nuffnang adv

lazada adv

Friday, July 18, 2014

Kronologi Tragedi MH17 MAS di Ukraine..apakah ia petanda perang akhir zaman



Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi - LIVE UPDATES

Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi | Pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 telah dilaporkan terhempas akibat tembakan "surface-to-air" missile yang ditembak daripada Buk missile launcher di ruang udara Ukraine.

Ikuti LIVE Updates secara descending order dalam artikel berikut. Artikel disusun mengikut angka. Nombor paling besar adalah mewakili berita paling terkini.... 

Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi

Share this article to social media...
 


1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya. Penerbangan MH17 merupakan pesawat Boeing 777 9M-MRD yang mana tahun ini adalah tahun ke 17 ulang tahunnya terbang diudara. Pesawat tersebut juga telah disahkan terhempas pada 17 Julai 2014 pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, genap 17 tahun setelah kali pertama ia terbang diudara iaitu pada 17 Julai 1997.

Rujuk artikel ini untuk berita penuh MH17 terhempas: MH17 Terhempas Setelah Ditembak di Ukraine

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. 

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine. Dalam satu udpate di Twitter milik rasmi kerajaan Ukraine, mereka menyatakan bahawa pejuang pemisah pro-Russia yang menembak jatuh MH17. Rujuk video berikut...



 
5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara. 

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu. 

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. 

8. Pihak media tempatan telah melakukan sidang media bersama Dato Seri Najib Razak pada sekitar jam 4.20 pagi tadi (18 Julai 2014). Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi menyiasat perkara yang terjadi. Rujuk artikel ini.


 

9. Obama juga telah menyuarakan kesudiannya menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi mencampuri urusan MH17. Obama menyatakan bahawa pihaknya akan mengutamakan jalan penyelesaian kes tersebut dan meminta agar pihak Ukraine tidak mengalihkan apa-apa kesan nahas sehingga pasukan mereka tiba. Obama juga menyatakan pihaknya akan memastikan apakah benar seramai 23 orang rakyat US terlibat dalam nahas tersebut.

10. Petanda buruk apabila Obama dilihat bersuara lebih lantang daripada pihak yang terlibat dalam nahas, iaitu Malaysia. Obama dilihat seperti mempunya kepentingan khas untuk negaranya dalam kempen mereka menentang keganasan.

11. Pihak Russia pula telah menafikan bahawa BUKAN mereka yang menembak 
jatuh MH17. Berdasarkan laporan awal oleh Interfax, pasukan pembebasan Ukraine yang telah menembak jatuh MH17.

12. Pada awalnya, mereka mahu menembak jatuh pesawat yang menerbangkan Presiden Russia dari Brazil ke Russia, Vladimir Putin, setelah menghadiri konvensyen BRISC di Brazil. Putin dijadualkan akan melalui ruang udara Ukraine pada jam 16.40 waktu Moskow.

13. Namun, setelah diteliti, pesawat MH17 mempunya corak dan warna yang hampir sama dengan pesawat IL-96 milik Russia yang dinaiki oleh Putin.

14. Baca artikel ini untuk berita selanjutnya berkenaan tersalah tembak: Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

15. Dalam satu kenyataan, pihak Pejuang Pemisah Ukraine (pro-Russia) telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka telah menemui kotak hitam MH17 pada malam tadi.

16. Dalam kenyataan media Presiden US, Obama telah mengarahkan agar tidak ada satupun sisa nahas MH17 yang dialihkan daripada lokasi kejadian sehingga pasukan penyiasat mereka tiba di sana. Obama meminta agar pihak Ukraine memberi 100% akses kepada pasukan penyiasat mereka di lokasi kejadian.

17. Malaysia juga telah menghantar satu pasukan khas ke sana dan akan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa di sana.

18. Isu MH17 ini dilihat akan mengheret kita ke suatu isu yang lebih besar kerana secara jelas ia telah melibatkan 2 buah kuasa besar, iaitu US dan Russia.

19. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak telah menghubungi Presiden Netherlands dan Ukraine bertujuan mencari jalan penyelesaian isu ini dan juga mendapat jawapan tepat tentang isu yang terjadi.

20. Manakala, perdana menteri Australia, Abbot telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden ini adalah jenayah dan bukannya kemalangan. Maka, setiap jenayah harus ada yang dipertanggungjawabkan.

21. Tony Abbot juga menyelar jawapan yang diberikan oleh pihak kedutaan Russia kepada mereka sebagai tidak memuaskan. Tony Abbot juga meminta agar kes ini disiasat segera dan harus ada yang dipertanggungjawabkan.

22. Seramai 28 orang penumpang berwarganegara Australia terkorban dalam nahas MH17, manakala sekitar 26 orang penumpang warganegara Malaysia dan 15 anak kapal dilaporkan terkorban. Kesemua 295 penumpang termasuk 15 anak kapal disahkan maut ditempat kejadian dan tiada yang terselamat.

23. Untuk senarai lengkap krew kapal yang terkorban, boleh rujuk artikel ini: Senarai Lengkap Anak Kapal MH17

24. Dalam satu kenyataan lain, Hillay Clinton telah menyatakan bahawa Pejuang Pemisah Ukraine (pro-Russia) yang sebenarnya menembak jatuh MH17 dan pihak Russia harus dipertanggungjawabkan. Laporan penuh disini.

25. Menurut satu sumber lain, kotak hitam yang ditemui oleh pejuang pemisah tersebut telahpun dihantar ke Moskow untuk tujuan siasatan pihak Russia.

26. Hal ini amat membimbangkan US setelah mereka mahukan semua barang nahas MH17 ditinggalkan dilokasi untuk siasatan pasukan mereka.

27. Dalam satu laporan daripada pihak Russia, seramai 20 orang dalam MH17 sedang berada dalam perjalanan menuju ke Melbourne, Australia bagi menghadiri persidangan antarabangsa berkaitan HIV dan AIDS.

28. Antara mangsa yang terkorban adalah seorang veteran pengkaji AIDS Jerman, Joep Lange. Beliau sepatutnya menghadiri sidang tersebut di Australia yang akan bermual Ahad ini namun telah terkorban dalam nahas MH17.

29. Satu update daripada pemilik laman sosial Facebook di Israel telah menyatakan, seorang anak mereka telah terkorban dalam nahas MH17. Lelaki itu menyatakan anaknya antara yang terkorban. Rujuk sini.

"Today 17-7-2014 our son Ithamar was in the crashed malaysia airlines plain that went from Amstersam to australia - ithamar was 27 years old [sic],” wrote Dov Avnon, the man’s father.

Updated 10.43 PM (18 July 2014)

30. Malam ini, UNSC telah persidang di New York membincangkan isu terkini tentang MH17 dan juga konflik dua hala antara Ukraine dan Russia.

31. Dalam persidangan tersebut, UNSC telah meminta pihak Russia untuk memberikan penjelasan terhadap tuduhan mengenai Russia yang melancarkan peluru berpandu ke arah MH17.

32. Manakala dalam satu kenyataan terbaru, pihak Ukraine telah menafikan bahawa tiada senjata mereka yang jatuh ke tangan Pejuang Pembebasan Ukraine (Ukraine Separatis). Pihak Ukraine juga menafikan mereka menembak pesawat tersebut.

33. Dalam masa yang sama, pihak Russia dilihat masih bertenang dan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terbaru berhubung isu ini.

34. Terbaru, Russia hanya menyatakan bahawa pihak militari mereka mempunya bukti bahawa pihak ketenteraan Ukraine telah track MH17 sebelum ia ditembak jatuh oleh pihak yang tidak diketahui lagi.

35. Putin pula dalam kenyataannya berkata, Ukraine bertanggungjawab sepenuhnya terhadap MH17 yang terhempas dalam kawasan mereka. - RT News.

36. Terbaru, Datin Sri Rosmah Mansur telah menghantar kata-katanya kepada Presiden Russia, Vladimir Putin melalui seorang rakan yang rapat dengan Putin. Dalam kenyataan tersebut, Rosmah meminta agar Putin menelefon suaminya, DS Najib Razak untuk menerangkan kejadian yang sebenar kepada DS Najib agar DS Najib dapat bertenang seketika. - Sin Chew.

37. "The Blame Game" sedang terjadi di media antarabangsa. Ukraine menuduh Russia dengan dibackup oleh US. Russia pula menafikan dan berkata pihak ketenteraan Ukraine yang sepatutnya bertanggungjawab. - RT News.

38. Nantikan update dari masa ke semasa.... hanya disini daripada Brado Kapak.



 


Di bawah, gambar-gambar lokasi Pesawat MH17 terhempas:














































Laporan disediakan oleh Brado Kapak.

@dramaraja blogspot

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...