nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 28, 2013

PRu 13: Cerita sebenar di Dun Damak, Jerantut

Harakahdaily,29 Apr 2013


TEMERLOH: Cerita liar yang disebarkan bahawa Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan kepada calon Bebas di Damak adalah tidak benar sama sekali.

(Gambar yang disiarkan ini memberikan kekeliruan kepada orang ramai tentang kedudukan PAS dan calon bebas di Damak)

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Sabtu lalu, di Jerantut, Ustaz Hadi menghadiri program di mana 40 orang pemuda Umno DUN Pulau Tawar menyerahkan borang keahlian PAS.

Namun begitu, di majlis yang sama calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang turut datang menyerahkan borang permohonan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Sebenarnya tiada sepatah katapun dari mulut presiden yang sokong calon Bebas. Dia hantar borang nak jadi ahli DHPP dan naik pentas lepas serah borang. Orang ramai minta angkat tangan untuk bergambar… itu yang keluar gambar seolah-olah memberikan sokongan kepada Koh,” terang Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

PAS, katanya, setakat ini belum lagi memberi kelulusan kepada Koh untuk menyertai DHPP.

Pengerusi DHPP Pahang N Balasubramaniam berkata segalanya akan dibincangkan selepas pilihanraya.

-Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...