nuffnang adv

lazada adv

Friday, April 19, 2013

Naib Ketua Wanita UMNO- Datuk Kamilia Ibrahim dipecat daripada UMNO

Kamilia dipecat daripada UMNO


Kamilia dipecat daripada UMNO


MANJUNG: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Kamilia Ibrahim dipecat serta merta daripada parti itu kerana bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak kecewa dengan tindakan Naib Ketua Wanita UMNO itu yang memilih jadi calon bebas.

Beliau bagaimanapun menyerahkan nasib Kamilia kepada pucuk pimpinan parti untuk tindakan lanjut.

'Kita tak boleh halang beliau. Beliau (kini) berhadapan dengan segala kemungkinan diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan parti," katanya kepada wartawan semasa ditemui di pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Lumut di sini, hari ini.

Zambry yang merupakan calon DUN Pangkor turut kecewa dengan tindakan Kamalia yang disifat tidak berprinsip.

Muhyiddin semalam berkata, mana-mana ahli parti komponen BN yang bertanding atas tiket bebas pada PRU-13 akan digugurkan keahlian parti sepanjang hayat atau dipecat secara automatik.

Kamilia sebelum ini merungut kerana tiada calon kanan daripada sayap Pergerakan Wanita UMNO yang dikemukakan sebagai calon oleh BN dalam pilihan raya umum ini.

Najib yang juga Presiden UMNO kemudian menjelaskan bahawa Kamilia ditawarkan bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan dijanjikan jawatan exco jika BN mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri, tetapi beliau menolak.

Sehubungan itu, kata Najib tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.
  
"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco," kata Najib.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...