nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 20, 2013

Hakim Che Mohamad Zulkifli mula dikenali




KUALA TERENGGANU 18 April - Sebaik sahaja nama Che Mohamad Zulkifli Jusoh, 54, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Setiu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya individu berkenaan sehingga diberi kepercayaan pucuk pimpinan parti.
Bagi mereka yang bergiat aktif dan mengikuti perkembangan politik tempatan di negeri ini, nama Che Mohamad Zulkifly sememangnya agak asing.
Namun, bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan bidang kehakiman, Che Mohamad Zulkifly atau lebih dikenali sebagai Jali Hakim cukup terkenal kerana beliau merupakan Hakim Mahkamah Seksyen Bahagian Jenayah Komersial di Kuala Lumpur.
Anak peneroka yang lahir di Kampung Rahmat, Felda Chalok, Setiu itu berkata, beliau mengambil keputusan terjun ke dalam dunia politik kerana tidak sanggup menolak kepercayaan pucuk pimpinan.
"Saya mengambil keputusan terjun ke dalam bidang politik dan mengorbankan kerjaya saya sebagai hakim kerana mahu membalas jasa kerajaan yang memberi peluang kepada saya selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130419/px_69/Hakim-Che-Mohamad-mula-dikenali#ixzz2R06XDchj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...