nuffnang adv

lazada adv

Sunday, May 12, 2013

PAS Kesal BN Terengganu Tidak Lantik Pegawai Pembangunan DUN Dan Parlimen Di Kawasan Tewas



KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Bernama) -- PAS menyesali kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat 'tidak mengenang budi' BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu.

"Sepatutnya peruntukan kepada Adun pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat.

Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam.

Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN.

Ariffin berkata, ini menunjukkan diskriminasi dan kezaliman.

Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat