nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 23, 2013

Dr M: Jangan biar Malaysia dianggap negara Islam gagal




 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya kepada sekumpulan pegawai tentera laut hari ini memberi amaran supaya tidak mengundi mengikut emosi bagi mengelakkan negara dianggap sebagai negara Islam yang gagal.

Dalam ucapannya kepada kira-kira 2,000 orang pegawai tentera laut di pengkalan laut Lumut itu, Mahathir juga berkata Malaysia diiktiraf seluruh dunia sebagai negara Islam yang berjaya kerana 60 peratus daripada penduduk menganut Islam.

“Kalau kita gagal mentadbirkan negara kita dengan baik, sudah tentu orang ramai dan juga orang antarabangsa akan anggap bahawa Malaysia sekali lagi merupakan negara Islam yang gagal.

“Mereka berhak memilih, tetapi kalau mereka dikuasai oleh emosi perasaan dan kefahaman yang silap, ada besar kemungkinan mereka akan memilih pemerintah yang tdak mampu perintah

“Kalau kita ikut perasaan emosi benci dalam keadaan dengki dan memilih kerana nak balas dendam, kita akan dapat kerajaan yang tak mampu untuk bangunkan negara," katanya.

sumber: Malaysia Kini

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...