nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, April 24, 2013

Pru 13: Al Kisah Kedai Kopi


Tuan Ibrahim Tuan Man,24 Apr 2013

Alkisah di kedai kopi...

Masa di kedai kopi bersembang, ada seorang makcik kain biru berkata...

"PR menang Melayu akan tergadai. Percayalah..."
...
Seorang makcik kain oren bertanya kembali...

"Apa buktinya?"

Makcik kain biru menjawab, "Lihat beritalah. Mana-mana sahaja pun lapor. PR menang, Melayu hilang kuasa..."

Makcik kain oren itu dengan nada baik bertanya lagi, "Kak. Betul orang sebar. Tapi kita kena sahihkan dulu sebelum kata berita itu sebagai benar dan kita sebar."

"Makcik tahu itu benar. Tak perlu bukti. Percayalah PR menang, Melayu hilang kuasa," tegas makcik kain biru lagi.

Selepas itu, makcik kain oren tetiba berkata:

"Kak. Mengapa muka kak tiba-tiba pucat?" tanya makcik kain oren.

"Tak ada. Akak rasa ok sahaja," jawab makcik kain biru.

"Semua tengok - betulkan muka kak ini jadi pucat?" makcik kain oren menyuruh kawan-kawan lain di kedai kopi melihat wajah makcik kain biru.

"Kak semalam tak cukup tidur ke?" kata seorang.
"Kak ada rasa pening tak?" tanya seorang lagi.
"Kak baik pergi klinik. Jangan main-main," kata seorang lagi.
"Mengapa tiba-tiba pucat? Kak cukup minum air tak dua tiga hari ini?" tanya seorang pula.
"Kak tadi makan apa. Tersalah makan kot. Pucat sungguh muka," kata seorang lagi.

Makcik kain biru pun mula terasa beliau tak sihat. Beliau cepat-cepat pergi ke tandas mencari cermin melihat.

Masa melihat beliau melihat wajahnya seperti biasa. Tiada yang pucat. Ke beliau sendiri tak nampak? Beliau mula gelisah.

Bila keluar dari tandas...

"Apa kak buat? Muka dah tak pucat dah," kata makcik kain oren tadi.

"Yalah. Hebat kak," jawab orang lain.

Makcik kain biru pun tak faham mengapa. Yang pasti dia tak melakukan apa-apa ketika di tandas. Tapi beliau berasa lega mukanya kembali normal. Beliau kembali ke meja makannya.

Makcik kain oren pun berkata:

"Kak. Maaf saya tadi. Sebenarnya muka kak tak pucat. Saya cuma nak bagitahu kak, bahawa kak sudah terkena racun media tradisional yang ulang-ulang kata bila PR berkuasa, Melayu hilang kuasa. Walhal tiada bukti itu akan berlaku dan sememangnya itu tidak akan berlaku.
tak pucat pun kak sendiri tak percaya. Itu bahayanya bila kita hanya mendapat maklumat daripada satu belah sahaja seperti ujian kes muka pucat tadi."
Perdana Menteri masih Islam, Sultan masih ada, hak-hak istimewa pun masih ada kerana perlembagaan tak tukar. Kak percaya kata-kata bahawa PR berkuasa, Melayu hilang kuasa seperti situasi muka pucat tadi... kak ditakutkan... ulang-ulang - sebab tak ada cermin, maka kak tak dapat lihat muka sendiri. Tapi selepas ulang-ulang, bila kak tengok cermin, muka sendiri tak pucat pun kak sendiri tak percaya. Itu bahayanya bila kita hanya mendapat maklumat daripada satu belah sahaja seperti ujian kes muka pucat 

Makcik kain biru pun tersentak dengan kata-kata makcik kain oren. Beliau mula melayari internet untuk mendapat maklumat.

Akhirnya beliau menemui data seperti di bawah -- rupa-rupanya "PR berkuasa, Melayu hilang kuasa" hanyalah satu kepercayaan kosong yang tidak disokong fakta, sepertimana beliau mempercayai mukanya pucat kerana orang-orang sekelilingnya mengulang-ulang perkara tersebut.

Senyum.

sumber: harakah daily



    No comments:

    Post a Comment

    Get the lowest PRICE booking by ONLINE

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...