Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi - LIVE UPDATES
Ikuti LIVE Updates secara descending order dalam artikel berikut. Artikel disusun mengikut angka. Nombor paling besar adalah mewakili berita paling terkini....
Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi
Share this article to social media...1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya. Penerbangan MH17 merupakan pesawat Boeing 777 9M-MRD yang mana tahun ini adalah tahun ke 17 ulang tahunnya terbang diudara. Pesawat tersebut juga telah disahkan terhempas pada 17 Julai 2014 pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, genap 17 tahun setelah kali pertama ia terbang diudara iaitu pada 17 Julai 1997.
Rujuk artikel ini untuk berita penuh MH17 terhempas: MH17 Terhempas Setelah Ditembak di Ukraine
2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.
3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine. Dalam satu udpate di Twitter milik rasmi kerajaan Ukraine, mereka menyatakan bahawa pejuang pemisah pro-Russia yang menembak jatuh MH17. Rujuk video berikut...
5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.
6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu.
7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.
8. Pihak media tempatan telah melakukan sidang media bersama Dato Seri Najib Razak pada sekitar jam 4.20 pagi tadi (18 Julai 2014). Dato Seri Najib Razak mengumumkan akan menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi menyiasat perkara yang terjadi. Rujuk artikel ini.
9. Obama juga telah menyuarakan kesudiannya menghantar satu pasukan ke Ukraine bagi mencampuri urusan MH17. Obama menyatakan bahawa pihaknya akan mengutamakan jalan penyelesaian kes tersebut dan meminta agar pihak Ukraine tidak mengalihkan apa-apa kesan nahas sehingga pasukan mereka tiba. Obama juga menyatakan pihaknya akan memastikan apakah benar seramai 23 orang rakyat US terlibat dalam nahas tersebut.
10. Petanda buruk apabila Obama dilihat bersuara lebih lantang daripada pihak yang terlibat dalam nahas, iaitu Malaysia. Obama dilihat seperti mempunya kepentingan khas untuk negaranya dalam kempen mereka menentang keganasan.
11. Pihak Russia pula telah menafikan bahawa BUKAN mereka yang menembak