nuffnang adv

lazada adv

Monday, April 29, 2013

Hanim: Dari Pengerusi PIBG ke calon PAS DUN Seri Serdang N29


Hazayani Zakaria,29 Apr 2013

SERI SERDANG: Sokongan positif dari semua kaum sepanjang minggu pertama kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menaikkan semangat calon PAS N29 Seri Serdang, Noor Hanim Ismail untuk meneruskan kempen pada minggu kedua.

Selesai proses penamaan calon pada 20 April lalu, Noor Hanim, 51 bersama pasukan kerjanya memulakan kempen dengan menyantuni pengundi-pengundi pada siang hari dan program ceramah pada malam hari.

Pengalaman lebih lima tahun sebagai aktivis masyarakat termasuk pernah menjadi Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana membuatkan Noor Hanim dikenali oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Noor Hanim merupakan calon popular PAS di Seri Serdang kerana penglibatannya dalam program dakwah dan kemasyarakatan.

Meskipun mengakui perkara ini merupakan satu kelebihan bagi PAS, Noor Hanim bagaimanapun tidak sesekali menganggap beliau berada di kedudukan yang selesa.

Sebaliknya, ibu kepada lima anak itu tidak mensia-siakan tempoh berkempen dengan mendekati dan memenangi hati pengundi agar memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Hubungan beliau dengan kaum Cina dan India juga sudah lama terjalin melalui penglibatannya dalam Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) peringkat Negeri Selangor dan kawasan Puchong.

"Respons pengundi di Dun Seri Serdang ini sangat positif terutama dari kaum Cina yang memberi sokongan seratus peratus, di luar jangkaan termasuk kaum India.

"Petugas India yang dari MIC masuk menyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS dan ini yang mengagumkan saya dan orang India secara sukarela datang minta buka bilik gerakan khas untuk orang India terutama di Puchong Perdana," katanya sewaktu ditemui di majlis minum petang bersama penduduk yag turut dihadiri calon DAP Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di bilik gerakan Bandar Kinrara (BK) 9 petang semalam.

Program anjuran Persatuan Penduduk Taman Perumahan Sinar BK 9 itu dihadiri kira-kira 100 penduduk majoritinya pengundi Cina.

Pengalaman mengadakan pelbagai program dengan penduduk setempat membuatkan Noor Hanim tidak kekok apabila berhadapan dengan pengundi dan memberi penenrangan tentang manifesto PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai tawaran Pakatan Rakyat Selangor.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...