nuffnang adv

lazada adv

Saturday, April 20, 2013

PRU 13: Calon BN DUN Chempaka Bukan Tanding Atas Kapasiti 'Tuan Rakyat"





PENGKALAN CHEPA: Calon muka baru Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Wan Razman Wan Abd Razak akan bertanding atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan bukannya 'tuan rakyat'.
Sehubungan itu, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan lawannya iaitu penyandang kerusi DUN berkenaan yang merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Mursyidul Am itu hanyalah jawatan di peringkat pusat. Tetapi dari segi wakil rakyat itulah tanggungjawab saya. Pertembungan (dengan Nik Aziz) tidak menjadi masalah walaupun dia adalah Mursyidul Am PAS.
"Saya bertanding sebagai 'wakil' rakyat, bukannya 'tuan' kepada rakyat," katanya kepada para pemberita di pusat penamaan calon di Dewan SMK Pengkalan Chepa 1 di sini, Sabtu.
Wan Razman disahkan akan bertanding di DUN Chempaka yang akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu dengan Nik Aziz bagi merebut kerusi DUN di bawah Parlimen Pengkalan Chepa.
Menurut Wan Razman, bukan jawatan dalam parti yang dijadikan tumpuan, tetapi sebaliknya mengutamakan perjuangan beliau sebagai wakil rakyat.
"Saya diarahkan untuk bertanding dan bukannya menawarkan diri untuk menjadi 'Yang Berhormat' (YB). Saya tawar diri untuk jadi wakil rakyat.
"Insya-Allah, dengan tenaga dan kudrat saya yang ada, dan amanat yang diberikan kepada saya. Insya-Allah saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Chempaka yang sudah ketinggalan selama 23 tahun," katanya.
sumber: MSTAR

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...