nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 21, 2013

PRU 13: Keputusan Che Johan Tepat, Minta Tidak Dihukum - Ibrahim Ali




PASIR MAS: Calon Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang tidak menghantar kertas pencalonan pada penamaan calon Sabtu lepas sebagai suatu keputusan yang tepat.
Bagaimanapun, Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen itu berharap supaya Lembaga Disiplin Umnomempertimbangkan keputusan Che Johan sebelum melaksanakan sebarang tindakan atau hukuman.

"Keputusan Che Johan Che Pa merupakan satu perhitungan politik yang bijak walaupun beliau terpaksa menerima risiko, iaitu akan disiasat dan mungkin akan berhadapan dengan tindakan disiplin.
"Beliau menarik diri hanya atas sebab nak jamin bahawa calon-calon PAS kalah dan juga membantu mencukupi kerusi (majoriti dua per tiga) bagi Barisan Nasional membentuk kerajaan Kelantan.
"Kalau beliau buat sesuatu yang buruk, tentulah boleh diambil tindakan (tetapi) beliau buat sesuatu yang baik untuk mengalahkan PAS, jadi terpulang (Lembaga Disiplin Umno untuk mempertimbangkan keputusan)," katanya kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Kubang Bunut di sini, malam Ahad.
Beliau mengulas mengenai tindakan mengejut Che Johan yang tidak mengemukakan borang pencalonannya pada hari penamaan calon Sabtu lepas sekali gus menarik diri daripada bertanding bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan.
Ibrahim berkata, keputusan Che Johan menguntungkan BN apabila memberi peluang kepada pertembungan satu lawan satu antara beliau bagi mengalahkan calon PAS yang merupakan anak Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh.
Katanya, Che Johan bukan mengkhianat parti, yang jauh berbeza dengan tindakan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRU-13.
Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan berhubung tindakan terhadap Che Johan kerana ia adalah keputusan parti Umno.
"(Tetapi) kalau tanya harapan saya, bahawa sebelum (Lembaga Disiplin Umno) berbuat apa-apa tindakan terhadap Che Johan, kajilah baik buruknya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...