nuffnang adv

lazada adv

Monday, April 22, 2013

PRU 13: Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin
Muhammad Faeez Azahar,23 Apr 2013

IPOH: Tindakan lebih 60 orang ahli Umno melawan calon mereka sendiri sebagai calon bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ini merupakan suasana paling teruk berlaku dalam sejarah pilihan raya Umno BN dan ianya menunjukkan Umno BN kini hanya 'retak menanti belah'.

“Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.

Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.

Menurut Dr Nuri, di Perak sahaja, tujuh daripada 15 calon yang bertanding bebas adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak.

Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti.

“Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan.

“Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat.

Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu.

“Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini.

“PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat tindakan drastik demi memperjuangkan suara akar umbi,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...