nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 23, 2013

Pru 13: Najib: Hanya BN boleh jamin keselamatan, ekonomi


Najib: Hanya BN boleh jamin keselamatan, ekonomi
11:08AM Apr 24 2013 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kaum Cina di Sabah agar memilih kerajaan yang dapat menjamin keselamatan negara yang amat penting bagi kesinambungan pertumbuhan ekonomi.

Katanya keamanan dan keselamatan adalah dua elemen utama yang diperlukan bagi mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang kondusif.

Beliau menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya kerajaan yang dapat menjamin kedua-dua elemen itu dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

"Satu undi bagi BN adalah satu undi bagi keamanan dan keselamatan Malaysia. Inilah janji saya. Berfikirlah dengan bijak, fikirkan masa depan anda dan masa depan anak anda. Pilihlah dengan tepat," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama kaum Cina di Dewan Hakka di Kota Kinabalu malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. 

Najib menegaskan BN telah pun membuktikan keupayaannya sebagai kerajaan dengan membawa lebih banyak kekayaan untuk diagihkan kepada masyarakat pelbagai kaum.

"Apabila ekonomi Eropah menyusut, ekonomi Amerika Syarikat berdepan kesukaran, Malaysia pula berkeadaan baik dengan mencatat pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus," katanya kepada kira-kira 2,000 hadirin dari 134 pertubuhan Cina di Sabah.

Sambil membidas gesaan 'ubah' yang dilaungkan pembangkang, Najib berkata perkara itu tidak perlu memandangkan kerajaan BN menguruskan ekonomi negara dengan baik dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Najib menarik perhatian bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini, dan ini terbukti, antara lain, dalam bidang pendidikan dengan peruntukan diagihkan kepada sekolah Cina dan mubaligh.

Sementara itu Musa, yang mengulangi sentimen Najib, berkata BN adalah kerajaan mesra perniagaan yang mendengar dan menemui penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan kaum Cina.

"Tidak dapat dinafikan kemakmuran ekonomi yang kita nikmati hari ini disebabkan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran kerajaan," katanya.

Musa berkata kerajaan bertindak pantas dalam isu pencerobohan pengganas asing bersenjata di Lahad Datu dan tiada sebab untuk pelabur berasa bimbang mengenai keselamatan diri atau perniagaan mereka.

- Bernama

PS: Kita hanya mampu berjanji, yang mampu menunaikan janji hanya ALLAH swt, meletakkan kita melebihi ALLAH swt amatlah merbahaya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...