Di sini blogger ingin berkongsi maklumat dan pandangan Serikandi yang mengkaji sejarah dan susur galur ketamadunan Melayu yang hebat dan mengagumkan.. mari kita ikuti...
"Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Dua pantun klasik di atas membuka tirai kata-kata alu-aluan Alter Terahsia Bangsa Melayu edisi 3.5;mengalu-ngalukan semua anak-anak Melayu dan peminat sejarah Melayu ke taman riwayat terahsia saya.Selamat datang ke lubuk pusaka paling misteri dan sakti di segenap kemelayuan anda.
Izinkan saya,Srikandi membuka bicara dengan seribu warha susila,wardi nan sentosa.
Alangkah seronoknya dapat mengenali keunikan dan ragam budaya orang lain.Namun alangkah bertuahnya anda dapat mengenali diri anda yang sebenarnya,menggali rahsia demi rahsia di mana sebelumnya anda tidak pernah memikirkan begitu jauhnya misteri yang menyelubungi diri anda.Misteri yang membuatkan anda tertanya-tanya di sepanjang hayat anda.Ini terjadi kepada saya ketika mula-mula menatap sebuah diari yang aneh pada tahun pertama saya di universiti.
Pada mukasurat ke 233,di bawah tajuk The Royal Ark of Matahari,saya menemui kata-kata berikut:
"Beritahuku,siapa Matahari.Siapa Hati.Beritahuku bagaimana peperangan antara Badi dan Perahu.Siapa Kama yang mencemburui si Hati.Aku tak jumpa di bumi Melayu.Di sini jauh terasing di Volga aku menemui ratu Kama.Kama dan Badi.Dari The Land of Gods ke tanah para Viking dan Bulgar.Dan keris misteri tanpa hulu ini,terukir nama:Kama ku yang tersayang...."
Keris tanpa hulu ini telah dijumpai di Rusia pada tahun 1999.Ketika Lonecryer (seorang penyelidik yang menyumbang idea kepada MF) menunjukkan perenggan yang menyebutkan tentang keris itu,saya segera faham.Saya mengeluarkan keratan akhbar yang memuatkan berita tentang penemuan 'The Misterious Ancient Wavy Dagger'.Sebenarnya penemuan sejarah Melayu adalah terlalu banyak di bumi Rusia berupa artifak-artifak purba yang bernilai berjuta-juta dollar,sebahagian besarnya berlegar-legar di pasaran gelap dan dimiliki oleh pemburu-pemburu harta di kalangan mafia dan komrad yang korup.Lonecryer menerangkan kepada saya tentang seorang Spetsnaz (komando Rusia) telah membocorkan rahsia ini kepada Lodgekeeper ketika pengembaraannya di Rusia pada awal 80-an dahulu.Selepas Perang Dingin,penjualan senjata dan kereta kebal yang terlebih pengeluarannya berleluasa di kalangan pedagang senjata.Di sebalik kerancakan penjualan senjata di pasaran gelap,ialah lambakan artifak-artifak aneh yang tidak diketahui berasal dari mana.
Lonecryer juga menunjukkan gambar seorang pemberi maklumat yang telah ditangkap dalam satu serbuan oleh FSB.Lelaki itu berdiri membelakangi satu papan kenyataan dengan gaya sedang menghisap rokok.Di sudut kanan papan kenyataan ini tertulis perkataan Комитет государственной безопасности menunjukkan bahawa lelaki yang berurusan dengan Lodgekeeper ini bukan seorang yang biasa.Selepas itu adalah berita buruk.Keris yang muncul dalam akhbar Utusan Malaysia (dalam kolum kecil yang terpinggir) telah berpindah ke tangan pedagang artifak yang menyamar sebagai kurator muzium.Anehnya,kerajaan Rusia mula sedar akan sesuatu.Sebuah think tank bawah tanah di Leningrad dalam bidang penyelidikan sejarah mula merangka draf untuk menggalakkan para pelajar Rusia mempelajari budaya Melayu dan bahasanya.Ada sesuatu yang memeranjatkan di dasar Sungai Volga!
Beratus-ratus tahun dahulu,kira-kira 200 tahun Sebelum Masehi,pengaruh kerajaan Malayu telah pun harum di seluruh dunia sebagai pengeksport emas;mewarisi sumber emas utama 'The King Solomon's Mines' bagi pembangunan Haikal Sulaiman dan perhiasan Ziggurat di bawah Emperor Babilon.'Gold purifier' telah dibina di merata tempat di bumi Malayu.Para pedagang Melayu Kuno berdagang emas sehingga ke Persepolis dan barangan mereka menembusi hingga ke utara wilayah steppe Rusia,ke Tatarstan sekarang dan memasuki Sungai Volga.Dari sungai ini,barangan-barangan ini mencapai ke St. Petersburg di Rusia kini.Dari sinilah puak-puak Norseman dan para pahlawan Viking berbisik-bisik sesama mereka tentang perhiasan emas dari The Land of The East.Di satu cabang sungai Volga telah dinamakan 'Sviyaga' merupakan transliterasi bahasa tempatan kepada nama satu dinasti purba Melayu yang nantinya akan berubah menjadi empayar maritim yang amat berpengaruh.
S R I W I J A Y A
Ketika orang-orang Kausasus Kuno berbisik-bisik tentang Sviyaga,para pedagang Arab-Parsi berurusan dengan Sribhoja di kala para pedagang China mula menyedari dinasti 'Sanfoqi' mula naik untuk mengambil alih hegemoni emas kerajaan Malayu di Sumatera.Dinasti kuno ini sebenarnya berasal dari semenanjung dan mula menggerakkan perluasan kuasa untuk menundukkan dinasti-dinasti pemerintah suku-suku Melayu di seluruh Asia Tenggara.Sehingga akhirnya,para pedagang Arab menggelarkan raja dari dinasti ini:"Maharaja bagi seluruh kepulauan".
Dinasti Sriwijaya menjadi satu "ruling house" yang amat berpengaruh dan menggerunkan sehingga nama orang Melayu itu sendiri menjadi momokan bagi kaum-kaum Austronesia di sekitar Nusantara.Kemudian muncul satu dinasti Melayu yang lebih 'advance' dari segi teknologi pertanian,menggabungkan diri ke dalam keluarga pemerintah Sriwijaya.Dinasti ini berasal dari dinasti-dinasti Melayu Indochina dan punya pengalaman luas dalam politik Champa dan Funan.Itulah dinasti Sailendra;raja-raja dari gunung.
Semua ini memerlukan saya bermula di Indochina,untuk menjejak siapakah Sriwijaya ini,yang dahulunya hanyalah nama satu dinasti Melayu yang memerintah negarakota yang kecil,juga asal-usul Sailendra yang nama dinasti ini dijumpai sejauh di Burma.Buat permulaan,saya harus mengkaji beberapa artifak purba yang amat penting,untuk membuka beberapa kunci ghaib bangsa Malayu.Pedang Cura Simanjakini,gelang potoh naga dan keris Taming Sari (kesemuanya di Negeri Perak,Malaysia),Cogan Daun Emas Riau-Lingga,Prasasti Matari Singa Jaya Himat yang bertulisan Rencong,Keris Majapahit (di Kelantan) sekadar menamakan beberapa contoh dari senarai saya.Artifak-artifak ini amat penting untuk mengetahui kronologi riwayat terahsia Melayu.Sebagaimana yang telah diisytiharkan di dalam Prasasti Matari Singa Jaya Himat:
"...Matari Singa Jaya Himat namanya.
Lama-lama baranak lanang;
Matari Singa Jaya Mat, dari ratu,
lami lami bangsa Malayu..."
Prasasti ini amat berbeza dengan prasasti-prasasti lainnya (Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur) yang bertuliskan aksara Pallawa atau Kawi,prasasti dari Palembang ini menggunakan aksara Rencong,tulisan purba Melayu.Di perbuat dari tembaga dan terdiri dari bait-bait seakan puisi yang amat panjang,usianya tidak dapat ditafsir dengan jelas.Pendapat semasa mengatakan ia diukir ketika era awal Majapahit.Dan prasasti ini telah mengungkapkan dengan megah nama satu bangsa;BANGSA MALAYU...dengan teramat-amatlah jelasnya dan tiada satu pun prasasti purba yang mengungkapkan nama bangsa atau kaum sepertimana bangsa Melayu sebagai contoh bangsa 'Siam Merong'.Tiada prasasti mengungkapkan nama 'Siam','Jawa','Bugis' atau 'Sulu' dengan megah dalam satu prasasti...bukan semata-mata batu sahaja tetapi prasasti tembaga!Saya pasti leluhur kita dahulu ada mengukirnya di kepingan emas,namun sudah pasti hilang akibat dirampas ketika peperangan dan sebagainya.
Bagaimana dengan anggapan sesetengah orang yang tidak berpelajaran yang mengatakan nama 'Melayu' dari perkataan Jawa atau ciptaan British?Mahu sahaja saya mencampakkan kepingan tembaga Prasasti Matari Singa Jaya Himat ke muka-muka petualang bangsa ini.
Pada mukasurat ke 316,di bawah tajuk kecil,Ephra & Mala Dynasty:
"Raja Mala gemarkan isteri dari kerajaan asing.Raja Mala turun dari perahu naganya menuju ke satu kota.Raja Mala meletakkan kemenyan wangi di atas kain dan semua orang dalam kota itu terpegun dengan batu ajaib yang amat wangi itu.Seorang gadis dari Kerajaan Sulaiman terpesona dengan batu ajaib.Raja Mala membawanya pulang sebagai hadiah dari Tanah Babil,kota yang makmur dan sentosa"

Candi Sukuh |
Kajian alternatif dari para saintis dan ahli geografi mencadangkan satu benua yang tenggelam di lautan Pasifik.Bangsa yang terselamat dari benua ini telah melarikan diri ke Jepun,Taiwan dan Asia Tenggara.Selebihnya tiba ke Benua Amerika.Sebab itu kita dapati budaya dan kostum kaum-kaum di Sabah seperti Murut atau Kadazan atau etnik-etnik tertentu di Sarawak seakan sama dengan kaum-kaum Red Indian.Lihat gubahan bulu burung yang dibuat topi.Satu kuil purba di Indonesia menyerupai 100% rekabentuk piramid Maya padahal ia adalah kuil Hindu!Bagaimana senibina Maya boleh melangkaui sampai ke Pulau Jawa?
Kuil Maya |
Tiada kuil Hindu di India yang menyerupai piramid Maya sebagaimana Candi Sukuh.Jika saya katakan kejuruteraan senibina Melayu Purba yang asli adalah piramid-piramid,anda mungkin kurang percaya.Lihat,tiada satu pun candi Buddha di dunia yang menyerupai candi Borobudur ciptaan Melayu Sriwijaya.Senibinanya seakan meninggalkan banyak 'puzzle' yang sehingga kini memeningkan para pengkaji.Sehingga kini mereka masih mencari makna di sebalik stupa besar di puncak Borobudur.Anehnya,stupa ini tidk berisi patung Buddha tetapi kosong,dan satu fakta yang anda harus tahu bahawa Borobudur dibina berdasarkan kejuruteraan piramid!Pembinanya telah menyusun kepingan-kepingan batu sehingga ke puncak tanpa menggunakan bahan perekat;tetapi menggunakan teknik tanggam yang kreatif.Siapakah yang handal menggunakan teknik tanggam ini?Bangsa Melayu.Sebab itu istana-istana zaman dahulu seperti Seri Menanti di Negeri Sembilan hanya menggunakan tanggam tanpa paku.Bahtera-bahtera Melayu juga menggunakan teknik tanggam yang unik.
Jika anda mempunyai kesabaran dan pengetahuan yang benar...saya akan pimpin tangan anda ke lautan rahsia yang menakjubkan.Saya akan ceritakan kepada anda epik dari riwayat rahsia yang memakan masa beribu-ribu tahun yang silam.Saya akan bukakan rahsia Borobudur sebagai balai cerap perbintangan dan Angkor Wat yang dibina dari kota purba Sailendra kuno.Saya akan bacakan kepada anda riwayat-riwayat Melayu yang ditulis dalam bahasa Thai,Mon dan Khmer.Saya akan pimpin tangan anda mengeja nama bangsa sendiri yang terukir di atas batu bersurat nenek moyang.
...dari runtuhan dan puing-puing ini,aku tuliskan riwayat silamku yang terahsia...
Kukesat darah dan keringat di atas nisan sejarahku...
ku ukir kembali sejarah bangsa di atas air mata dan peperangan...
Semoga suatu hari nanti...ada anak bangsa yang mengerti perasaan hatiku...
Saya,Srikandi... cucu kepada pemegang riwayat terahsia ini dengan penuh rasa rendah diri membawakan kepada anda,
(Artikel ini dipetik dari Mistisfiles)
Saya resah semalaman di tempat pembaringan tentang apa yag telah di cetuskan dalam ruangan ini.Kemungkinan apa yang di cetusankan ini memang ada kebenarannya dan dalam perancangan pihak berkepentingan.Rangka rangka kerja mula timbul sedikit demi sedikit tentang apa dan bagaimana polar corak kehidupan dan pemerintahan yang akan di warna kan pada masa hadapan.Saingan untuk mendahului pihak lawan dalam erti kata 'be the first' sebenar dalam semua segi.Ya, kita telah terkebelakang namun alhamdulillah bangsa Melayu tidak tidur.
ReplyDeleteMungkin salah satu teka teki yang bermain di benak selama ini telah terjawab kini.Malah terang terangan boleh didapati di ruangan internet ini.Contoh- layanan sek gadis gadis dari Rusia yang banyak terdampat di muka muka siber internet.Yang jadi persoalannya 1.Mengapa mereka tiba tiba dengan banyakya mucul di sini.Kalau mata wang yang menjadi ukuran nya mata wang Malaysia bukan lah tinggi nilainya berbanding negara lain 2.Mengapa wanita Rusia dan tidak negara lain yang begitu ketara sekali?.3.Mengapa di Malaysia dan tidak negara lain.
Jelas di sini ada sesuatu "fishy is going on".kemungkinan orang Rusia mungkin telah tahu gen keturunan Melayu boleh di jadikan catalyst untuk menghasilkan maknusia mutant.Apa kah wanita wanita tadi merupakan kantung pengumpulan baka yang akan di bawa balik untuk uji kaji?Kebarangkalianya mungkin ada.Wallahu'a'lam
Mungkin tapi yang pastinya bukanlah baka-baka bohjan2 atau mat rempit yang nak dibawak balik yer :P
DeleteMalaysia today, a piece of the puzzle.. a king and a russian lady
Deleteuuuuuiiiiii jaohnye kaji... sedap bacenye.... salam dari Melayu Kepulauan Riau... sayepon tengah mengkaji budaye Melayu.... keprikita.blogspot.com
ReplyDelete