nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, April 30, 2013

PRU 13: Gambar Calon BN DUN Permaisuri, Setiu, ditampal di tong sampah....


 Jika tak suka sekalipun, tak perlulah tampal poster calon di tong sampah. Ia boleh dimengertikan dengan pelbagai maksud, samada tak suka, mungkin penghinaan atau sekadar suka-suka. Tetapi tong sampah bukanlah tempat yang sesuai dan sepatutnya bagi tempat menampal poster kecuali kempen kebersihan dan seumpama dengannya.

Kejadian ini dirakamkan di hadapan CIMB Setiu pagi tadi, di mana poster calon DUN Permaisuri Dato Mohd Jidin Bin Shafee di tampal di tong sampah.

Sememangnya DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu menjadi perebutan kerusi panas di antara calon BN dan calon Bebas Bunga Raya, Mohd Yusop Majid, manakala calon PKR, Wan Mokhtar, agak sedikit ketinggalan dalam persaingan meraih undi.

Kempen sudah menghampiri kemuncaknya, kita tunggu pada 5 Mei 2013 untuk hari penentuan sebenar bagi calon-calon yang bertanding.

Jangan Buat Kesilapan Sama - PM



BALING: Rakyat diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama dengan memilih pemimpin yang gagal membangunkan Islam dalam konteks sebenar serta tidak berupaya membawa kemajuan kepada negara.
Sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagai platform untuk memilih sebuah kerajaan yang terbukti mampu mengisi harapan rakyat.
"Kalau dulu (PRU 2008) tersasar dan terpesong sekali tak mengapa, tapi jangan buat silap dua kali.
"Jangan biar kita dipatuk dua kali di lubang yang sama," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan rakyat di sini, Selasa.
Hadir sama ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim.
Mengulas lanjut Najib berkata, rakyat tidak seharusnya terus ditipu oleh pihak yang kononnya memperjuangkan Islam demi mendapatkan undi.
"Islam bukan hanya sebagai slogan, tapi kita perlu bangunkan Islam dengan pengisian yang sebenar.
"Sebaliknya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu melihat kepada pihak yang boleh mengisi dua perkara besar," katanya.
Menurut Najib hanya BN yang boleh membantu rakyat membawa perubahan kepada masa depan yang lebih cerah dan pada masa yang sama mengangkat martabat Islam.
"Saya yakin di Baling kita sudah letakkan satu team yang kuat (calon) untuk menjadi wakil di untuk rakyat di sini.
"Saya percaya rakyat akan memberi kepercayaan kepada kita pada pilihan raya kali ini," katanya.

-Mstar Online

Warga M’sia di UK serah RM100,000 kepada PAS

Rahmat Wahab ,30 Apr 2013

MANCHESTER: Warga Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) dan Ireland telah menyerahkan sumbangan berjumlah hampir RM100,000 kepada PAS.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi PAS Representative Council UK Eire, Ir Jupri Bade kepada Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam dalam satu majlis yang diadakan di Abraham Moss High School, Manchester.

[Gambar: Ir Jupri Bade (baju hijau) sedang menyerahkan sumbangan kepada Khairil Nizam.]

Dalam majlis yang sama, PAS Representative Council UK Eire juga telah mengadakan sesi dialog antara golongan profesional yang menetap di United Kingdom dengan Khairil bagi menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pilihanraya dan situasi terkini tanah air.

Antara isu yang disentuh adalah berkaitan dengan situasi ekonomi Malaysia yang semakin membimbangkan dengan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM500 billion dan penerangan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 yang terdapat dalam Buku Jingga.

Selain itu, beliau juga ada menyentuh masalah sosial yang berlaku di Malaysia, seperti budaya samseng yang semakin parah dan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Dalam majlis tersebut, Ir Jupri Bade menyatakan bahawa PAS melalui PRC UK Eire aktif melaksanakan beberapa aktiviti seperti sesi penerangan atas talian bersama dengan pimpinan PAS di Malaysia dan lawatan muhibbah ke kawasan-kawasan di United Kingdom.

Menurut beliau, sambutan yang diberikan oleh warga UK adalah sangat menggalakkan dan hal ini terbukti dengan jumlah sumbangan besar yang diberikan oleh warga UK dan Ireland setakat ini.

Salah seorang profesional yang hadir, Ahmad Ali yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di sini mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di UK perlu mengambil peluang pilihanraya ini untuk membetulkan sistem pentadbiran negara dengan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat (PR).

Hal ini, katanya kerana PR begitu beriltizam untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam dasar-dasar negara jika diberikan peluang untuk memimpin negara dalam pilihanraya umum ini.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak perlu takut untuk melakukan perubahan kerana perubahan kerajaan ada berlaku di negara maju seperti United Kingdom sendiri.

-Harakah Daily

Apabila MB dipanggil Pakcik...




MUHAMAD MAT YAKIM 
30 April 2013
syed razak
Syed Razak
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Markas Pas Kawasan Jerai, rumah Ustaz Azizan di bangunan ini.
Apabila MB dipanggil Pakcik...
Kedai Pakaian Timor di Pekan Simpang Empat Kangkong yang jadi pilihan Ustaz Azizan.
ASSALAMUALAIKUM,” laung seorang anak muda sambil tertinjau-tinjau di sisi bangunan pinggir Terusan Wan Mat Saman yang selari dengan jalan Alor Setar - Sungai Petani, pada suatu pagi dua tahun lalu.Seketika kemudian, kedengaran suara salam dijawab dari  belakang bangunan. Anak muda bertubuh tinggi, berambut lebat itu segera mencari arah datangnya suara.

Tiba di sana, dilihat sekumpulan empat lelaki agak baya sedang bersembang di satu ruang yang pintunya terbuka. Seorang daripada mereka - yang paling tua - berbaring di pangkin.

“Saya Rizal, skuad Sinar (Harian) baru di kawasan Yan,” kata anak muda itu dengan senyuman seperti dipaksa. Dia dipersilakan masuk.

Lelaki yang berbaring di pangkin bangun. Setelah berbasa basi untuk seketika, lelaki itu bertanya: “Hang tau dak saya ni sapa?”

“Minta maaf pakcik, saya tak tau ...,” jawab si anak muda, jujur.

“Tak pa, hang boleh tanya depa ni,” balas lelaki itu yang berkain pelikat dengan baju pagoda.

Barang kali kerana kasihan kepada si anak muda, seorang lelaki lain kemudian berkata: “Inilah Ustaz Azizan, Menteri Besaq Kedah.”

Anak muda itu hilang kata-kata! Dia seperti tidak percaya.

“Saya bukan tak kenal MB Kedah, tapi hari tu dia nampak lain sangat. Dengan baju pagoda, kain pelikat, tak pakai cermin mata, kopiah pun tak pakai... itu yang saya panggil dia Pakcik,” kata Rizal mengimbas peristiwa itu kepada saya beberapa minggu kemudian.

Ya, mungkin ramai yang tidak tahu, Ustaz Azizan sejak dilantik menteri besar, tidak pernah menghuni Seri Mentaloon di Alor Setar. Kediaman rasmi MB Kedah itu hanya diguna untuk acara rasmi.

Dia masih tinggal di rumah lamanya di bahagian belakang bangunan Markas Pas Jerai di Batu 15, Padang Lumat, dekat Guar Chempedak itu selain sebuah lagi rumah di Jalan Sultanah, Alor Setar yang dibeli daripada keluarga mertuanya.

Walaupun sudah bergelar MB, Ustaz Azizan masih mengekalkan gaya hidup biasa.

Setiausaha akhbarnya, Helmi pernah menceritakan,  Azizan hingga sekarang jika mahu beli seluar, baju, tempatnya adalah sebuah kedai di Pekan Simpang Empat Kangkong.

“Dia selalu suruh aku pi kedai tu, Kedai Timor. Kata dia, baju, seluaq di kedai tu murah-murah. Kita sendiri tak sanggup pakai yang tak dak brand macam tu,” kata Helmi. Difahamkan, kebanyakan baju yang dipakainya berharga tidak lebih RM20 sehelai.

Selain Kedai Timor,  Azizan juga biasa beli pakaian di sebuah kedai India Muslim di Lebuh Chowrasta di Pulau Pinang.

“Satu hari, mamak kedai tu mungkin sebab baru  perasan tengok muka Ustaz  di TV, dia kata, Haji, ini hari saya tak mau jual lagi pada Haji. Ustaz tanya, sebab apa? Dia kata, sekarang Haji sudah jadi menteri, orang besaq. Elok pakai baju, seluaq yang tempah, bukan yang dia jual,” katanya.

Ustaz Azizan tetap Ustaz Azizan.

Tidak lama dulu, saya dijemput hadir kenduri kahwin anaknya di Kampung Teras Jernang, Bangi. Lokasi kenduri sebuah rumah kampung tidak jauh dari kampus UKM.

Ketika bersalam, Ustaz Azizan berpesan, “mai makan kenuri sudah naa, jang dok buat berita buh dalam surat habaq.”

Selepas makan, saya bertanya kepada setiausaha politiknya, Sanusi, apa sebab Ustaz tak buat kenduri di Alor Setar?

Jawab Sanusi: “Ini kenduri kahwin anak yang kedua dia buat lepas jadi MB. Kali pertama di Kedah. Belanja terlalu tinggi (sebab nak kena sedia hidangan banquet). Untuk tampung kos, Ustaz terpaksa pinjam dari beberapa orang exco RM20,000 seorang.

“Kali ni dia tak sanggup nak meminjam lagi, sebab itu dia buat di sini. Di sini tak perlu nak jemput orang-orang besar sebab kenduri kampung saja,” katanya.

Ujar Sanusi lagi, Ustaz Azizan cukup menjaga integriti dan dia tidak mahu ada pihak ambil kesempatan menaja majlis peribadinya.

“Sebagai menteri besar, apa yang dia buat ini memang ambik risiko. Mungkin ada yang berkecil hati apabila dia tidak buat kenduri kahwin anak di Kedah. Tetapi inilah prinsip Ustaz yang tidak mahu timbul fitnah dalam pentadbirannya,” katanya.

Cerita mengenai Ustaz Azizan mengingatkan saya kepada Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, MB Kedah kelapan yang memerintah antara 1999 hingga 2005.

Syed Razak adalah contoh pemimpin yang sangat ‘down to earth’.

 Sudah banyak kali saya lihat sendiri cara Syed Razak berdepan dengan rakyat yang mendorong saya buat kesimpulan, dia pemimpin yang sangat baik, bukan buat-buat baik!

Ketika hadir kenduri di sebuah kampung di Kubang Rotan, belum pun kami yang lain sempat keluar dari kereta, dia awal-awal saya lihat sudah menyeberang titi usang untuk ke rumah kenduri di seberang tali air.

Tiba di rumah itu, dia cuba bersalam dengan 100 peratus orang yang ada, tidak kira siapa pun mereka hingga ditegur oleh seorang lelaki, “Datuk tok sah (tak usahlah) dok mai la bersalam dengan kami ni, Datuk tu menteri, kami ni gedohok (pembantu kenduri) saja. Datuk tok sah mai tang ni, sat gi kotoq habih seluaq kasut!”

Lalu dijawab oleh Syed Razak: “Hangpa jangan dok kata lagu tu! Tak dak hangpa, tak dak kenduri.”

Selepas habis bersalam, dia melangkah masuk ke dalam rumah kenduri tanpa sebarang rasa kekok. Gayanya menunjukkan dia sudah terlalu biasa dengan tuan rumah, orang kampung dan juga keadaan di  rumah itu.

Rupa-rupanya Syed Razak mencari seseorang - tuan rumah - yang uzur dan terbaring di katil berhampiran dapur.

Melihat menteri besar datang, lelaki warga emas yang membahasakan dirinya sebagai Pak Long cuba untuk bangun.

Ketika tangannya diurut-urut oleh sang menteri, Pak Long berkata: “Pak Long ni sabit (bersebab) tak mengaji (bersekolah tinggi). Kalau tidak, Pak Long tak biaq kat dia ni (Syed Razak) jadi menteri besaq, Pak Long pun nak jadi (menteri besar) jugak.”

Kata-kata Pak Long dibalas oleh Syed Razak: “Orang tua ni, dok terkedang (terbaring) atas katil pun nak bercakap politik lagi. Sudah-sudahlah tu ...”

Kami semua tertawa.

Apa yang dapat anda simpulkan jika anda berada di tempat saya?

Ini satu daripada banyak peristiwa menyentuh hati saya mengenai  kemesraan Syed Razak.

Rakyat Kedah kini di persimpangan sama ada mahu mengekalkan kerajaan sekarang dengan Ustaz Azizan juga dikekalkan sebagai menteri besar, ataupun ini kali mahu tukar kepada menteri besar yang baru pula.

Soalnya, jika mereka mahu tukar kepada BN, apakah Datuk Mukhriz Mahathir sedia untuk jadi pemimpin yang ‘down to earth’ seperti Syed Razak?

Selamat mengundi!
-Sinar Harian

Kata Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!'

Zain Saidin


AKMALIAH RAZAK
30 April 2013

Zain Saidin dan Rozita Che Wan
Twitter Zain Saidin
Twitter Zain Saidin
Zain Saidin
Zain Saidin
BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).

Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2

Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.

-Sinar Harian

Semaikan semangat ukhuwwah sekalipun berbeza pemikiran


Ustaz Nasrudin bin Hasan,30 Apr 2013

Apabila saya menegur dan mengkritik bukan sahaja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk penghujahan positif atau negatif) daripada pihak yang dikritik, tetapi saya juga mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang bakal dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Tidaklah bermakna hanya saya yang benar. Berkemungkinan besar, saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain, apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar. Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah.

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Namun begitu, selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya. Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.

Lantaran itu, sebagaimana saya mesti tabah, terbuka dan berhati-hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, saya juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.

Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.

Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana apatah lagi jika dia seorang ahli politik.

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah az-Zumar : ayat 18)


Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya, apakah hujah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agung dalam sejarah peradaban Islam. Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu-isu yang tidak menjejaskan akidah.

Ilmu dan tawaduk (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut di samping mereka mengetengahkan adab-adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.

Lihat sahaja bagaimana imam-imam mazhab mengendalikan khilaf dalam kalangan mereka. Biarpun mereka menafikan sekeras-kerasnya hujah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii, “Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn:312.)

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut dalam rujukan yang sama, “Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii.”

Walapun masing-masing membentuk mazhab, mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketakwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain.

Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Saya akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuwan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method, jurang usia, perbedaan zuruf (suasana), perbedaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ia sihat, malah terlalu sihat andainya para ilmuwan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.

http://www.tarbawi.my

Aznil Tidak Tahu Isu Perbalahan Dengan Zain Saidin



Aznil
KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk Aznil Nawawi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Zain Saidin tidak sebarang masalah walaupun mereka dikaitkan dalam perbalahan menerusi program Masterchef Selebriti 2 yang disiarkan di Astro Ria pada malam Ahad lalu.
Aznil berkata, dia masih tidak mengetahui punca sebenar perbalahan itu sehinggalah Zain menjadi peserta kedua meninggalkan program tersebut.
"Ketika perbalahan itu berlaku saya sendiri tidak mendengar butirannya dan tidak berkesempatan untuk menonton episod berkenaan kerana berada di Johor.
"Saya ada diberitahu oleh Lydiawati dan Rozita Che Wan yang Zain di antara lain berbalah tentang keputusan juri yang memilih saya sebagai pemenang cabaran pada episod sebelumnya.
"Bagaimanapun saya dan Zain tidak pernah bercakap mengenainya dan saya tidak boleh terus membuat apa-apa kesimpulan. Jadi saya anggap tiada sebarang masalah di antara kami," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ceria Popstar di Restoran Full House di sini, Isnin.
Zain Saidin
Dalam pada itu, Aznil berkata, beliau percaya Zain mempunyai alasannya tersendiri apabila meluahkan pendapatnya sehingga menimbulkan kekecohan itu namun cara yang digunakan mungkin salah.
"Dia masih muda dan mempunyai pelbagai pandangan cuma barangkali caranya itu tidak betul," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Aznil memberitahu beliau bakal bertindak sebagai penaung program Ceria Popstar yang bertanggungjawab untuk memimpin para peserta berumur 10 hingga 15 tahun membina keyakinan mereka ketika berada di pentas.
"Saya lebih berperanan sebagai ayah kepada peserta dan akan memastikan segala aspek dan persediaan mereka berada dalam keadaan baik," ujarnya.
-Mstar Online
admin- Admin sendiri ada melihat adegan Zain Saidin yang tidak berpuashati terhadap juri Masterchef yang menyebabkan Chef Jo yang pendiam meninggikan suara. Betullah, kalau dah kita peserta yang tak pandai memasak melebih-lebih pandai daripada juri yang berpengalaman, memang nampak kurang ajar dan biadap. Nampak sangat Zain Saidin ni jenis keras kepala dan tidak begitu menghormati orang lain apatah lagi orang yang pakar dalam bidangnya dan lebih tua daripada kita. Beliau begitu berkeras dengan pendirian dan pandangan peribadinya. 
Rancangan realiti sebegitu sebenarnya dapat menampilkan karakter dan sikap sebenar seorang artis dalam dunia sebenar. Sebab yang selalu kita tengok adalah lakonan. Semuanya nampak baik dan berkesan. Apapun Zain Saidin perlu berubah untuk belajar menghormati orang lain dan lebih beradab dalam menyatakan pendirian. Apa yang penting kita perlu menghormati orang lain, barulah kita dihormati.

Johan As'aari Azam Lengkapkan Solat Lima Waktu




Johan As'ari. Foto LOW LAY PHON
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari bersyukur apabila kunjungannya ke Mekah untuk melakukan umrah pada 26 Mac hingga 8 April lalu telah membuka hatinya untuk lebih peka dalam hal berkaitan agama Islam.
Johan, 26, berkata, walaupun masih lagi belum sempurna sebagai lelaki soleh, dia cuba memastikan untuk menjalankan tanggungjawabnya memenuhkan perkara wajib dalam rukun Islam iaitu tidak meninggalkan solat lima waktu.
"Sebelum ini saya pernah menunaikan umrah ketika mengadakan penggambaran di Mekah menerusi drama Syahadat Cinta dan Tersalah Cinta. Tetapi ketika itu saya tidak terlalu fokus dengan ibadat dan lebih tertumpu pada kerja.
"Tetapi apabila kali kedua saya ke Mekah bersama-sama dengan penyanyi Hafiz Hamidun, terasa beza dan sayunya berada di sana. Saya juga saya mengambil kesempatan itu melakukan ibadah sebaik-baiknya dan bermuhasabah diri.
"Alhamdulillah, sejak pulang dari Mekah, saya sentiasa ke masjid. Dan azam saya kali ini adalah untuk lengkapkan solat wajib. Saya mahu berubah menjadi insan yang lebih baik, tetapi mahu buat dengan perlahan-lahan, Insya-Allah," katanya.
Johan kini bergiat aktif dalam memberikan ceramah di beberapa buah sekolah dan masjid. Foto adalah milik Johan
Tambah Johan, dia kini juga mahu mengenakan syarat-syarat lakonan di mana enggan melakukan adegan peluk dengan gandingan wanitanya jika ditawarkan berlakon.
Dalam pada itu, pelakon drama Karlos itu berkata, ketika menunaikan umrah, dia juga mendoakan keharmonian negara agar tiada terjadi perkara-perkara buruk pada masa akan datang.
"Biasalah sekarang ini macam-macam perkara pelik yang berlaku di negara ini jadi saya berdoa kepada Allah agar Malaysia aman dan makmur.
"Sebagai seorang rakyat, menjadi tanggungjawab dan adalah wajar untuk saya berbuat demikian," tuturnya.
Sementara itu Johan memberitahu bahawa dia kini menjadi duta kepada Dewan Pemuda Masjid Malaysia di mana dia akan ke beberapa masjid melakukan ceramah yang berkaitan dengan isu-isu remaja.
"Sehingga kini saya telah melakukan beberapa ceramah di sekolah dan masjid. Alhamdulillah. Nak kata ceramah pun tak juga, tetapi lebih berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada budak-budak remaja.
"Syukur, saya menerima respons yang baik daripada golongan remaja ini. Mereka cukup bersemangat mahu mendengar pengalaman saya selain bertanyakan pelbagai soalan," ujarnya
-Mstar Online

Tanah RM10 juta: Bunga Raya layu sebelum kembang

Ahmad Fadhi bin Shaari,30 Apr 2013

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong.

Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali (gambar) tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang.

Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia.
Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi.

Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan.
Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007.

Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu.

Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera.

Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya.

Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan.

Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang.

Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.


* Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

-Harakah Daily

Isu Hiburan: Norman Tetap Bidas PAS, Ahmad Idham Anggap Fikiran Sempit



Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan.
"Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang.
"Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara.
"Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu.
Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak.
“Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas.
Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek.
Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS.
"Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata.
"Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya.
Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya.
Pemikiran sempit
Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan.
"Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni.
"Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
"Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara.
"Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya.
Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak.
Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara.
Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.
-Mstar Online

Monday, April 29, 2013

Bersama Calon DUN Langkap, Setiu, Terengganu, Haji Hasan Karim


Hari ini admin berkesempatan bersama-sama dengan calon PAS DUN Langkap Haji Hasan Bin Karim semasa sedang minum dan sembang-sembang di Kg Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu.

Beliau yang merupakan seorang Penggawa dan juga seorang imam amatlah rapat dengan masyarakat di kawan ini.

Calon BN yang akan ditentangnya adalah Datuk Sabri Mohd Nor, anak peneroka Felda ChalokKg Rahmat.

Diharap suasana kempen yang sihat dan harmoni akan berlaku dan berterusan dalam menegakkan pendirian masing-masing dalam berpolitik.

TPM bohong tentang Kedah, Mukhriz diam, sindir PAS




 
Menjawab dakwaan gagal menarik pelabur, PAS Kedah memberikan serangan serampang dua mata dengan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berbohong dan timbalan menteri berkaitan Datuk Mukhriz Mahathir cuma berdiam diri.

Exco Kedah Datuk Amiruddin Hamzah berkata, fakta Muhyiddin sewaktu menyampaikan ucapan di Jerlun minggu lalu salah kerana rekod Malaysian Investment Development Authority (MIDA) mencatatkan peningkatan hasil pelaburan.

amiruddin hamzah"Tapi (mereka) kata tak ada pelaburan. Ini bohong ke tak bohong? Bohong!" katanya di hadapan kira-kira 250 hadirin dalam ceramah kelompok di Alor Merah dalam DUN Anak Bukit.

Amiruddin (kiri) yang juga calon di situ berkata, pada zaman BN purata pelaburan sekitar RM1.2 bilion tetapi bawah pentadbiran PAS angka itu melonjak kepada RM3.2 bilion setahun.

Menurutnya, rekod pelaburan terbaik dicatat pada 2011 apabila kemasukan pelaburan sebanyak RM6.14 bilion, sekali gus menyediakan 8,000 peluang pekerjaan.

"(Waktu Muhyiddin berucap) di sebelah dia ada Datuk Mukhriz, timbalan menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan dan perindustrian negara.

"(Mukhriz kata) Saya bangga jadi anak Kedah. Tapi bila orang sebut fakta tak betul, bangkitlah perbetul. Tapi dia tak mempebetulkan. 

"Sepatutnya timbalan menteri patut bangun, (kata) apa yang Tan Sri sebut tu, tak berapa tepat," sindir Amiruddin pada anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diura-urakan sebagai calon menteri besar BN.

Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.

Muhyiddin memberi markah "E tolak" kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.

'Dulu banyak pintu tol'
Amiruddin juga memberikan contoh lain usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat "di atas meja", dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.

Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan "terlalu banyak kos dan pintu tol".

"Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan," katanya.

Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah.

-Malaysia Kini

Umcedel: PM dulu kan teruja dengan tinjauan kami




3:47PM Apr 29 2013 
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hari ini menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang mempertikaikan kewibawaan tinjauan mereka selepas Datuk Seri Najib Razak menyatakan tidak bersetuju.

Malah, kata Sekretariat Umcedel, sikap pengerusi BN itu berbeza sama sekali dengan sebelum ini apabila Umcedel membentangkan kajiannya bahawa gabungan parti pemerintah akan terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.

azlanPada masa itu, kata mereka, Najib mengaku teruja dengannya dalam sebuah program di Kuantan pada 21 Januari tahun lepas dan kenyataan itu diulang dalam siaran televisyen dan tiada sebarang persoalan ditimbulkan tentang kajian itu.

Kenyataan itu juga katanya terakan di blog politik dan masih boleh dibaca hingga hari ini.

Najib semalam berkata beliau tidak bersetujudengan tinjauan Umcedel yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tinjauan BN mendapati beliau mendahului.

Tinjauan Umcedel berdasarkan 1,407 sampel itu menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri berbanding Najib yang mendapat 39 peratus. 

NONEBeberapa tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan itu dengan mendakwa saiz sampel 1,407 terlalu kecil dan kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Sekretariat Umcedel berkata, pihaknya sedia berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti lebih lanjut kajian mereka.

"Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali," kenyataan itu dpetik.

Umcedel juga mempelawa pihak yang berminat supaya melayarilaman sesawang mereka untuk mengetahui buiran lanjut kajian mereka.

-Malaysia Kini

Bila Abang Hensem Berkata-Kata...jangan takut pada sesiapa


Ustaz Azhar Idrus,29 Apr 2013



Jangan takut pada sesiapa. Yang telah termakan budi, sebenarnya bukan budi sesiapa.

Budi Allah yang banyak kita makan. Ini udara yang kita sedut milik Allah.

Langit yang kita junjung bukan milik TUDM, tapi milik Allah. Bumi yang kita pijak, bukan hok Pejabat Tanah, tapi milik Allah.

(Ustaz azhar Idrus bersama 
Mustafa Kamal)
Darah yang mengalir dalam hok ni, dalam tubuh kita milik Tuhan, Dia beri pinjam pada kita.

Maka wajib kita kena balas budi Allah iaitu runtuhkan kebatilan, tegakkan keadilan, tegakkan kebenaran, bersamalah dengan orang-orang yang baik-baik. Jangan sekali-kali bersama dengan orang-orang jahat.

InsyaAllah, jangan takut kepada sesiapa. Kemenangan kita adalah kemenangan rakyat keseluruhan, bukan kerana ekonomi.

Memang penting ekonomi, memang penting kemajuan, memang penting prasarana dalam hidup kita, tetapi itu nombor dua. Nombor satu sekali, kerajaan Allah SWT...

- 27/4/2013
Putrajaya.

-Harakah Daily

PRU 13: Mengintai Putrajaya di Perak: Cerah masa depan!


Ahmad Lutfi Othman,29 Apr 2013

Saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada apabila menonton TV, bukan  terhad hanya kepada slot berita tetapi juga rancangan bualbicara selepasnya, diselangi iklan-iklan politik tidak berbayar. Saya juga terpaksa berusaha menenangkan diri sendiri ketika menatap akhbar-akhbar harian berbahasa Melayu dan Inggeris.

Walaupun menyedari degup jantung tambah kencang berdepan siri "pembelasahan" media, saya gagahi juga. Selepas tujuh hari berkempen, saya belum sempat turun mendengar ceramah, merasai situasi sebenar di lapangan. Selain laporan internet -- melalui portal berita, blog dan juga Facebook -- saya terpaksa melanggan akhbar-akhbar utama dan memasang telinga mendengar (bukan menonton) Buletin Utama TV3, bagi mengetahui pendekatan kempen BN yang tidak beretika itu.

Untuk mempertahankan survival BN yang terancam, peneraju media menjadi tidak rasional lagi. Proses "pembodohan" umat  berlangsung secara besar-besaran. Berduyun-duyun sang profesor (termasuk dari disiplin sains politik) membentangkan sudut pandangan, sedangkan yang diluahkan tidak lebih daripada pengulas bertaraf jurucakap parti.


Apabila saya singgung isu-isu yang dimainkan media di bawah kawalan mutlak Umno-BN itu dalam FB, segera reaksi rakan-rakan yang mengaku mereka sudah lama tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3.

"Aku juga dah tak baca The Star, yang cuba berlagak bebas tapi semasa kempen PRU13 bertukar tukang propaganda murahan," ujar kawan lama dari Alor Setar. "Buang masa, membazir duit hang beli Utusan atau Berita Harian, juga menonton berita TV3," tambahnya meminta saya menjaga kesihatan dengan tidak memudaratkan diri menatap media talibarut Umno itu!

Sukar untuk memastikan sama ada  media konvensional yang terjajah ini masih mempunyai pengaruh besar, namun saya yakin kewibawaan dan integritinya menjunam teruk.

"Lutfi, tak payah susah hatilah dengan pemberitaan songsang mereka,  hanya satu jalan untuk mengubah keadaan, rehatkan saja BN. Buang masa saja kau bersama KAMI timbulkan isu akses media semasa kempen ini, tumpukan saja hari-hari terakhir ini untuk Harakah jelaskan kekeliruan yang dicetuskan media Umno dan fokuskan tawaran Pakatan," tegur seorang bekas editor kanan.

Menginsafi rangkaian Harakah masih terbatas, saya dan rakan-rakan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bertindak melancarkan promosi di beberapa lokasi, di seluruh negara, sambil mengedarkan sisipan Bangkit secara percuma.

Khamis lalu, semasa saya melakukan tinjauan singkat ke Bukit Gantang dan Kuala Kangsar -- dua kerusi Parlimen  yang ditandingi PAS -- saya menitipkan sejumlah T-shirt khas buat wartawan sambilan Harakah di Perak, Muhd Faeez Azahar.

"Sambil edar Bangkit dan tabloid Inikalilah, jangan lupa berkempen untuk Harakah, terutama di kawasan strategik dekat Ipoh ini," ingatan saya kepada Faeez, anak muda yang berkampung di Pejabat Perhubungan Negeri sepanjang kempen PRU13.

Alhamdulillah, berkat sumbangan pembaca Harakah untuk dana projek penerbitan kempen PRU13 KAMI, hampir 200,000 naskhah Bangkit berjaya diedarkan ke lokasi tertentu. Mungkin ia tidak mampu menyaingi edaran percuma edisi petang Berita Harian dan Utusan Malaysia tetapi sekurang-kurangnya berjaya menawarkan sumber maklumat alternatif.

Di sebelah tengahari 25 April itu, saya ditemani wartawan senior, Johari Jaafar, bertemu Ustaz Idris Ahmad, di pejabat Pusat Khidmat (bekas) Ahli Parlimen Bukit Gantang, dekat Changkat Jering. Rakan sepejabat, Khairul Hartimi Tajudin memandu dari Kuala Lumpur, memudahkan urusan saya.

Idris yang juga penasihat editorial Harakah menyambut kami. Agak keletihan, tetapi tetap menyerlahkan keyakinannya. Saya tidak banyak bertanya peluangnya untuk mengekalkan kemenangan Nizar Jamaluddin -- dan sebelumnya Allahyarham Roslan Shahrom -- tetapi cuba merisik pandangan AJK PAS Pusat ini terhadap potensi Pakatan Rakyat untuk "membebaskan" Putrajaya.

Selama ini, termasuk ketika bermesyuarat setiap Selasa dan JUmaaat  di Harakah,  Idris seperti juga saya, cukup berhati-hati dengan peluang ke Putrajaya. Kami berkongsi kerisauan tentang sikap pengundi Melayu, terutama di kampung-kampung, dalam usia melebihi 40 tahun, yang dilihat masih terpengaruh dengan dakyah perkauman Umno.

"Ustaz, rata-rata ana pergi, ramai bercakap Pakatan boleh menang, malah ada sahabat menggesa ana membuat persiapan operasi Harakah selepas 5 Mei nanti, apa jadi Harakah selepas kita menang?" saya mengintai ulasan Idris.

Dia tersenyum lebar. "Ana pun rasa begitu," katanya tanpa teragak-agak. Segera saya teringat beberapa hari sebelum itu, Dr Mohamad Agus Yusoff semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama.

Seorang lelaki melewati usia 60 tahun yang bersama kami dari awal segera bangun, bersalam erat dengan Idris, tanda puas dengan reaksinya. Kami sama-sama ketawa.

"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," maklum saya kepada Idris. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama."

"Apa pun kita jangan leka, usah pandang rendah jentera kempen BN terutama melalui media dan agensi kerajaan sejak lama dulu," kata Idris, sambil merujuk sikap penyokong tegar Umno yang ditemuinya sepanjang kempen. "Ada yang langsung tak makan dengan hujah, kita hanya harapkan perubahan anak-anak mereka, yang lebih terdedah dan terbuka," tambahnya.

"Apa yang menarik minat pengundi, Ustaz?" tanya saya. "Tawaran kita, seperti hapuskan tol dan PTPN, rendahkan harga kereta, mekanisme turun kos sara hidup. Ana tak letak banyak tawaran kita, tumpu yang utama saja," katanya sambil menunjukkan booklet pengenalan dirinya. "Harakah patut jelaskan lebih terperinci dengan sokongan fakta meyakinkan," ujar Idris.

Sebelum kami beredar, Idris memperkenalkan wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang menunggu di luar. Zulaikha dari Kuala Lumpur turun ke Perak membuat liputan di "kerusi panas" seperti Kuala Kangsar, Lumut, Larut, Sungai Siput dan Bukit Gantang sendiri.


Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung  Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak.

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin  Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah.
harakah daily

Dihalau dari Pesta Buku kerana pakai topi PAS


Harakahdaily,29 Apr 2013

(Kerana pakai baju dan topi ni di halau dari Pesta Buku yang dibuat di bangunan Umno)

KUALA LUMPUR: Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.

Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.

Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini.

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.

Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....


Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC.

(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher.

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut.

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC.

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :


security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :


security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.
Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut.

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran.

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran.

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama.

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek

-Harakah Daily

admin: takkanlah dengan baju dan topi pun kena halau, yang pakai baju singkak nampak peha dan dada boleh pula, macamana tu?

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan



Nazri Abdullah,29 Apr 2013



(Musa [dua dari kiri] dalam sidang media hari ini)


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini menerima perlantikan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat (MKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media selepas bertemu dengan Pengerusi MKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Dalam sidang media pertama itu, Musa yakin proses perpindahan kuasa akan berlaku secara aman selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Dalam sidang media itu, Musa meminta pihak polis membuat siasatan yang adil terhadap beberapa siri letupan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Pihak polis juga perlu membuat kajian dan monitoring yang menyeluruh dengan apa yang berlaku kerana mungkin akan berlaku lagi selepas ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua parti politik memberitahu polis sebelum menganjurkan apa-apa majlis.

-Harakah Daily

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...