nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, May 22, 2013

Kaki guru tertusuk batang besi



Briarwood: Seorang guru cedera selepas tertusuk besi kaki meja ketika melindungi muridnya apabila puting beliung yang membawa angin selaju 320 kilometer sejam (kmsj) menerbangkan sisa runtuhan di Oklahoma, kelmarin.
Suzanne Haley yang melindungi murid di Sekolah Rendah Briarwood mengalami kecederaan serius apabila kaki kanannya tertusuk besi berkenaan.

Guru darjah satu itu berlindung bersama muridnya di bawah meja ketika puting beliung berkenaan melanda kawasan sekolah itu.
Dia dihantar ke hospital dengan sebuah trak.

Bercerita mengenai peristiwa itu, Suzanne berkata: “Dinding kelas runtuh dan menghempap kami yang ketika itu berlindung di bawah meja.

“Mulanya saya fikir sesuatu yang besar dan berat menghempap kaki saya menyebabkan saya tersepit. “Saya tidak boleh bergerak. Tiada siapa yang dapat bergerak. Tetapi akhirnya kami mampu berguling dan keluar. Saya meminta anak saya melihat apa yang menghempap kaki saya dan mengangkatnya. Tetapi selepas melihatnya, dia menjerit.” Guru itu berkata, dia terpaksa mengawal perasaan untuk menenangkan muridnya.
“Saya berjaya melakukannya. Saya sungguh terkejut. Saya tidak boleh cemas di depan anak saya dan murid lain. Saya perlu bertenang demi mereka,” katanya.

Suzanne mulanya bimbang bayaran rawatan perubatan kerana perlindungan insurans yang dibelinya tidak meliputi kecederaan seperti itu.
Tetapi selepas menonton wawancara yang disiarkan televisyen, syarikat insuransnnya memaklumkan kepada guru yang berani itu bahawa mereka akan menanggung kos rawatan berkenaan. - Daily Mail

1 comment:

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...