nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 21, 2013

Nama, tarikh lahir sama di 3 lokasi berdekatan di Kuantan Pahang...Mohon Perhatian SPR

Harakahdaily,21 Apr 2013

KUANTAN: PAS Pahang memohon penjelasan Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) berhubung satu nama dengan tarikh lahir sama wujud di tiga lokaliti mengundi saling berhampiran di Kuantan.

Menurut Mereka, nama tersebut Ab Rapar bin Awang dengan tarikh lahir 15 Julai 1949, muncul sebanyak tiga kali dengan tiga nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza di tiga lokasi mengundi berlainan.

Abd Rapar bin Awang yang pertama dengan kad pengenalan 490715-06-5161 / 5028182 adalah seorang pengundi di kawasan DUN Semambu dan Parlimen Indera Mahkota.

Abd Rapar bin Awang yang kedua dengan kad pengenalan 490715-06-5233 / 2208163 adalah seorang pengundi di DUN Beserah dan Parlimen Indera Mahkota.

Abd Rapar bin Awang yang ketiga dengan kad pengenalan 490715-06-5137 / 3878313 adalah seorang pengundi di DUN Sungai Lembing dan Parlimen Paya Besar.

Menurut mereka, dengan kad pengenalan yang sedikit berbeza, tarikh lahir yang serupa dan nama yang serupa dan menjadi pengundi di tiga lokasi berlainan di Kuantan menimbulkan persoalan adakah ketiga-tiga Abd Rapar bin Awang adalah orang yang berbeza atau orang yang sama.

“Penemuan-penemuan yang meragukan sebegini cukup mencalar imej SPR dan menambahkan persepsi rakyat terhadap ketelusan PRU13 kali ini," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Baru-baru ini juga, Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) mendedahkan bahawa di Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Merap, Lee Wee Tak.

Turut menjadi persoalan adakah penggunaan dakwat kekal di PRU13 dapat menghalang para pengundi mengundi lebih sekali.

sumber: Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...