nuffnang adv

lazada adv

Thursday, May 9, 2013

Harimau Malaya Naik Dua Anak Tangga Dalam Ranking Terbaharu FIFA



KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad bola sepak kebangsaan tidak menggugat kedudukannya dalam ranking bola sepak dunia.

Kedudukan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K. Rajagobal sebaliknya naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lepas, berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Khamis.

Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 sebelum turun satu anak tangga sebulan kemudian dan merudum ke tangga 164 pada Mac.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Aruba (152), Bangladesh (154), Lesotho (155) dan Nicaragua (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tangga kelima di belakang Vietnam (132), Thailand (142), Filipina (144) dan Myanmar (158).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,538 mata.

Jerman dan Argentina turut mempertahankan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,428 dan 1,296 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...