nuffnang adv

lazada adv

Monday, April 22, 2013

Pru 13: Ustaz 'underdog' tempur cara berhemah


SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N40 Kota Anggerik, Mohd Yusof Din mengakui tidak kekok berkempen walaupun turun dengan status sebagai calon baru.

Lebih mesra dengan panggilan 'ustaz', Yusof menyifatkan gerak kerja fasa pertama kempen lebih menjurus kepada strategi bersemuka.

Lokasi strategik pastinya kawasan tumpuan awam, seperti pasar tani Seksyen 13, Shah Alam yang beliau kunjungi pada pagi Ahad. Beliau turun bersama calon BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin.


Terkenal dengan sikapnya yang rendah diri dalam kalangan masyarakat, sosok berusia 41 tahun itu sebelum ini aktif dalam badan-badan pemikir dengan memberi tumpuan kepada kekuatannya, agama, sosial dan politik.

"Cuma bezanya, kali ini saya diberi amanah untuk tampil menjadi calon. Sebelum ini kita hanya di belakang," kata beliau yang juga merupakan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia.

Menurut Yusof, cara berpolitik perlu mementingkan nilai-nilai keilmuan dan membuatkan pengundi berpuas hati apabila didampingi.

"Kita bercakap mengenai politik baru. 'Engagement' dengan masyarakat perlu disuntik nilai baru," kata beliau.

Di sebalik kesederhanaan yang ditonjolkan, beliau agresif merangka gerak kerja mendekati rakyat selain memastikan sokongan menyeluruh akar umbi parti.

Yusof diberi kepercayaan oleh BN untuk mencabar penyandang kerusi N40 daripada Parti Keadilan Rakyat, Dr Yaakob Sapari. Persaingan juga disertai calon bebas, Eriq Saisal Rusli.

Calon PKR itu pada PRU-12 yang lalu menang kerusi itu dengan majoriti lebih 2,000 undi.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat