nuffnang adv

lazada adv

Sunday, May 12, 2013

Misbun Ramdan takluk Cabaran Slovenia


Kuala Lumpur: Pemain Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun terus menawan pentas Eropah apabila semalam menjuarai Cabaran Antarabangsa Slovenia – hanya dua minggu selepas memenangi Cabaran Antarabangsa Portugal. 

Misbun, pilihan pertama kejohanan yang dibimbing bapanya, Datuk Misbun Sidek sejak keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya mengambil masa 25 minit menewaskan pemain Perancis yang juga pilihan ketujuh Lucas Corvee 21-11, 21-17. 


Nusa Mahsuri menghantar Misbun menyertai kejohanan di Eropah dalam usaha membina keyakinan diri pemain yang kini menduduki ranking ke-60 dunia itu dan berharap dia dapat merasai perasaan bergelar juara yang diyakini mampu mendorongnya merangkul lebih banyak kejuaraan. 

-Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat