nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

Kisah Umar Abdul Aziz dan lilin negara... mencari pemimpin impian



Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Lilin Negara
Umar bin Abdul Aziz merupakan salah seorang khalifah Bani Umayyah. Umar bin Abdul Aziz merupakan keturunan Umar bin Khattab. Ketika menjabat sebagai khalifah, Umar bin Abdul Aziz menjaga dengan baik amanah dari rakyat berupa kekuasaan. Beliau seorang pemirnpin yang sangat amanah.

Suatu ketika datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada Umar bin Abdul Aziz. Utusan tersebut tiba di kediaman Umar bin Abdul Aziz ketika malam menjelang. Meskipun sudah malam, Umar tetap menemui utusan tersebut. Utusan itu pun masuk dan Umar bin Abdul Aziz memerintahkan pelayan untuk menyalakan lilin sebagai penerangan. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang segala hal yang berkaitan dengan keadaan rakyat dan penguasa di daerahnya. Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang keadaan rakyat kepada Umar bin Abdul Aziz. Tidak ada sesuatu pun yang dia sembunyikan.

Selanjutnya, utusan itu bertanya kepada Umar bin Abdul Aziz tentang keadaan diri dan keluarganya. Tiba-tiba Umar bin Abdul Aziz meniup lilin dan menyuruh pelayan untuk menyalakan lilin kecil. Cahaya dari lilin tersebut tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang lemah. Umar bin Abdul Aziz pun mempersilakan utusan tersebut untuk bertanya tentang diri dan keluarga beliau. Rupanya utusan itu tertarik dengan perbuatan Umar bin Abdul Aziz yang mematikan Iilin. Utusan tersebut bertanya tentang sikap Umar yang mematikan lilin. Umar pun menjelaskan bahwa lilin yang beliau matikan adalah harta Allah dan kaum muslimin atau milik negara. Ketika utusan tersebut bertanya tentang urusan negara dan urusan rakyat, lilin itu dinyalakan. Begitu pembicaraan berbelok tentang keluarga dan keadaan pribadi, Umar pun mematikan lilin milik kaum muslimin tersebut. Umar tidak ingin menjadi pemimpin yang menyalahgunakan amanah dan kepercayaan rakyat.

Demikianlah kisah Umar bin Abdul Aziz yang patut kamu teladani. Umar bin Abdul Aziz merupakan pemimpin yang memegang dan melaksanakan dengan baik amanah rakyat. Teladani perilaku amanah Umar bin Abdul Aziz dan terapkan dalam kehidupanmu.

Sumber : 31 Cerita Ba'da Isya

@http://kisahimuslim.blogspot.com/

Begitulah kisah seorang pemimpin negara, bukan negara kecil malah sebuah empayar yang antara terbesar di dunia pada masa itu yang begitu amanah, cermat serta begitu menjaga hak samada hak individu, hak negara mahupun hak rakyat.

Kalaupun tidak dapat mengikut teladan sebahagian besar sikap khalifah itu, malah malu pada sikap khalifah itu pun sudah cukup bagus.

Pengajaran ini amat bagus untuk kita sebagai pemimpin sebuah keluarga, organisasi kecil, atau yang bertugas di mana-mana agensi, apatah lagi pemimpin yang telah dipilih untuk rakyat dan berkhidmat untuk rakyat, tentunya perlu lebih menitik beratkan supaya tak tergelincir dari landasan amanah.

Bercakap dan melaksana adalah satu perkara yang berbeza. Kita boleh melaungkan slogan yang baik, beramanah dan berintegriti, akan tetapi untuk menjelmakannya dalam satu TINDAKAN ianya amatlah sukar dan mencabar.

Sama-sama kita renung kisah ini, moga pemimpin yang kita PILIH dan AKAN DI PILIH perlu memiliki ciri-ciri Khalifah Umar Abdul Aziz yang kuat dan tebal..

Sunday, July 13, 2014

Jom Bantu GAZA melalui AQSA SHARIF



Pengenalan / Sejarah


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF

Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010 sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.

VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin

MISI

Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

MOTTO

Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa

OBJEKTIF

  1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
  2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
  3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
  4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

AKTIVITI AQSA SYARIF

Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan. Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.
Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“.
Jika ingin menghulur bantuan bolehlah:


Borang Penajaan AYP & KMP


AQSA SYARIF telah dilantik oleh Takaful for Child Welfare, Salam Society & Ghirass for Society Development untuk menjadi wakil kutipan dana dan tajaan bagi anak yatim dan Wafrah bagi keluarga miskin di Palestin. Kami menyeru semua rakyat Malaysia agar turut sama dalam program ini dan membantu perjuangan mereka membebaskan Palestin. Cara-cara membuat tajaan adalah seperti berikut:
1.  Isikan borang online di sini: Borang Online AYP/KMP atau
2 . Muat turun borang yang disediakan. Pastikan anda mempunyai perisian Microsoft Office/Open Office dan PDF Reader.
      a. Right click (untuk Internet Explorer) atau click pada borang yang ingin dimuat turun. 
      b. Klik save target as (untuk Internet Explorer) atau save file / as jika menggunakan browser lain.
3. Isikan borang yang telah dimuat turun. 
4. Hantarkan semula borang beserta salinan pembayaran tersebut ke  projects@aqsasyarif.org.my atau FAKs ke 03 8734 9636.
5. Jika perlukan bantuan, hubungi bahagian projek di talian 03 -8733 4636.



Saturday, July 12, 2014

Jom Bantu GAZA.. saudara kita di sana perlukan bantuan


Entry kali ini lebih kepada Memohon Bantuan Untuk GAZA, Palestine.

Perang 10 Ramadhan yang dilancarkan oleh Reziom Zionis Israel telah dilancarkan dengan hebat kepada saudara-saudara kita di sana.

Bayangkan dengan suasana peperangan ke atas orang awam dalam suasana kepayahan Ramadhan, tentunya amat menyulitkan bagi saudara kita yang sekian lama terkepung di penjara terbesar di dunia.

Dengan sumber makanan, ubat ubatan, bekalan bahan api dan lain-lain yang amat terhad tentunya memerlukan bantuan daripada saudara muslim kita yang lain.

Menurut Ketua Eksekutif AMAN Malaysia Palestine, Ust Awang Sufian Awang Piut, sumber air minum di sana adalah masin kerana terus daripada laut dan amat kekurangan sumber air tawar.

Keperitan rakyat GAZA sukar untuk digambarkan, namun mereka amat kuat mengharungi hidup seharian.

Ayuh saudara-saudara ku, kita sama-sama bantu sekadar yang termampu, paling tidak pun sejumlah kecil daripada apa yang kita belanjakan di Bazar Ramadhan mahupun persiapan hari raya kita.

Inilah dinamakan bantuan atas Jalan Allah...

Berikut adalah Profail tentang Aman Palestine Malaysia yang turut mempunyai pejabat di Gaza bagi menguruskan bantuan yang diterima.



Profil Aman Palestin 


Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 66 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. 

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. 

Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu:
  • Kemanusiaan
  • Persaudaraan
  • Kesucian Baitul Maqdis

Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. 


AMAN PALESTIN 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. 

Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 


AHLI LEMBAGA PENGARAH 



Pengerusi Eksekutif
Abdullah Zaik Abdul Rahman

Ir. Hj. Zaini Awang

Wan Hisham
Wan Embong

Mohammad Ismail

Hashimah Salleh

Ketua Pengarah Eksekutif
Awang Sufian Awang Piut


Aktiviti 

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  • Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  • Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  • Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  • Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  • Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  • Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  • Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  • Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  • Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  • Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.

Untuk menyalurkan bantuan bolehlah di salurlkan sebagaimana berikut:


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam:12029010047880

Maybank:562263010787

Bank Muamalat:12070005133717

RHB Islamic Bank:21245760004907

Bank Rakyat:22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam:1202-9010-0598-95

Bank CIMB:8600460353
Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...