nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, December 14, 2010

Sesiapa pun mampu mempunyai kerjaya yang hebat

Begitulah antara topik yang dibicarakan oleh Stephen R Covey dan Jennifer Colosimo dalam buku merekan iaitu ' great work great career'. Bunyi macam mudah saja. Ia betul. Zaman berlalu masa lalu pun  telah berlalu, kita kini perlu merubah cara kita berfikir, cara kita bertindak kerana masa SEKARANG memerlukan kita berbuat demikian.

Kita perlu bertanya pada diri kita, apa SUMBANGAN kita pada dunia, pada kehidupan kita, jika kita bekerja hanya untuk mencari wang dan kerja, hanya itulah yang kita dapat. Jika kita itu matlamat kita, kita hanya menjadi MESIN KERJA. Bangun pagi, pergi kerja, tengahari rehat, petang sambung kerja dan petang balik. Adainya rutin ini kita ulangi untuk 10 tahun , 20 tahun, kita telah sia-siakan potensi dan kemampuan diri kita yang HEBAT. HEBAT? macammana tu? kita tidak menyedari sejauhmana kehebatan POTENSI DIRI kita.

Sebab itulah mula-mula kita perlu merubah cara kita berfikir, merubah pandangan kita pada kerja dan kerjaya kita, merubah pandangan kita dalam melihat masalah atau situasi yang sukar atau merumitkan.

Sebab itu kadang-kadang kita melihat ada individu yang sanggup bertungkus lumus, berkorban masa dan wang hanya untuk membuat kebajikan dalam menolong orang lain, rumah atau institusi kebajikan atau pertubuhan. Adakah kerana wang? oh tidak malah banyak duit dari poket sendiri telah dihabiskan. Semua kerana mencari KEPUASAN samada dalam kerjaya atau hidup.

Individu yang hebat adalah mereka yang mampu dan telah MENYUMBANG sesuatu samada kepada hidup dirinya sendiri, hidup orang lain, sumbangan yang jelas dan tersendiri serta mendapat kepercayaan, kesetiaan orang sekelilingnya.

SUMBANGAN yang tersendiri adalah tonik atau pati kerjaya yang hebat. Ia adalah dari dalam diri kita sendiri, dari bakat dan kebolehan diri kita yang mungkin tidak sama dengan orang lain.

Tidak semestinya kita perlu menjadi kaya, popular atau berpengaruh untuk mempunyai karier yang hebat. Kita perlu mencari dan menggarap kebolehan, keunikan kita dalam karier dan kerjaya kita. Sebagai contoh kerjaya kita adalag pencuci, kita perlu meneroka untuk menjadi pencuci yang hebat, yang menyumbang serta mempunyai keunikan tersendiri. Mungkin kita pakar dalam satu-satu perkara dalam mencuci sehingga dihormati samada rakan sekerja kita, bos kita mahupun organisasi kita.

Apabila kita hanya fokus pada gaji atau kerja yang rutin, lama kelamaan ia akan membosankan kita. Dan jika ada rakan sekerja kita yang baru bekerja dan telah menunjukkan kemahiran dan komitmen yang lebih baik daripada kita, ia akan menyebabkan kita dalam keadaan gelisah dan jika tidak diurus dengan baik, ia boleh menjadi wabak yang negatif dalam suasana kerja kita.

Jadi kita perlu cara apa SUMBANGAN kita dalam karier dan kerja kita....

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...