Keadaan di DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu terus bergolak dan panas ekoran timbul protes terhadap calon Dato Mohd Jidin Shafee yang juga Ketua Bahagian. Tinjauan pagi tadi , telah naik beberapa kain rentang yang mahukan Abd Halim Bin Jusoh, penyandang DUN dikekalkan dan mereka meluahkan tidak mahu kepada calon Dato Mohd Jidin Shafee.
Ada juga kedengaran cakap-cakap kedai kopi yang mengatakan beberapa bendera BN disesetengah kawasan di DUN Permaisuri telah di turunkan tetapi tidak di alihkan.
Suara protes kedengaran yang mengatakan 'BN akan kecundang (di DUN Permaisuri) jika DMJ (Dato Mohd Jidin) dikekalkan. Dan juga "ABd Halim adalah Calon BN DUN Permaisuri'.
Insiden ekoran dikatakan pada mulanya calon Dato Mohd Jidin Shafee tiada dalam senarai calon tetapi muncul pada saat-saat akhir dan senarai rasmi yang diumumkan oleh MB Dato Seri Ahmad Bin Said baru-baru ini.
Keadaan ini juga telah menyebabkan timbul rasa tidak puashati dikalangan para penyokong Abd Halim Bin Jusoh dengan pengguguran calon kegemaran mereka.
Apakah suasana ini akan memebri kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menguasai semula kerusi DUN Permaisuri? Kita tunggu sehingga hari penamaan calon 20 April 2013 ini kerana dalam masa 48 jam ini, macam-macam keputusan dan spekulasi boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment