nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 27, 2013

Calon DUN Kg Raja Besut, Baca TALQIN dan DOA penuh syahdu......


Pada Jumaat lepas 26 April, Admin telah menghadiri ziarah kematian saudara di Kg Lahar, Amer, Besut, Terengganu. Sebaik sahaja sampai, jenazah telah pun siap disolatkan dan telah dibawa ke tanah perkuburan Kg Amer, Besut, Terengganu.

Ramai juga yang mengiringi jenazah ke kubur, lagipun hari sudah meninggi dalam jam 11.30 pagi, hari Jumaat. Si mati dikatakan meninggal akibat sesak nafas dan dikatakan mempunyai penyakit darah tinggi.

Admin turut sama memerhati urusan pengebumian di bawah terik panas mentari. Setelah selesai, tiba urusan membaca talqin dan seorang ustaz jernih wajahnya tampil ke hadapan membaca Talqin untu si mati. Tiba bacaan doa dengan penuh sebak bacaan doa dialunkan dan turut menyebabkan hadirin yang hadir juga sebak.

Sebaik selesai urusan pengebumian, admin mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan waris dan juga ustaz yang mengepalai bacaan Talqin tadi.

Sebaik sahaja beredar dari tanah perkuburan, terpandang gambar Calon PAS DUN Kg Raja, ehh ini ustaz yang baca Talqin dan doa tadi. Ya Allah hebatnya ustaz ni.. baca Talqin pun tanpa teks. Rupa-rupanya beliau adalah Calon DUN Kg Raja, Ustaz Mat Adam Bin Said.

Apapun sekalung takziah untuk sekeluarga si mati AL Fatihah dan bertuah kerana bacaan talqin oleh orang yang alim dan berilmu.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...