nuffnang adv

lazada adv

Sunday, April 28, 2013

PRU 13: Calon PAS DUN Lenggeng Masuk ICU Akibat Angin Ahmar




Zulkefly Mohamad Omar
SEREMBAN: Calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, di sini, Zulkefly Mohamad Omar dilapor dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mendapat serangan angin ahmar pada Sabtu.
Ketua Pemuda Pas negeri Mohd Khairil Anuar Wafa yang mengesahkan perkara itu berkata Zulkefly Mohamad, 49, kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Mohd Khairil yang juga calon Pas bagi kerusi DUN Labu bagaimana pun tidak pasti hospital mana dan bila Zulkefly Mohamad dimasukkan ke hospital berkenaan.
"Saya cuma dimaklumkan bahawa Zulkefly berada dalam ICU," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad
Zulkefly Mohamad menghadapi saingan tiga penjuru bersama calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ishak Ismail dan seorang calon bebas Zulkifli Abdullah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...