nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, December 15, 2010

Ketawalah.. anda akan merasa tenang dan relaks

Kita sering berhadapan dengan masalah hidup, masalah kerja, masalah kewangan, masalah hubungan serta masalah peribadi hingga membuatkan kita sering dalam keadaan gelisah, gundah gulana dan sering termenung. Apalagi untuk ketawa atau bergembira, nak senyum pun payah.

Kenapa kita tidak tukarkan suasana suram tadi kepada suasana yang lebih ceria, seronok riang dan bertenaga? Kata Dr Fadhilah Khamsah dan AHmad Fazli Yusof dalam buku mereka, '55 Petua Seronok Bekerja',  salah satu cara yang senang dan mudah untuk relaks adalah dengan KETAWA!!. Tak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk ketawa. Cukup hanya dengan bersedia dan tenang dan cari point untuk buat kita ketawa.

KETAWA adalah antara ubat dan penawar yang terbaik untuk kesihatan kita. Kajian mendapati bahawa setiap kali kita ketawa, kebanyakan daripada otot badan kita akan mengendur dan dalam keadaan relaks. Otot bahu dan lengan akan 'longlai dan santai', mata bercahaya dan wajah ceria dengan senyuman.

Pernah kita ketawa sampai nak terjatuh daripada kerusi atau sebagainya?? ini kerana semasa ketawa otot-otot tubuh dalam keadaan relaks dan mengendur. Ia menyebabkan kita hilang kawalan semasa duduk dan menjadi tidak stabil. Apa yang penting, semasa ketawa, kita dapat bertenang dan tidak dalam keadaan tegang atau 'stress'.

Ikut Kajian

Kajian daripada Norman Cousin dalam bukunya ' Anatomy Of An Illness As Perceived by The Patient, beliau telah kemukan satu teori yang menarik iaitu, apabila stress dan emosi dalam keadaan negatif, ia boleh menyebabkan manusia mudah jatuh sakit. Tetapi jika sebaliknya iaitu manusia selalu ketawa, ada rasa cinta dan emosi positif, ia akan menyembuhkan kita.

Beliau mengukuhkan pandangan bahawa hormon Endorfin iaitu penghilang sakit semula jadi badan, dirembeskan apabila manusia ketawa. Selain itu ia juga dapat mempengaruhi perkembangan sel-sel badan kita.

Lebih menarik lagi, seorang pengkaji daripada Pusat Perubatan di Universiti Loma Linda iaitu Lee Berk, mendapati bahawa semasa ketawa, proses Lymphocite Blastigenesis berlaku secara spontan. Ini bermakna, apabila ketawa dalam tempoh tertentu, sel pertahanan badan iaitu Sel T dapat dihasilkan dalam kadar yang lebih banyak.

Nabi SAW pun ketawa!!!

Dalam beberapa riwayat oleh sahabat, Nabi Muhammad SAW adalah  seorang yang sentiasa tersenyum dan periang. Ada riwayat yang mengatakan pernah Baginda SAW ketawa hingga menampakkan giginya yang putih bersih dan tersusun.

Jadi apalagi, jom kita ubah suasana hidup kita yang suram kepada detik yang menggembirakan.  Dalam keadaan tenang dan gembira ia akan membuatkan kita berfikir secara lebih positif dan masalah kita akan dapat diungkaikan satu persatu. Apa yang penting, apabila kita gembira, sekurang-kurangnya kita mampu menggembirakan orang lain. Usah lagi bergundah gelana, ayuh ketawalah... ianya bagus dan menyihatkan.. Hidup tenang dan ceria akan memanjangkan usia kita... percayalah

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...