangkan masa bersama-sama kakitangan menadah kitab ini pada hari Khamis lalu. Alhamdulillah, kuliah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Muhammad itu saya lihat sangat baik dan bermanfaat terutamanya ke arah melahirkan kakitangan kerajaan yang mempunyai jiwa yang bersih. Tasauf sebenarnya tidak asing di dalam Islam. Namun mungkin kerana masyarakat disibukkan dengan soal-soal fiqh, sehingga kadang-kadang terlepas pandang tentang kepentingan penyucian jiwa. Sedangkan selalunya iman iaitu amalan hati disebut terlebih dahulu sebelum amal yang merupakan amalan anggota fizikal. Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا
Yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik. – Surah al-Kahfi, ayat 30
Ayat di atas jelas sekali meletakkan bahawa beriman dan beramal soleh merupakan dua syarat yang perlu ada untuk seseorang itu diberikan ganjaran yang baik oleh Allah SWT. Bahkan betapa pentingnya iman yang merupakan gerak kerja hati, ia diletakkan lebih dahulu daripada amal. Di dalam hadis, Rasulullah SAW pernah menerangkan persoalan ihsan yang juga merupakan gerak kerja hati. Sabda Baginda SAW tentang ihsan sewaktu ditanya oleh Jibril yang datang menyerupai seorang lelaki :
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
Yang bermaksud : Kamu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, dan jika tidak (mampu membayangkan) kamu melihatnya, maka (ketahuilah) Dia melihatmu.


Justeru selagi mana roh bercampur baur dengan jasad, maka selagi itulah pengajian tasauf tidak boleh dipisahkan dengan pengajian fiqh. Bukan tidak penting berbincang tentang soal sah batal solat dan sebagainya, tetapi penting juga untuk turut dibincangkan persoalan hati yang bersih bagi memastikan amalan diterima oleh Allah SWT. Hati yang bersih sahaja yang akan menerima hidayah daripada Allah SWT. Khususnya di bulan Ramadhan ini yang disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja.
Oleh yang demikian, apabila pengajian tasauf dimulakan di dalam kompleks Kota Darul Naim semenjak awal tahun ini, saya sungguh-sungguh merasa gembira. Sekalipun saya rasa sudah terlewat sebenarnya pengajian ini dimulakan dengan usia kerajaan Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam yang mencecah 21 tahun pada tahun ini, saya tetap gembira dengan perkembangan positif ini. Hakikatnya, di luar pagar komples Kota Darul Naim, pengajian tasauf sudah diajar di pondok-pondok begitu lama. Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1933 juga terkenal sebagai seorang tokguru tasauf. Saya amat berterima kasih kepada seluruh tuan-tuan guru pondok samada yang telah pergi atau yang masih ada bersama kita yang tidak jemu-jemu mengajar persoalan dosa pahala syurga neraka kepada rakyat Kelantan. Hasilnya, hari ini, rakyat Kelantan dikenali sebagai masyarakat beragama yang tidak senang digugat dengan gelombang jahiliyyah. Apa-apa dasar dan pelaksanaan yang selari dengan syariat Islam yang cuba diperkenalkan oelh kerajaan negeri Kelantan diterim baik oleh masyarakat kerana mereka sudah diajar oleh tuan-tuan guru pondok begitu lama. Tinggal lagi untuk mempraktikkannya di dalam kerangka undang-undang. Semoga Allah mengurniakan mereka dengan sebaik-baik ganjaran.
Hari ini, dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan diterima dengan baik oleh rakyat. Tidak ada sebarang masalah yang timbul sekalipun dulu ramai yang melabel bahawa Islam tidak boleh memerintah. Jika adapun sedikit gangguan hanyalah ibarat nyamuk yang berdesing di luar kelambu termasuklah usaha untuk menyaman kerajaan negeri ekoran isu judi beberapa minggu lepas. Saya anggap saman ini hanyalah satu usaha untuk mengacau keharmonian rakyat Kelantan. Jika diturutkan hati, ingin saja saya perkenalkan dasar Membangun Bersama Islam dan Iman, kerana iman itulah yang berkait rapat dengan hati. Namun, bimbang nanti disalahfaham oleh golongan-golongan tertentu, saya mengira setakat ini cukup sekadar kita menyebut Membangun Bersama Islam. Itupun ada yang berpura-pura tidak faham lantas menyerang kita dari pelbagai sudut.
Apapun saya berharap semoga pengajian tasauf seperti ini berterusan sehingga berjaya melahirkan golongan pekerja yang bersih jiwanya. Saya percaya, kebersihan jiwa ini yang melahirkan kerja yang berkualiti. Dalam erti kata lain, bersih jiwa bersih amalan, insya-allah. Inilah yang menggembirakan hati saya sebagai seorang yang diberikan amanah oleh Allah SWT menerajui pentadbiran negeri Kelantan. Saya mengharapkan agar apa yang dilakukan ini menjadi ganjaran yang baik di sisi Allah SWT sebagai bekalan untuk menghadapNya kelak, insya-Allah.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan

dipetik dari Harakah Daily

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...