nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label virgin group. Show all posts
Showing posts with label virgin group. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Pelaksanaan Hudud Di Brunei di Cabar




Dalam akhbar Berita Harian hari ini 6 Mei 2014, jelas menyebut bahawa Celebriti antarabangsa iaitu pengasas Virgin Group,Richard Branson telah melafazkan ikrar untuk memulau hotel kepunyaan Sultan Brunei iaitu Dorchester Group. Kononnya ia melanggar hukum kemanusiaan. Pelikkan manusia. Apapun biarlah kerana ianya memang tak faham pun tentang hukum jenayah syar'iah kerana mereka bukan Islam. Dan lebih pelik lagi mencampuri urusan dan hal ehwal sesebuah negara dan agama yang bukan menjadi pegangan.

Apapun kenyataan Sultan Brunei juga hebat di mana , "Kami tidak pernah bergantung kepada mereka untuk bersetuju dengannya, tetapi sudah cukup jika mereka menghormati kami seperti kami menghormati mereka". Ya amat benar dan tegas sekali kenyataan ini.

Rezeki dari Allah swt cukup besar dan luas, kalau setakat boikot begitu tidak akan terjejas Sultan Brunei, dan sebenarnya jika Sultan Brunei menarik pelaburannya yang berbilion dolar di luar negara itu yang lebih menakutkan kerana ia boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara dan pasaran. Itu yang mereka lupa.

Lagipun urusan mentadbir sesebuah negara perlu kita hormati apatah lagi mendaulatkan undang-undang Allah swt di muka bumi. Sesuatu yang berlawanan dengan peraturan Iblis dan Dajjal dalam menguasai dunia. Jika dunia beralih menghormati Islam kerana keadilan undang-undang Islam itu yang lebih menakutkan mereka, apatah lagi ia datang dari negara kecil jauh di timur.

Dalam keadaan begini sepatutnya tahniah dan penghargaan yang perlu ditampilkan oleh sesebuah negara Islam terhadap Kerajaan Brunei, akan tetapi kebanyakan tahniah adalah daripada pihak pembangkang di kebanyakan negara Islam, semuanya bagaikan takut untuk menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Brunei.

Kita sebagai umat Islam patut melahirkan rasa syukur kerana ada negara Islam yang berjiran dengan kita yang sanggup meredah onak untuk melaksanakan undang-undang dimomokkan sebagai ngeri dan menakutkan bagi bukan Islam, sedangkan di pihak umat Islam ia adalah dinantikan dan Allah swt sendiri yang menjamin keadilan yang telah termaktub sejak 1400 tahun yang lalu.

Insyalah dengan perlaksanaan undang-undang ini, ia akan menurunkan kadar jenayah dengan tinggi dan juga masalah sosial dan maksiat. Apakah melanggar fitrah manusia jika melihat negara menjadi aman dan damai tanpa jenayah dan maksiat yang melampau?.

Sunday, May 12, 2013

DUNIA Jutawan Britain kena jadi ‘pramugari’

Jutawan Britain  kena jadi ‘pramugari’



Fernandes (kiri) bersama Branson yang berpakaian seragam pramugari AirAsia di Sepang, semalam.
Pemilik Virgin Group tewas pertaruhan kepada CEO AirAsia

Sepang: Jutawan dan Pemilik Virgin Group dari Britain, Sir Richard Branson, 63 terpaksa ‘berkhidmat’ sebagai pembantu penerbangan dengan pesawat AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur selepas kalah dalam pertaruhan dengan Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes semalam. 

Beliau terpaksa mencukur bulu kakinya, memakai gincu dan skirt merah bagi menunaikan janjinya. 
Branson, bagaimanapun dikenakan tindakan disiplin oleh Ketua Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, selepas sengaja menjatuhkan dulang jus oren ke atas paha Fernandes. 


Pertaruhan pada 2010 

Branson kalah pertaruhan kepada Fernandes pada 2010 selepas mereka saling menegaskan pasukan pelumba Formula Satu masing-masing akan menang pertandingan itu. Pasukan Fernandes mendahului dua mata berbanding Branson. 

Fernandes secara berjenaka mengisytiharkan kemahiran Branson sebagai pembantu pesawat dalam penerbangan selama hampir enam jam itu sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘dipecat’ serta-merta. 

Kira-kira 300 penumpang terhibur apabila Branson yang memakai seragam pramugari Air Asia dengan solekan, malah menunjukkan demonstrasi keselamatan, yang disambut dengan tepukan gemuruh. 
Ketika jutawan itu memasuki pesawat, lagu Dude Looks Like a Lady dendangan kumpulan Aerosmith dipasang menerusi sistem pendengaran dalaman. 

Tugas pertama Branson, 63, adalah membawa keluar dulang minuman. Ketika menghidangkan minuman, beliau sengaja menjatuhkan dulang ke atas paha Fernandes. 

“Ia terlepas, memang terlepas,” tegasnya. 

Sementara itu, Fernandes yang terpaksa menukar pakaian, menunjukkan dengan jelas siapa sebenarnya ketua. 

“Awak perlu membersihkan tandas,” katanya. 
- Agensi

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...