nuffnang adv

lazada adv

Monday, April 22, 2013

PRU 13- Setiu: 'Kelab' Bekas Ahli Umno Semakin Membesar


SETIU - Keadaan yang 'suram' di kem Umno Bahagian Setiu disifatkan sebagai satu petanda perpecahan parti tersebut ekoran satu demi satu, termasuk para pemimpinnya meninggalkan 'parti purba' itu. 
"Kesuraman di pihak kem Umno Setiu semasa proses penamaan calon kelmarin barangkali petanda dari suatu sengketa dalaman ekoran krisis semasa pemilihan calon-calon yang tak dapat disembunyikan lagi, 

"Hadirnya bekas MP Setiu sebagai calon bebas dengan misi khusus untuk menjatuhkan ketua bahagiannya sendiri menambahkan lagi garam kepada luka yang berkudis,"ujar Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen pertama beliau di Kampung Kerandang, Jabi, di sini [Gambar kiri Atas], selepas disahkan mewakili PAS untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Iskandar Jaafar, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/yusof%20majid.jpgMenurut Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Teregganu, ucapan Yusof Majid sendiri membawa makna bahawa 'kelab' bekas-bekas ahli Umno semakin bertambah dan membesar.

".......Permainan baru saja bermula....... itulah ungkapan penuh makna calon bebas Dun Permaisuri saat disapa ketika proses penamaan calon kelmarin,"katanya yang mengulas, bukan sahaja PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak suka kepada Umno, bahkan ahli-ahli Umno sendiri.

Bekas Ahli Parlimen Setiu (2004-2008), Mohd Yusop Majid bersedia berdepan tindakan yang bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri.

Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Mat%20Bidi%20paling%20kiri.jpg“Saya faham siapa yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) secara automatiknya akan terkeluar daripada Umno. Saya juga faham dan saya telah baca perkara itu (perlembagaan).

“Bagaimanapun saya ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan, sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya harap masyarakat faham tujuan saya supaya  hasrat mereka tercapai,” katanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan


Di Besut, malam sebelum hari penamaan calon, bekas ahli Umno dan JKKK Hulu Besut Abang Mat Bidi, merupakan 'audien' paling depan dalam ceramah di Kampung Pasir Akar oleh calon PAS Dun Hulu Besut, Salahhuddin Jaafar.

Abang Mat Bidi, 62 tahun, atau nama sebenarnya Ramli bin Bidi bersama 31 orang rakannya keluar Umno danmenyertai PAS pada 23 Mac lalu. [Gambar kanan paling kiri, sudah berbaju hijau]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/nuhairi.jpgKetika ditemui, beliau berkata, ramai lagi yang mengikuti jejak langkahnya sejak BN mengumumkan Nawi Mohamad sebagai calon bagi Dun terbabit.

Menurutnya, seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Umno Hulu Besut telah pun meletakkan jawatan sebaik menerima khabar bahawa Nawi dipilih semula menjadi calon BN bagi Dun Hulu Besut.


Di Hulu Terengganu, Mohd Nuhairi bin Muhammad, 42,  [Gambar kanan bawah] yang muncul secara mengejut di pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi semalam, disahkan bertanding sebagai calon bebas bagi Dun Ajil. 

Beliau seorang 'kapten kapal' merupakan ahli Umno seumur hidup, mengambil keputusan untuk bertanding bagi menyelamatkan 'ahli-ahli Umno' dan rakyat keseluruhannya.

Menurutnya, zaman sudah berubah dan dan berbeza dengan masa lampau, politik masakini adalah politik 'dinamik' kerana pemikiran rakyat kini juga telah berubah.

sumber: Buletin Online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...