nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, January 25, 2011

Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) Gah mendahului LTDL 2011

Berikut adalah petikan berita daripada BERNAMA:

Guardini Kekal Jersi Kuning, Anuar Rampas Jersi Putih
BUTTERWORTH, 24 Jan (Bernama) -- Pelumba muda Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri menguasai perlumbaan peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL) yang berakhir di sini Isnin.

Selepas memenangi peringkat pembukaan di Pulau Langkawi semalam, Guardini, 20, sekali lagi membuktikan kehandalan dengan mencatatkan masa 2 jam 26 minit dan 26 saat dalam perlumbaan sejauh 145.5 kilometer dari Kangar ke Butterworth.

Menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar pelumba, Guardini menampilkan kemahiran memecut pada 200 meter terakhir perlumbaan untuk melintasi garisan penamat.

"Saya amat bangga dengan kemenangan hari ini dan ini menunjukkan bahawa kemenangan peringkat pertama bukan satu kebetulan. Saya berterima kasih kepada pasukan saya," katanya, yang turut mengekalkan jersi biru (Raja Pecut).

Katanya pelumba sepasukan Elia Favili membuka jalan untuk beliau menduduki kelompok depan sehingga kilometer terakhir sebelum beliau dapat menyempurnakan tugasnya.

Bagaimanapun, perlumbaan sengit itu menyaksikan sekelompok 10 pelumba mengalami kecederaan apabila terbabit dalam kemalangan kira-kira satu kilometer dari garisan penamat.

Antara yang mengalami kecederaan dalam insiden itu ialah pelumba Korea Selatan, Park Sung Baek dari pasukan kebangsaan Korea Selatan dan pelumba Jepun Yukiya Arashiro dari pasukan Europcar.

Perlumbaan tersebut juga menyaksikan pencapaian pelumba negara Anuar Manan yang berjaya merampas jersi putih dari Sung Baek sebagai juara semasa Asia.

"Sasaran saya ialah cuba mengumpul mata bagi jersi biru tetapi saya fikir memenangi gelaran Asia adalah bonus. Saya bangga kerana tidak terbabit dalam kemalangan," kata Anuar.

Oleh kerana tidak akan wujud zon bukit pada perlumbaan itu, gelaran Raja Bukit (jersi merah) dikekalkan oleh pelumba pasukan Skil Shimano Cycyling Team, Koen De Kort dengan mengumpul enam mata.

De Kort meninggalkan Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical Team) dan Andreai Krasilnikau (Chipotle Development Team) dengan masing-masing mengumpul empat mata.

"Selepas perlumbaan pembukaan semalam, semua pelumba tahu peluang adalah seimbang. Perlumbaan masih jauh," kata De Kort.

Sementara itu, pasukan benua Malaysia, Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) mendahului 23 pasukan lain dalam kategori Asia selepas mengumpul catatan masa 16 jam 29 minit 42 saat.

Perlumbaan peringkat ketiga esok akan menyaksikan kayuhan sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan dengan satu zon bukit di Bukit Gantang dan tiga zon pecutan di Kuala Kangsar, Beruas dan Pantai Remis.


-- BERNAMA

Jelas sekali pelaburan Kerajaan Terengganu menubuhkan pasukan lumba basikal profesional telah menunjukkan hasil dengan dua pelumba TSG telah mula menaiki podium seawal peringkat pertama dan kedua. Pasukan TSG pula telah mula menampakkan kesungguhan dan kejaguhan dengan mendahului diperingkat awal dan diharap prestasi ini dapat dikekalkan dan sekurang-kurangnya akan menamatkan di tiga terbaik pasukan dan terbaik asia.

Pelumba pecut TSG Anuar Manan pula telah mula menakluki pelumba terbaik Asia walaupun sasaran adalah untuk merebut gelaran Raja Pecut atau jersi biru.

Keputusan dua peringkat ini cukup membanggakan pasukan TSG kerana ini adalah penyertaan sulong dalam perlumbaan Le Tour De Langkawi 2011.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...