nuffnang adv

lazada adv

Sunday, May 12, 2013

Timbalan KSU parah, isteri maut nahas

Timbalan KSU   parah, isteri maut nahas

Razali menenangkan Zaidon yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 157.9, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak, malam kelmarin.
Ledang: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Zaidon Asmuni cedera parah, manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini, malam kelmarin. 

Dalam kemalangan jam 11.40 malam itu, Zaidon, 57, patah tangan dan cedera di kaki manakala Datin Halimah Awaludin, 55, meninggal dunia di lokasi. 
Dua anaknya iaitu Siti Nur Fazlin, 21 dan Ahmad Zafri, 23, yang dikatakan memandu kereta serta seorang anak angkatnya, Wan Mohamad Nabil Wan Sarafi, 12, cedera di badan. 


Mayat Halimah dihantar ke Hospital Tangkak di sini, manakala Zaidon bersama tiga anaknya menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. 

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki mereka hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke arah Selatan. 

Berikutan itu, katanya, kereta berkenaan dikatakan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya. 

“Keluarga Zaidon ketika itu dipercayai dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta itu remuk teruk tetapi semua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu," katanya ketika dihubungi, semalam. 
Kata-kata semangat 

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, sempat meluangkan masa melawat Zaidon dan anak-anaknya di HPSF pagi semalam, bagi memberi kata-kata semangat. 
Di Putrajaya, jenazah Halimah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam 
Presint 20 di sini, jam 3 petang. 

Zaidon ketika ditemui di rumahnya di Precint 10, berkata beliau nampak isterinya terbaring selepas kejadian tetapi tidak menyangka Halimah sudah meninggal dunia. 

“Arwah nampak gembira apabila dikhabarkan kami sekeluarga akan ke Johor untuk melawat kakak saya yang sakit,” katanya yang akan dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini untuk rawatan lanjut. 

Turut menziarahi Zaidon adalah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

-Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat