nuffnang adv

lazada adv

Monday, April 22, 2013

PKR Terengganu beri laluan kepada calon PAS


Muhammad Faizal,22 Apr 2013


KUALA TERENGGANU: Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan memberi laluan kepada kesemua calon PAS untuk bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Beliau juga turut memberitahu perkara itu telah dimaklumkan kepada calon PKR dan ia disambut baik oleh ketiga-tiga mereka iaitu Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir).

"Saya telah menerima keputusan ini pada jam 11 pagi tadi dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk terus bertanding di ketiga-tiga Dun yang bertindih, ketiga-tiga calon PKR menyambut baik keputusan tersebut.

"Perkara ini diambil bagi memastikan jalinan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat itu di utamakan dan bukannya berbentuk agenda peribadi serta memastikan Barisan Nasional (BN) dapat kita kalahkan," jelas Azan (gambar) kepada Harakahdaily.

PAS telah meletakkan calonnya Roslan Ismail (Bukit Besi), Adam Mat Said (Kota Putera) dan Zakaria Dagang (Seberang Takir).

Pada sidang media di Pejabat Agung Pas pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memberitahu, PAS akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Pertindihan kerusi antara PAS dan PKR melibatkkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun, perkara itu diselesaikan dengan kerjasama dari parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

sumber: Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...