nuffnang adv

lazada adv

Sunday, May 13, 2018

Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Malaysia 2018...masa untuk bekerja..


 Keputusan Pilihanraya Umum Ke 14 2018 atau PRU14 telah menyaksikan kejutan yang amat besar dalam senario politik di Malaysia. Telah berlaku peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan di peringkat pusat dan juga negeri.

Di antara negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan adalah :

1. Selangor
2. Pulau Pinang
3. Kedah
4. Negeri Sembilan
5. Melaka
6. Johor
7. Perak
8. Sabah

Manakala negeri yang dikuasai oleh PAS adalah:
1. Kelantan
2. Terengganu

Manakala negeri yang masih dikekalkan Barisan Nasional adalah

1. Perlis
2. Pahang
3. Sarawak (yang DUN telah mengundi awal)

Bagi pembentukan kerajaan Malaysia iaitu Parlimen, Pakatan Harapan telah menguasai sebahagian besar kerusi dan mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan sebagaimana berikut:

Pakatan Harapan: 122 kerusi

Barisan Nasional 79 kerusi

PAS:  18 kerusi

Dah pada 10 Mei 2018 jam 9.30 malam rasmilah sudah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad meminpin Pakatan Harapan menerajui Malaysia untuk penggal ini.

#setiupost

Thursday, May 10, 2018

Salam Hormat... Tahniah PH di atas kemenangan PRU 14 dan berakhirnya Dinasti Najib...

Hasil carian imej untuk pakatan harapan
sumber: Berita Daily

Assalamualaikum wbt

Lama admin tidak bersiaran di sini. Kesibukan dan keterbatasan waktu membuatkan masa begitu berharga dan bagaikan tidak cukup waktu.

Banyak sekali perkara yang berlaku dan terkini adalah keputusan PRU 14 yang telah dimuktamadkan dengan berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional kempipinan Datuk Seri  Mohd Najib Bin Abd Razak dan kemenangan 'Orang Tua' Tun Dr mahathir yang memimpin Pakatan Harapan (PH) dengan gerombolan PKR, DAP, AMANAH dan partinya PPBM walaupun belum disahkan status penubuhan partinya.

Banyak sekali kesimpulan yang boleh dibuat dengan senario ini yang akan bermulanya satu era baru pemerintahan di Malaysia dan bagaimana perlaksanaannya.

Suara dari bawah atau suara keramat rakyat amat jelas dizahirkan dalam PRU 14 ini dengan BN hanya menguasai Perlis dan Pahang, manakala Sabah masih dalam perbincangan penubuhan kerajaan. manakala Kelantan masih di kuasai PAS dan Terengganu, PAS kembali menguasai dengan jayanya.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya pemerintahan baru PH di Malaysia dan Dinasti Najib tewas dengan teruknya walaupun pelbagai kempen dan slogan yang hebat dijalankan sejak dari bertahun tahun termasuk TN50.

Banyak kajian dan analisi perlu dilakukan dengan keadaan senario terbaru ini.

Admin pun perlu 'study' lebih sikit untuk berkongsi maklumat dengan anda.

Salam hormat

Admin
Budakkg Setiu

Monday, August 21, 2017

Aduan kepada MAVCOM... ketahui hak anda.

Image may contain: text

ReezFollow
Bulan lalu, oleh sebab saya tidak fly (dan tidak check in), maka saya memohon refund airport tax daripada syarikat penerbangan. Permohonan saya ditolak atas alasan tidak diliputi oleh SOP mereka. Lagipun, katanya penerbangan saya ialah domestik, bukannya antarabangsa.

Saya malas nak argue sebab saya tahu hanya akan menyakitkan hati. Oleh itu, saya buat aduan (disertakan dokumen sokongan lain) dengan mengisi borang di portal MAVCOM (lihat screenshot).
Hasilnya?

Tiga hari selepas aduan dibuat, syarikat penerbangan memaklumkan bahawa mereka akan refund airport tax saya (aik, boleh pulak ya?).

Yeay! Walaupun jumlahnya tak banyak mana pun, tapi kejayaan "menundukkan" so called SOP mereka yang nyata tidak adil dan berat sebelah itu (melalui tindakan perundangan) adalah suatu kejayaan manis untuk saya.

Reez 1 - 0 Syarikat penerbangan
"Bertindak bijak, tegakkan hak anda"

sumber Fb Reez

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...