Pagi ini sedang membelek majalah THE BULLETIN Public Mutual, blogger tertarik dengan kata CEO Public Mutual, Yeoh Kim Hong, katanya,
'Dalam setiap permainan atau perlumbaan, terdapat pihak yang menang dan yang kalah. Namun, para pemenang tidak semestinya adalah mereka yang mendapat tempat pertama, dan yang kalah itu bukan pula mereka yang mendapat tempat terakhir dalam perlumbaan. Pemenang yang sebenarnya adalah mereka yang bersikap betul. Dalam filem ' Remember Of The Titan, 1968, pelatih bolasepak Herman Boone menyatakan kepada ahli pasukannya, "jangan terlalu asyik memikirkan tentang menang atau kalah dalam permainan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan kepada hasrat untuk menjadi yang terbaik setakat yang termampu, bagi saya kita akan menjadi pemenangnya".
Begitulah juga halnya dengan kejayaan anda dalam industri unit amanah, ia banyak bergantung kepada sejauh mana anda sudi mencurahkan usaha anda kepada bisnes anda. Untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang dilakukan, anda perlu memberi 100% dedikasi dan komitmen terhadap tugas yang ada. Dalam kata-kata yang mudah, anda perlu membina mentaliti pemenang- yang sentiasa membolehkan anda mengatasi segala cabaran serta mengekalkan sikap yang positif. Dengan berfikir seperti seorang juara, anda akan bertungkus lumus dan anda akan kagum dengan apa yang boleh dicapai. Inilah yang akan mebezakan anda daripada mereka yang gagal atau yang berputus asa diseparuh jalan.
Dalam sekali makna dan pengertian petikan kata-kata di atas. Jika kita renung diri kita sendiri, imbas kembali halatuju kita dalam mencapai impian dan kejayaan dalam kerjaya, bisnes atau pun kehidupan. Seringkali kita mengalah atau berputus asa di tengah jalan. Pada awalnya begitu bersemangat dalam mencuba bisnes baru atau pun menceburi bidang baru. Apabila sampai dipertengahan kita mula membuat analisa dan review kononnya kemudian give up atau mula membuat keputusan baru dengan alasan, 'aah mungkin bisnes ini tak sesuai dengan aku atau bukan rezeki aku' dan sebagainya...
Sebenarnya, disitulah bermulanya cabaran dalam menerobos benteng diri untuk menuju puncak kejayaan. Pesanan ini bukan sahaja untuk para pembaca blog, juga untuk blogger yang kadang kala dilanda hawa panas, sejuk serta suam-suam kuku dalam kerjaya mahupun bisnes.
Jom kita set upkan semula minda dan hala tuju kita. Betulkan balik action plan, dan tambah sedikit komitmen dan komited... insyallah kejayaan ada didepan kita.
No comments:
Post a Comment