Seterusnya mari tengok tentang tip mengenai profail pelanggan (Tips dari Puan Ainon Mohd)
Profail Pelanggan
Profail pelanggan berbeza-beza berdasarkan jenis produk ataupun perkhidmatan yang kita tawarkan. Oleh itu, cara layanan yang kita berikan tidak boleh serupa kepada semua pelanggan.
Yang dikatakan profail pelanggan bukan hanya usia, jantina, pendapatan dan lokasi tempat tinggal mereka.
Ada satu lagi elemen profail pelanggan yang penting tetapi kerap kali tidak dipedulikan. Elemen itu adalah keperluan jiwa pelanggan.
Sebagai contoh, jenis orang yang masuk ke kedai buku tidak serupa dengan jenis orang yang masuk ke kedai kasut. Memang, orang yang membeli buku akan masuk ke kedai kasut, kerana semua orang memerlukan kasut, tetapi banyak orang yang masuk ke kedai kasut tidak pernah masuk ke kedai buku.
Ini bermakna, kakitangan yang bertugas di dalam kedai buku perlu diberi latihan bagaimana melayan pelanggan kedai buku, supaya layanan itu memenuhi keperluan jiwanya.

No comments:
Post a Comment