Kini blogger berada di Batu Pahat Johor menghadiri satu seminar sebagaimana tajuk di atas. Ianya amat penting kepada ekonomi Melayu Islam kita supaya pengembelengan sumber dapat dioptimumkan dikalangan para peladang di Malaysia.
Walaupun ianya hanyalaha 1% lebih daripada hasil kelapa sawit negara, ianya melibatkan 78 pertubuhan peladang di seluruh negara dengan keluasan kawasan 58,897 hektar (+- 145,000 ekar) dengan penglibatan lebih 13,800 ahli dan penghasilan hasil lebih RM160 juta setahun.
Ianya boleh berkembang dengan lebih pesat serta penglibatan lebih ramai peladang dalam industri kelapa sawit dengan pelan tindakan yang lebih pro aktif daripada pertubuhan peladang yang terlibat.
Seminar yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPP Dato' Arpan Shah Bin Satu telah dihadiri oleh 180 orang pegawai pertubuhan peladang dari seluruh negara.
Resolusi daripada seminar ini dijangka akan dapat meningkatkan industri kelapa sawit daripada ahli dan pertubuhan peladang itu sendiri- 16 Jan- Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor
No comments:
Post a Comment