nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 23, 2013

pru 13: Gamis anjur debat Tuan Ibrahim dan Adnan Yaakob

Harakahdaily,24 Apr 2013

KUANTAN: Dalam usaha membina serta mencorak budaya politik baru yang berpaksi kepada politik nilai, idea dan hujah,  Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Negeri Pahang  (Gamis Pahang) hari ini mengumumkan akan menganjurkan debat manifesto antara dua tokoh besar Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Inisiatif positif daripada Gamis Pahang mempertemukan dua tokoh besar yang mewakili Barisan Nasional serta Pakatan Rakyat dari negeri Tok Gajah yang dilihat  bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang dalam satu debat manifesto yang julung-julung kali diadakan di negeri ini.

Dalam Debat  Manifesto ini, Gamis memilih Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon MB PR dan Menteri Besar kerajaan sementara Pahanag Datuk Sri Adnan Yaakob selaku calon MB BN.

Di PRU13, Tuan Ibrahim bertanding di N29 DUN Jengka manakala Adnan pula bertanding di N36 DUN Pelangai.

“Debat ini menjadi medan utama kedua-dua belah pihak mengemukakan segala manifesto, tawaran mahupun janji politik yang memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat yang adil dan seimbang agar rakyat mampu membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin yang benar-benar mewakili suara dan harapan mereka,” kata Gamis Pahang dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Debat ini kata Gamis Pahang, akan memberi peluang dan ruang kepada kedua-dua belah pihak mengupas segala isu-isu kebajikan rakyat.

Tuan Ibrahim dan Adnan, katanya, boleh menjawab segala persoalan berbangkit agar segala keraguan dan kebimbangan rakyat mendapat maklum balas secara berfakta dan jelas daripada pihak yang berautoriti tanpa wujud sebarang ketidakadilan dan penipuan.

“Tuan Ibrahim sudah memberi persetujuan untuk menghadiri debat. Kami masih cuba mendapatkan masa daripada Datuk Seri Adnan. Kami diberitahu jadual beliau penuh. Namun kami tetap akan mencuba demi rakyat Pahang supaya debat ini berlaku. Diharap pihak BN akan menerima jemputan,” kata Pengerusi Gamis Pahang Ahmad Fatihi Mathtar.

Sementara itu, Fatihi juga berkata Gamis Pahang juga akan berusaha mempertemukan beberapa tokoh-tokoh lain terutama bagi kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di P088, Parlimen Temerloh yang menjadi pertembungan dua tokoh anak muda terkenal antara Datuk Saifuddin Abdullah dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

“Semoga segala perancangan yang bakal direncanakan dapat direalisasikan dengan baik demi mewujudkan budaya politik baru yang lebih segar, adil dan saksama yang bebas daripada budaya politik samseng, fitnah dan lucah,” kata beliau.

Beliau juga berharap tokoh-tokoh yang bertanding di Pahang akan menyambut inisiatif baik Gamis Pahang untuk menaikkan martabat politik negara daripada politik lucah ke hujah.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...