nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 21, 2013

PRU13: Zizie Ezzete Bantu Suami Bung Mokhtar Berkempen



Zizie menenami suaminya, Datuk Bung Moktar Radin ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu di Kinabatangan, Sabah.
KINABATANGAN: Datuk Bung Mokhtar Radin yakin kehadiran isterinya, pelakon Zizie Ezette dapat membantunya dalam kempen mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan.
Hadir dengan berpakaian biru warna Barisan Nasional (BN) dan berjaket, Zizie menjadi tumpuan masyarakat semasa suaminya menyerahkan borang pencalonannya melibatkan perlawanan empat penjuru di antara PKR, STAR dan calon bebas pada Sabtu lalu.
"Dia mampu menghadapi kempen yang sengit," katanya.
Kinabatangan adalah Parlimen paling besar di Sabah.
Bung berkata, Zizie tiada masalah membantunya berkempen dan telah menjelajah ke beberapa buah kampung setakat ini.
"Kempen saya baru sahaja bermula dan dia akan menemani saya," ujarnya.
Dalam pada itu, walaupun sering dianggap tokoh politik kontroversi di Parlimen, Bung kekal sebagai wakil rakyat popular dikalangan masyarakat Sungei kerana sanggup meredah jalan berlumpur dan menggunakan bot usang sebagai cara berkempen dan mendekati penduduk di sana.
Bung juga yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal keempat selepas menang pada pilihan raya tahun 1999 dengan majoriti 6,326 undi.
sumber: Mstar Online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat