nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 21, 2013

PRU 13: Tarik Diri: Nama Calon Tetap Dicetak Pada Kertas Undi, Setiap Undi Diterima Akan Dikira



PETALING JAYA: Calon yang ingin tarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum 5 Mei ini boleh berhenti berkempen.
Namun, nama mereka akan tetap dicetak dalam kertas undi pada hari pengundian dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata calon tidak lagi diberikan masa untuk tarik diri selepas tiga hari penamaan calon secara rasmi agar nama mereka tidak dicetak pada kertas undi.
Ini berikutan dengan pemansuhan ‘tempoh bertenang’ beberapa tahun lalu, selepas Parlimen meluluskannya bagi memastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius untuk bertanding ketika mereka memfailkan kertas pencalonan.
“Oleh itu, kami mengambil berat kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa beberapa ahli partinya menarik diri daripada bertanding ekoran masalah dalaman parti.
“Mengikut undang-undang, senarai nama calon yang telah diterima pada hari penaamaan calon akan kekal dicetak pada kertas undi dan setiap undi yang mereka terima akan tetap dikira,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi pada Isnin.
sumber: MSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...