nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, May 6, 2014

Pelaksanaan Hudud Di Brunei di Cabar




Dalam akhbar Berita Harian hari ini 6 Mei 2014, jelas menyebut bahawa Celebriti antarabangsa iaitu pengasas Virgin Group,Richard Branson telah melafazkan ikrar untuk memulau hotel kepunyaan Sultan Brunei iaitu Dorchester Group. Kononnya ia melanggar hukum kemanusiaan. Pelikkan manusia. Apapun biarlah kerana ianya memang tak faham pun tentang hukum jenayah syar'iah kerana mereka bukan Islam. Dan lebih pelik lagi mencampuri urusan dan hal ehwal sesebuah negara dan agama yang bukan menjadi pegangan.

Apapun kenyataan Sultan Brunei juga hebat di mana , "Kami tidak pernah bergantung kepada mereka untuk bersetuju dengannya, tetapi sudah cukup jika mereka menghormati kami seperti kami menghormati mereka". Ya amat benar dan tegas sekali kenyataan ini.

Rezeki dari Allah swt cukup besar dan luas, kalau setakat boikot begitu tidak akan terjejas Sultan Brunei, dan sebenarnya jika Sultan Brunei menarik pelaburannya yang berbilion dolar di luar negara itu yang lebih menakutkan kerana ia boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara dan pasaran. Itu yang mereka lupa.

Lagipun urusan mentadbir sesebuah negara perlu kita hormati apatah lagi mendaulatkan undang-undang Allah swt di muka bumi. Sesuatu yang berlawanan dengan peraturan Iblis dan Dajjal dalam menguasai dunia. Jika dunia beralih menghormati Islam kerana keadilan undang-undang Islam itu yang lebih menakutkan mereka, apatah lagi ia datang dari negara kecil jauh di timur.

Dalam keadaan begini sepatutnya tahniah dan penghargaan yang perlu ditampilkan oleh sesebuah negara Islam terhadap Kerajaan Brunei, akan tetapi kebanyakan tahniah adalah daripada pihak pembangkang di kebanyakan negara Islam, semuanya bagaikan takut untuk menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Brunei.

Kita sebagai umat Islam patut melahirkan rasa syukur kerana ada negara Islam yang berjiran dengan kita yang sanggup meredah onak untuk melaksanakan undang-undang dimomokkan sebagai ngeri dan menakutkan bagi bukan Islam, sedangkan di pihak umat Islam ia adalah dinantikan dan Allah swt sendiri yang menjamin keadilan yang telah termaktub sejak 1400 tahun yang lalu.

Insyalah dengan perlaksanaan undang-undang ini, ia akan menurunkan kadar jenayah dengan tinggi dan juga masalah sosial dan maksiat. Apakah melanggar fitrah manusia jika melihat negara menjadi aman dan damai tanpa jenayah dan maksiat yang melampau?.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat