nuffnang adv

lazada adv

Saturday, July 12, 2014

Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan bantuan


Entry kali ini lebih kepada Memohon Bantuan Untuk GAZA, Palestine.

Perang 10 Ramadhan yang dilancarkan oleh Reziom Zionis Israel telah dilancarkan dengan hebat kepada saudara-saudara kita di sana.

Bayangkan dengan suasana peperangan ke atas orang awam dalam suasana kepayahan Ramadhan, tentunya amat menyulitkan bagi saudara kita yang sekian lama terkepung di penjara terbesar di dunia.

Dengan sumber makanan, ubat ubatan, bekalan bahan api dan lain-lain yang amat terhad tentunya memerlukan bantuan daripada saudara muslim kita yang lain.

Menurut Ketua Eksekutif AMAN Malaysia Palestine, Ust Awang Sufian Awang Piut, sumber air minum di sana adalah masin kerana terus daripada laut dan amat kekurangan sumber air tawar.

Keperitan rakyat GAZA sukar untuk digambarkan, namun mereka amat kuat mengharungi hidup seharian.

Ayuh saudara-saudara ku, kita sama-sama bantu sekadar yang termampu, paling tidak pun sejumlah kecil daripada apa yang kita belanjakan di Bazar Ramadhan mahupun persiapan hari raya kita.

Inilah dinamakan bantuan atas Jalan Allah...

Berikut adalah Profail tentang Aman Palestine Malaysia yang turut mempunyai pejabat di Gaza bagi menguruskan bantuan yang diterima.



Profil Aman Palestin 


Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 66 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. 

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. 

Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu:
  • Kemanusiaan
  • Persaudaraan
  • Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. 


AMAN PALESTIN 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. 

Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 


AHLI LEMBAGA PENGARAH 



Pengerusi Eksekutif
Abdullah Zaik Abdul Rahman

Ir. Hj. Zaini Awang

Wan Hisham
Wan Embong

Mohammad Ismail

Hashimah Salleh

Ketua Pengarah Eksekutif
Awang Sufian Awang Piut


Aktiviti 

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

Untuk menyalurkan bantuan bolehlah di salurlkan sebagaimana berikut:


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam:12029010047880

Maybank:562263010787

Bank Muamalat:12070005133717

RHB Islamic Bank:21245760004907

Bank Rakyat:22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam:1202-9010-0598-95

Bank CIMB:8600460353
Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat