nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, January 31, 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Dan Kedoktoran Tahun 2017

logo

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

#setiupost

Tamar Jalis- Penulis seram terkenal dengan buku Bercakap Dengan Jin...




Sebut sahaja nama Tamar Jalis, mereka yang minat membaca kisah seram mesti akan kenal beliau! Tamar Jalis adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia. Beliau terkenal kerana tulisannya dalam siri Bercakap Dengan Jin. Tamar Jalis berasal dari Beruas, Perak dan berusia 77 tahun dan kini telah bersara dari bidang penulisan. Dahulu, beliau adalah ketua pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah popular di Malaysia. Kini, beliau dikatakan menetap di Kota Damansara.


buku tamar jalis

Novel ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ disiarkan dalam majalah Variasari sejak April 1981 hinggalah ke Januari 2005. Untuk makluman anda, inilah siri novel seram yang paling panjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa. Pada 1980, majalah Variasari telah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan mengatasi majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan novel ini sejak dari April 1985 sehingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun 6 bulan lamanya.

Kajian Prof. Dr. Adnan Nawang menganggarkan bahawa novel tersebut dicetak lebih sejuta naskhah, namun novel ini telah banyak dicetak rompak. Siri Bercakap Dengan Jin mempunyai 63 siri dan ada lagi bahagian jilid 222 hingga jilid 284 yang masih belum lagi dibukukan dari majalah tersebut. Untuk pengetahuan anda, Siri Bercakap Dengan Jin menceritakan tentang kisah hantu, jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.

Kelainan novel ini ialah ia memaparkan kisah benar atau separuh benar yang dialami oleh penulis sendiri. Tamar Jalis ada juga berceritakan tentang kehebatan datuknya yang bernama Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Dikatakan penulis menulis novel ini kerana atas permintaan sahabatnya Datuk Mustafa Ton yang merupakan seorang penerbit / penulis majalah Variasari. Pejabat Variasari terletak di Jalam Raja Alang, Kuala Lumpur. Mustafa Ton melantik Ahmad Mahmud sebagai Ketua Pengarang Variapop Group dan sebagai jalan meningkatkan pengedaran, novel tersebut telah diusahakan dan terbukti berjaya.

tamar jalis pegang buku

Nama sebenar Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @ Mohd.Radzi Mahmud. Beliau dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Teknik, Ipoh di dalam bidang tukang kayu dan binaan. Kemudian beliau telah menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan pada tahun 1959 dan seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari. Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland pula.

Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau telah beralih arah ke bidang penulisan dan dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan pada tahun 1977 hingga 1979. Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis pada tahun 1980. Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili

@komuniti orang perak

Jawatan kosong di Majlis Daerah Setiu , Terengganu tahun 2017


Image may contain: text

Jawatan kosong di Majlis Daerah Setiu
Borang di muat turun di : http://mds,terengganu.gov.my

Tarikh tutup permohonan sebelum 21 Februari 2017

#setiupost

KENYATAAN MEDIA SEMPENA HARI TERAKHIR SEBAGAI PENGERUSI GPMS TERENGGANU

Ahmad Izani's profile photo, Image may contain: 1 person

Saya mohon supaya kerajaan mengambil perjalanan khusus bagi mengerakkan zakat sebagai elemen pembangunan ekonomi negeri.
Saya melihat zakat bukan setakat ritual agama semata-mata, tapi zakat ini harus dilihat,dibangunkan,diuruskan dan dikendalikan sebagai satu sumber pembangunan ekonomi yang menjadi penyelesaian kepada masalah rakyat,apa lagi pada waktu yang agak kritikal sekarang.
Saya melalui Majlis Belia Terengganu juga pernah mengerakkan Forum Zakat dan Takrifan Asnaf Kontemporari bertujuan untuk menimbulkan kesedaran bahawa kita masih ada kekuatan dalam merencanakan pembangunan negeri dan negara sesuai dalam ruang lingkup syariat Islam.
Beberapa pendekatan baru dan mudah harus kita gemblengkan segera supaya usaha untuk memartabatkan zakat sebagai elemen ekonomi dilihat dan diimplemenkan untuk kebaikan negeri dan rakyat. Sebagai contoh,kalau kita boleh permudahkan kaedah kutipan,mengapa kita tidak boleh permudahkan agihan....mengapa tidak diwujudkan kaunter2 zakat di tempat tumpuan ramai seperti di stesen bas,stesen keretapi dan tempat tumpuan lain selain drp masjid...untuk meminimakan penipuan drp individu2 yg todak bertanggungjwb,aplikasi teknologi dan capaian internet boleh selesaikannya menjadikan ini lebih cekap,moden dan efisien.
Tidak dinafikan,susulan daripada pandangan dan desakan yang saya dan rakan-rakan gerakkan,ada tindakan diambil namun ianya cukup perlahan apalagi untuk menjadikan zakat ini sebagai elemen utama dalam pembasmian kemiskinan dalam negeri dan negara.
Selain itu, dengan kesedaran yang ditunjukkan oleh masyarakat kini mengenai kepentingan menunaikan zakat, saya fikir zakat boleh menjadi komponen ekonomi yang baru di kala pertumbuhan di sektor ekonomi yang lain kian perlahan dan ini boleh dicapaikan dengan kerajaan mengerakkan muzakarah dan musyawarah khusus bagi mentakrif semula asnaf sesuai dengan keadaan masa kini kerana Islam itu sendiri,kekal dan relevan sepanjang zaman.
Adalah menjadi sebahagian daripada peranan GPMS Negeri Terengganu untuk membawa idea-idea dan pemikiran baru dalam masyarakat sesuai dengan peredaran masa dan situasi dan saya harap usaha-usaha ini diredhai dan dikira sebagai amal bakti untuk dibawa ke akhirat kelak.
Selamat maju jaya adinda Tengku Haphiz,pengerusi GPMS Terengganu yang baru. U know why i choose u.....
Salam hormat
Ahmad Izani bin Ab Ghani
Pengerusi GPMS Terengganu
2009-2017
31 januari 2017
Kuala Terengganu
8.34pm

Saturday, January 28, 2017

Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok

SETIU – Janji untuk membangunkan perbandaran Felda (Town Ship) Chalok Kampung Rahmat sudah empat tahun berlalu, sejak diheboh-hebohkan sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
Diantara perkara yang menjadi bahan kempen Barisan Nasional (BN) melalui Felda adalah, membina rumah bagi generasi baharu, yang termasuk dalam pembangunan Town Ship tersebut.
Generasi kedua Felda tersebut, Azmi Maarof, 56, kesal kerana tanah seluas 43 hektar itu kini, menjadi semak samun semula.
“Jadi maknanya sampai sekarang empat tahun lebih dah……. jadi dengar khabarnya rancangan untuk buat ‘Town Ship’ ni ditangguh atau dibatal tu……. tak taulah?
“Dan antara projek yang dibuat ni perumahan generasi (Felda), perkedaian dan pejabat an kawasan ini melibatkan 43 hektar,”ujarnya.
Beliau yang dtemui di kampung tersebut berkata, kawasan tersebut pada mulanya adalah tanah rezab milik Felda ang dutanam oleh syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dengan anak-anak kelapa sawit.
“Dia (projek ini) di sepanjang jalan (Kelantan) daripada tempat kita berada ni sehinggalah ke Kampung Chalok Kedai dekat stesyen minyak dan untuk rancangan ini juga Felda dalam perancangan awal nak ambil balik tanah peneroka lebih dalam empat lot rasanya,
“Enam ekar satu lot jadi enam kali empat sama dengan 24 ekar……….ada antara lot-lot tu yang telah ditanam terpaksa dibuang anak semula kerana projek ni semasa (hampir) pilihan raya (lalu),”jelas beliau.
Sepatutnya, kata Azmi, pembangunan dan pembinaan rumah generasi anak-anak peneroka lebih di situ diutamakan, kerana ia adalah tanah rancangan Felda yang paling awal di negeri Terengganu.
Namun, sebaliknya sudah ada empat generasi di kawasan Felda itu, tidak ada walaupun sebuah rumah yang dibina.
“Jadi apa yang kita harap sangat-sangat kita generasi kedua, ke tiga dan ke empat di Felda Chalok ini mengharap sungguhlah supaya tanah ini dibangun untuk perumahan generasi,
“sebab Felda Chalok ni antara Felda yang paling tua sekali dalam Negeri Terengganu…..yang mana peneroka asalnya mari sini pada (sejak) tahun1957 lagi,”kata beliau.
Mewakili golongan terbabit, beliau berharap projek tersebut tidak hanya menjadi ‘gula-gula’ politik, apabila hampir pilihan raya akan datag pula.
“Jadi kita pun tak maulah maknanya……. atas isu tanah generasi kedua ini di jadikan isu politik dekat pilihanraya baru mari………baru nak buat,
“kita harap supaya Felda mengambil tanggungjawab sosial untuk generasi- generasi Felda di kampung kita ni di Felda Chalok ini,”tegas beliau

@buletin online

Visa payWave dijamin selamat

Visa payWave 
 
PEMBAYARAN elektronik menggunakan Visa payWave dijamin selamat kerana mengandungi banyak lapisan keselamatan, bagi melindungi setiap transaksi yang dijalankan menggunakan kemudahan itu.
Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Koon Boon berkata, antara sistem keselamatannya termasuk penggunaan cip kriptografi maju dalam Visa payWave yang memerlukan kod unik, dijana setiap kali transaksi, bagi mengesahkan transaksi tersebut.

"Kami sedar terdapat beberapa laporan mendakwa Visa payWave tidak selamat. Walaupun ada pihak cuba lakukan demonstrasi bagaimana butiran kad kredit boleh dicuri tanpa sentuhan kad, senario ini kompleks dilaksanakan dalam dunia realiti.
"Setakat ini, tiada laporan diterima daripada pengeluar kad atau penguatkuasaan undang-undang global berpunca akibat serangan penipuan elektronik," katanya.

Koon Boon berkata, setiap transaksi menggunakan Visa akan diproses oleh rangkaian pemprosesan global, VisaNet, yang menganalisis masa nyata bagi mengawal potensi penipuan.
"Visa boleh menggunakan gambaran menyeluruh untuk mengenal pasti corak penipuan dan mengesan urus niaga yang mencurigakan ketika daftar keluar," katanya.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2007, lebih satu juta transaksi Visa payWave dicatatkan di negara ini dan ia berkembang pada kadar melebihi 60 peratus bulan ke bulan.
"Melindungi pemegang kad dan mengekalkan kepercayaan mereka dalam pembayaran elektronik adalah amat penting di Visa," katanya.

@sinar harian

Jutawan homestay sedia kongsi ilmu

Jutawan homestay sedia kongsi ilmu
Faridilatras dan Ain Farahati (kanan) pemilik homestay elit di Kuala Lumpur.
SIAPA sangka, bermula dengan impian, pasangan suami isteri ini berjaya memiliki hartanah di ibu kota yang bernilai tinggi.
Selain memiliki Homestay Fardain Place, pasangan ini juga berjaya memiliki beberapa unit rumah dan menjadikannya homestay elit sehebat hotel terkemuka di sekitarnya.
Sikap merendah diri pasangan suami isteri ini memiliki kejayaan yang hebat dan luar biasa, dikagumi ramai malah ada yang menggelarkan mereka sebagai jutawan hartanah.
Faridilatras Abd Rahman, 38, berkata, dia selalu memasang impian tersebut setiap kali melalui kawasan pembinaan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu setiap kali pergi dan pulang kerja.
“Pada mulanya, ia hanya kata hati untuk memiliki hartanah bernilai tinggi di kawasan kota metropolitan dan angan-angan sahaja namun segalanya adalah rezeki. Alhamdulillah, hari ini saya  dan isteri, Ain Farahati Maarof, memilikinya dan mampu menjana pendapatan tetap kepada keluarga kami,” katanya.
Faridilatras berkata, penglibatannya dalam bidang hartanah tercetus apabila melihat kejayaan rakan-rakannya yang berkecimpung dalam hartanah.
Dia juga mengagumi kejayaan ahli perniagaan rempah ratus di Masjid India yang berasal dari India, Ahmad Dawjee memiliki beberapa hartanah di Kuala Lumpur.
“Dia datang ke negara ini pada 1934 dan sudah melihat potensi hartanah di negara ini. Dia memiliki beberapa hartanah yang bernilai tinggi dan mewakafkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kesederhanaan peribadinya menjadi inspirasi kepada saya untuk terlibat dalam industri hartanah di negara ini yang mempunyai prospek yang besar,” katanya.

Lebih mengujakan, selain memiliki homestay dan rumah sewa di negara ini, Faridilatras juga mempunyai homestay di Australia.
Berkongsi kejayaannya, Faridilatras berkata, ia bukannya sesuatu yang mudah, dia banyak menghabiskan membaca buku berkaitan hartanah, mengikuti kelas dan seminar untuk mendalami ilmu dalam  bidang tersebut.
“Saya tidak malu mempelajari bidang hartanah kerana saya yakin, industri ini akan memberikan kepuasan kepada saya. Pada mulanya, isteri tidak berminat dalam perniagaan, namun segalanya berubah apabila kecintaannya terhadap ini lebih mendalam berbanding saya,” katanya sambil berseloroh.
Faridilatras yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik ini, tidak menoleh belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaan itu yang dilihat mempunyai potensi yang besar.
"Saya tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini pilihan saya dan latar belakang dalam bidang pengajian Islam tidak menjadi halangan kepada saya untuk terlibat dalam bidang ini.
"Saya tidak akan melupakan rumah pertama yang saya yang dibeli di Kajang, kemudian ditambah  sehingga beberapa buah rumah sewa.
“Saya belajar menyewakan rumah dan memberanikan diri membeli rumah yang lain. Saya tidak mempunyai masalah asalkan akaun bersih dan bayaran yang dijelaskan pada setiap bulan.
“Ada juga hartanah dicagarkan dan wangnya saya gunakan bagi membeli hartanah lain,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.
Kini, Faridilatras bukan sahaja pakar hartanah, malah menyediakan kelas dan anjurkan kursus hartanah pada bayaran RM2,000 untuk tiga jam.
“Saya mahu melatih mereka mengenai teori dan cara menilai hartanah. Mereka yang berminat dalam hartanah, membeli di bawah harga pasaran dan menjual semula apabila harganya meningkat beberapa kali ganda. Saya mahu mereka memiliki hartanah di kawasan tengah bandar,” katanya anak jati Perlis.
Homestay elit setanding hotel
Menikmati suasana pagi di suasana kampung membangkitkan rasa damai dalam diri bagi mereka yang tidak mempunyai kampung dengan mendiami rumah inap atau homestay.
Pilihan yang ada untuk merasai suasana kampung adalah homestay atau rumah rehat. Pastinya  bunyi kicauan unggas, suasana perkampungan yang dikelilingi gunung dan sawah padi serta deruan sungai memberikan ketenangan dan membuatkan kita lupa pada tekanan dan kesibukan kerja.
Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, ramai pemilik rumah yang tidak mendiami rumah mereka mengambil peluang menjadikannya homestay terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Pelbagai kemudahan disediakan oleh pengusaha homestay termasuklah peralatan barbeku, kemudahan solat serta kemudahan bilik yang kondusif untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pelanggan mereka.
Namun, bagi pengasas Homestay Fardain Place, Faridilatras Abd Rahman dan Ain Farahati Maarof, homestay yang diusahakan di kawasan bandar terutamanya sekitar kota metropolitan atau ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur, mampu menjana pendapatan lumayan.
Tidak gentar untuk bersaing dengan hotel bertaraf lima bintang di kawasan tersebut, Fardain Place menyediakan kemudahan yang kondusif dan servis yang maksimum untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Kenapa memilih homestay di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur?
Fardain Place tidak menganggap kunjungan tetamu di homestay kami adalah kunjungan yang terakhir. Kami akan memastikan setiap kunjungan mereka memberikan pengalaman yang manis dan sukar untuk dilupakan. Pemilihan kawasan segi tiga emas ini kerana kami melihat potensi lokasinya yang sentiasa menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong antarabangsa. Kawasan ini adalah lokasi yang strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas dan beberapa pusat beli-belah terkemuka seperti KLCC dan Pavilion serta Bukit Bintang. Kebanyakan tetamu homestay kami adalah mereka yang hadir untuk melancong, urusan rasmi dan sebagainya. Dengan menawarkan harga yang berpatutan da kemudahan serta fasiliti yang setaraf dengan hotel menyebabkan Fardain Place menjadi pilihan sejak 2014.
Apakah kelebihan yang ditawarkan untuk bersaing dengan hotel bertaraf lima bintang di kawasan ini?
Kami menyediakan kemudahan homestay sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kunjungan tetamu tanpa henti menyebabkan kami belajar pelbagai perkara terutamanya dalam pengurusan homestay melibatkan kebersihan, ketepatan waktu penyerahan dan pemulangan kunci dan fasiliti yang memberikan keselesaan kepada tetamu. Selain tetamu tempatan, kebanyakan tetamu adalah pelancong asing dari Perancis, Kanada, Eropah, Jepun, Korea, Arab dan banyak lagi. Fardain Place seperti ‘duta kecil’ negara untuk menunjukkan sikap rakyat di negara ini kepada orang luar. Kami menyediakan pelbagai kemudahan  di sini seperti mana yang terdapat di hotel lima bintang, selain itu penggunaan password atau kata laluan untuk membuka pintu menyebabkan Fardain Place unik dan berbeza daripada homestay lain. Di samping itu, kemudahan internet, dapur untuk memasak, mesin basuh pakaian dan suasana homestay yang berkonsepkan moden dan kontemporari memberikan keselesaan kepada tetamu. Malah, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan seperti mana penghuni di kondominium tersebut. Pastinya harga yang berpatutan yang ditawarkan memberikan kelebihan kepada Fardain Place.
Walaupun masih baharu dalam industri homestay, apakah strategi yang digunakan untuk ke peringkat antarabangsa?
Fardain Place mempunyai lebih lima homestay di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail dan Vipod Residence di Jalan Kia Peng. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mempunyai peminat sendiri. Sudah tentu, teknik pemasaran yang betul dan kemudahan lain daripada yang lain mendorong kedua-duanya menjadi pilihan tetamu tempatan dan luar negara. Kami mempromosikan Fardain Place di laman sosial dan menawarkan tempahan dalam talian melalui kerjasama dengan penyedia platform berasaskan pelancongan sedia ada iaitu Agoda dan Booking.Com. Dalam masa sama, kami sentiasa melakukan penambahbaikan sistem prasarana teknologi maklumat sedia ada bagi memberikan perkhidmatan dalam talian yang lebih lancar agar menjadi perkhidmatan homestay dalam talian setanding apa yang ditawarkan di homestay luar negara. Pengenalan platform tempahan homestay dalam talian atau laman web sendiri dijangka memperluaskan pasaran kami selain menarik warga tempatan dan luar negara merancang percutian sendiri menggunakan platform internet. Alhamdulillah, setakat ini, bayaran homestay yang bermula daripada RM350 sehari menerima tempahan daripada mereka yang menginap untuk tempoh sehari semalam sehingga beberapa minggu. Kami juga bersedia untuk berunding mengenai harga yang ditawarkan sekiranya tetamu menginap di homestay kami dalam tempoh lama.
Bagaimanakah potensi homestay di kawasan elit pada masa akan datang?
Sebagai pendatang baharu dalam bidang homestay di kawasan elit, kami harus bijak mengintai peluang dan sentiasa melakukan penambahbaikan dan meningkatkan servis kepada tetamu kami. Pendapatan homestay tidaklah besar namun ia mampu menjana keuntungan yang besar sekiranya kita bijak mengambil peluang. Fardain Place bermula dengan ‘kosong’ dalam industri homestay, namun sikap ingin mencuba dan belajar menyebabkan kami  terus berada dalam lapangan ini. Industri homestay mempunyai potensi yang besar untuk berkembang  maju kerana kita boleh menawarkan kemudahan setaraf hotel dengan harga yang berpatutan. Apa yang penting ialah  mampu memberikan keselesaan kepada tetamu terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana mereka memerlukan kawasan luas untuk bergerak bebas. Homestay di kawasan elit akan menjadi pilihan sekiranya pelbagai kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada tetamu dengan menawarkan bayaran yang berbaloi. Pemilihan lokasi seperti kemudahan pengangkutan awam, tempat makan, pusat beli-belah yang tidak memerlukan masa dan jarak yang jauh akan menjadi pilihan tetamu. Kebanyakan tetamu saya adalah warga asing dan maklum balas yang diberikan mengenai homestay kami ialah keselesaan dan menjimatkan masa dan wang mereka untuk menikmati percutian kerana tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi. Anak-anak mereka selesa untuk bermain kerana rumah yang luas dan sebagainya. Fardain Place mengajak anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan, memilih industri homestay kerana ia memberikan pulangan yang lumayan sekiranya bijak mengambil peluang. Ia mampu menjana pendapatan tetap sekiranya meletakkan kelangsungan industri homestay dalam kondisi yang baik. Ia mampu memacu pertumbuhan pelancongan negara pada masa depan.
Apakah perancangan di masa depan?
Fardain Place akan melakukan pelbagai kemudahan yang menarik dan istimewa pada tahun ini terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu di ibu kota. Fardain Place akan menyediakan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Ia dijangka mendapat sambutan hebat kerana Fardain Place menerima permintaan tinggi daripada pelancong tempatan yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan antarabangsa. Kami juga akan mengemas kini perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan tetamu homestay Fardain Place sekiranya mereka ingin ke luar kawasan lembah Klang antaranya Genting Highlands, Legoland dan sebagainya.
Fardain Place juga akan membuka beberapa homestay baharu di kawasan Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan melihat potensi di beberapa lokasi strategik di luar Kuala lumpur antaranya Putrajaya dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

@sinar harian

Friday, January 27, 2017

INDAHNYA AKHLAK SYEIKH UMAR MUKHTAR, SANG MUJAHID SUFI


Image may contain: one or more people



 Ketika Uthmaniyah memerintah Libya, terdapat seorang ulama sufi yang sangat berpengaruh iaitu Syeikh Umar Mukhtar. Beliau adalah guru dan mursyid tarekat Sanusiyah di sebuah zawiyah di Barqah, Libya.

Setelah Sultan Abdul Hamid II turun takhta pada tahun 1909, Daulah Uthmaniyah mula melemah. Maka pada tahun 1911, Itali mula menyerang tentera Uthmaniyah di Libya untuk merampasnya dari pemerintahan Uthmaniyah. Syeikh Umar Mukhtar bersama anak2 muridnya bangkit membantu tentera Uthmaniyah berjihad melawan kejahatan Itali.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Namun Uthmaniyah tewas & Itali berjaya menawan Libya. Syeikh Umar Mukhtar bersama anak2 muridnya meneruskan perjuangan jihadnya menentang Itali. Pada mulanya Itali di bawah pimpinan Jeneral Graziani memandang rendah pada keupayaan Syeikh Umar Mukhtar. Namun serangan demi serangan yang dilakukan ke atas Itali menyebabkan Itali mengalami kerugian yang besar.

Image may contain: one or more people and people riding horses
Maka Itali mula melakukan pelbagai kekejaman ke atas masyarakat awam di Libya bagi menangkap Syeikh Umar Mukhtar. Mereka juga memasang perangkap2 namun semua usaha menemui kegagalan. Sebaliknya, mereka yang masuk ke dalam perangkap2 Syeikh Umar Mukhtar. Hal ini menjadi mimpi ngeri di setiap malam mereka di Libya.

Image may contain: outdoor
Syeikh Umar Mukhtar berjaya menawan ramai tentera Itali & mereka dilayan dengan baik sepanjang berada di bawah tawanannya. Suatu ketika anak muridnya bertanya kepada Syeikh Umar Mukhtar kenapa beliau enggan membunuh semua tawanan2 Itali sedangkan Itali membunuh orang2 Libya. Maka Syeikh Umar Mukhtar menjawab, "Mereka (Itali) bukan guru kita untuk kita ikuti".
Suatu ketika Leftenan Sandrini berjaya ditawan. Beliau menyangka bahawa Syeikh Umar Mukhtar akan membunuhnya. Maka beliau sangat gementar ketika Syeikh mendatanginya. Syeikh Umar Mukhtar memberikannya baju & berkata padanya, "Pulanglah engkau. Beritahu pada ketuamu Graziani bahawa orang2 Libya tidak mengalu2kan kedatangannya".

Image may contain: outdoor

Setelah 20 tahun, barulah Syeikh Umar Mukhtar berjaya ditawan dalam satu peperangan. Kini seorang lelaki yang berumur lebih 70 tahun menjadi ancaman utama buat Itali. Nama Syeikh Umar Mukhtar menjadi sangat masyhur di Negara Itali.

Ketika dipenjara, beliau lebih mementingkan solatnya berbanding makan & minumnya. Itali menggari tangan, kaki dan pinggangnya kerana mereka begitu takut jika Syeikh melarikan diri.
Ketika dibicarakan & dijatuhi hukuman mati pada tahun 1931, berlaku dialog yang sangat mengharukan antara hakim Itali & Syeikh Umar Mukhtar :-
Hakim : Adakah kamu menyesal melawan Itali?
SUM : Tidak!
Hakim : Adakah kamu sedar kamu akan dihukum mati?
SUM : Ya
Hakim : Ini adalah pengakhiran hidup yang menyedihkan bagi seorang lelaki seperti kamu
SUM : Tidak, ini adalah pengakhiran yang terbaik bagi hidupku.
Hakim : Kamu tidak akan dikenakan hukuman mati & akan dibebaskan sekiranya kamu menulis surat untuk memujuk para mujahidin menyerah diri & menghentikan penentangan terhadap Itali
SUM : Jari jemariku menjadi saksi di setiap solatku bahawa tiada tuhan melainkan Allah & Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, aku sama sekali tidak akan menulis kata-kata yang dusta. Kami adalah kaum yang tidak kenal menyerah, SAMA ADA KAMI MENANG ATAU KAMI SYAHID...

Image may contain: one or more people and people standing

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

@FB Hasanudin yusof

Pelajar tolak tawaran RM28j jual laman web

Pelajar tolak tawaran RM28j jual laman web
Mohammed Ali - Foto Mercury
YORKSHIRE - BRITAIN. Seorang pelajar berusia 16 tahun menolak tawaran bernilai  £5juta (RM 28j) yang ditawarkan untuk laman web yang dibangunkan hanya di bilik tidurnya.
Mohammed Ali menolak tawaran itu kerana dia yakin, harga untuk laman web weneed.com akan meningkat dengan lebih tinggi pada masa depan.
"Tawaran tersebut ditolak pada bulan Disember, beberapa hari sebelum perayaan Krismas.
"Kami bertemu pelabur di London, mereka adalah syarikat data global dan mereka tidak menyedari saya yang membangunkannya.
"Alasan utama saya menolak tawaran itu adalah, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya," kata pelajar A Level dari Dewsbury itu.
Ali berkata, dia menyedari ia adalah risiko besar menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika namun dia mahu mencipta sesuatu untuk diri sendiri.
Ini bukan pertama kali dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.
Sebelum ini projek permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan £30,000 (RM 167,735) pada tahun 2012.
Usahasama bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan pada 28 Januari ini. - Metro.uk

@sinar harian

Trump keluarkan larangan visa untuk 7 negara Islam


Donald Trump




WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Setelah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari 2017, Donald Trump telah menandatangani 10 perintah eksekutif.
Memetik laporan New York Times, sementara itu, tindakan terbaharu Trump adalah akan menghentikan pengeluaran visa pelancong ke atas tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.
Menurut laporan itu lagi, pelaksanaan tindakan Trump itu sesuai dengan janjinya sewaktu kempen pilihan raya AS berhubung isu itu pada tahun lepas.
Sementara itu, memetik laporan Washington Post pula menyatakan tindakan Trump itu tidak jelas sama ada draf diterbitkan adalah versi akhir, atau bila Trump akan menandatanganinya

Sumber: Sinar Harian

Kenyataan akhbar Boycott Divestment & Sanctions Malaysia - BDS Malaysia mengenai penjualan produk pakaian Shay Shaul keluaran syarikat Israel yang berpengkalan di Haifa.


Image may contain: one or more people

TERKINI (11.30pm, 27 January 2017):
#BDS Malaysia telah dimaklumkan oleh Pihak Pengurusan GCH Retail Malaysia, pengendali pasaraya Giant, bahawa, Giant telah mengeluarkan semua produk "Shay Shaul" dari ruang jualan Giant.
https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia/posts/2204062419819199
KENYATAAN AKHBAR OLEH BOYCOTT, DIVESTMENT AND SANCTION (BDS) MALAYSIA
27 Januari 2017
BDS Malaysia ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap Giant Hypermarket Malaysia kerana menjual pakaian (seluar) keluaran syarikat dari Israel di rangkaian pasar raya mereka di bawah jenama Shay Shaul.
BDS Malaysia menyeru Giant Hypermarket untuk menarik balik barangan ini dan juga jika ada produk-produk lain buatan Israel dengan serta-merta. Jika tidak, kami akan mengambil langkah-langkah berikut:
1. Meminta kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap Giant;
2. Menjalankan kempen awam di seluruh negara yang bertujuan untuk memboikot Giant.
BDS Malaysia juga menggesa rakyat Malaysia untuk membuat bantahan berkenaan perkara ini dengan mengisi borang maklum balas pelanggan secara online di sini:
( http://www.giant.com.my/contact-us/contact.aspx )

No automatic alt text available.
Boikot, Pelupusan dan Sekatan Terhadap Israel (BDS) adalah gerakan global yang bertujuan untuk meningkatkan tekanan ekonomi dan politik terhadap Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberhentikan aktiviti pendudukan dan penindasan rakyat Palestin.
BDS Malaysia adalah sebahagian daripada gerakan global ini yang kini terdiri daripada NGO, berbagai persatuan agama, kesatuan sekerja, persatuan akademik dan pelajar serta penerima anugerah Nobel untuk keamanan.
Gerakan BDS antarabangsa telah berjaya berkempen menentang syarikat perniagaan yang bersubahat dalam kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. BDS Malaysia tidak akan teragak-agak untuk turut serta dengan kempen terhadap Giant jika Giant masih berdegil untuk menjual produk syarikat Israel.
Kami harap Giant akan membuat keputusan yang sewajarnya tentang perkara ini secepat mungkin.
Terima kasih.
Prof Mohd Nazari Ismail, PhD.
Pengerusi,
BDS Malaysia
http://bdsmalaysia.com/h/

sumber: FB Agsa syarif dan FB BDS

#setiupost
#boycottisrael

Buku FIQH UMRAH KONTEMPORARI panduan untuk anda oleh Ustaz Jamaluddin Hashim UNISZA

Image may contain: 5 people, text

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh
Buku Fiqh Umrah Kontemporari ini merupakan catatan peribadi saya sejak berkecimpung sebagai Pembimbing Ibadah Haji dan Umrah bermula tahun 2003. Penulisan buku ini bersumberkan kitab-kitab fiqh muktabar dalam Mazhab Syafie, resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan dan buku-buku Panduan Haji dan Umrah terbitan Tabung Haji. Ini adalah setelah mengambil kira pandangan Fiqh Haji dan Umrah yang berautoriti di Malaysia berasaskan Mazhab Syafie dan resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan.

Image may contain: 1 person, text

Buku ini wajar dimiliki oleh semua terutamanya bakal jemaah umrah lelaki dan wanita serta pembimbing umrah. Ini kerana penulisan buku ini disusun mengikut pergerakan jemaah umrah yang memasuki Tanah Suci Makkah sama ada melalui Madinah atau langsung dari Tanah Air. Selain itu, buku ini memberikan panduan pelaksanaan umrah bagi kanak-kanak. Panduan ini sangat penting bagi ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke Tanah Suci untuk sama-sama melakukan umrah. Buku ini turut menyentuh pelbagai isu ibadat yang sering menjadi persoalan dalam kalangan jemaah umrah.
Harga senaskhah RM20. Tidak termasuk kos penghantaran. Saya akan mengunakan sampul Flexipack (Pos Malaysia) yang berharga RM5 (Semenanjung Malaysia).
Jika berminat untuk mendapatkan buku ini sila whatapps saya (013-9951480)

sumber: FB Jamaluddin Hashim

P/S" Penulis Jamaluddin hashim ini adalah sahabat admin dan seorang pemberi kuliah dan pembimbing haji dan umrah dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di UNISZA


#setiupost
#terengganumyheritage

Projek OBOR dan Kejatuhan Kerajaan Melaka


14222127_1438064429543960_7253483539832521241_n
1) Membaca laporan The Edge beberapa hari lepas tentang perjanjian yang baru termeterai dalam projek Malacca Gateway yang menelan belanja sebanyak RM 30 billion melibatkan kerajaan China di bawah projek One Belt One Road, sangat mengusarkan hati.
2) Bukan sedikit projek-projek ini telah berjaya termeterai dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan bukan sedikit jumlah hekar tanah yang telah dibeli. Melaka Gateway ini sahaja merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar) di Selat Melaka. Belum lagi jika kita lihat apa yang berlaku di Johor.
3) Sepanjang tahun 2012 hingga 2014, syarikat hartanah terbesar China seperti Country Garden, R&F Properties dan Greenland Group membeli aset-aset tanah yang strategik, jika kita lihat perancangan yang bakal mereka bangunkan seperti Forest City, 3400 ekar menghubungkan Nusajaya di Johor dan Tuas di Singapura , Greenland Group pula ingin membangunkan bandar sebesar 3000 ekar di Pasir Gudang.
4) Projek-projek ini juga mengambil model Hong Kong dan juga Shenzen untuk dibangunkan. Hal ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya. Adakah sekadar satu “perniagaan” sahaja mereka masuk dan melabur besar membeli hartanah kita? Tanpa ada sebarang niat lain?
5) Jika kita melihat kembali catatan sejarah, iaitu Hikayat Hang Tuah, pada bab 28, iaitu bab terakhir hikayat ini dikisahkan mengenai episod tentang kedatangan Portugis dengan penuh tipu helah datang ke Melaka. Mereka, orang Portugis sibuk pada ketika itu membeli tanah di Melaka, kononnya untuk membina gedung perniagaan. Sultan dan orang Melayu percaya bahawa mereka tiada niat yang jahat, hanya sekadar mahu berniaga. Tetapi, sebaliknya berlaku, mereka telah membawa masuk senjata dan meriam ke gedung itu. Ketika sudah siap segala persiapan mereka, maka mereka menyeranglah Melaka. Jatuhlah sudah Melaka ke tangan Portugis disebabkan oleh kenaifan orang Melayu dalam memahami percaturan dan strategi musuh.
6) Lebih 500 tahun peristiwa ini berlaku, dan sepanjang belahan sejarah, peristiwa ini masih terus berulang, berulang dan terus berulang. Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran?

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

sumber: focuss.my

 

Sunday, January 22, 2017

Ramadhan dikebumi di perkuburan Baqi, Madinah




Dungun: Jenazah pengidap leukemia, Muhammad Ramadhan, 20, yang meninggal dunia di Madinah ketika dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah, semalam dijangka dikebumikan di Madinah, kira-kira 6 petang ini waktu Malaysia.
Ibunya, Saibah Yaacub, 57, berkata, jenazah anak bongsunya itu akan kebumikan selepas solat Zuhur di Madinah kerana segala urusan dokumentasi sudah selesai.
Menurutnya, jenazah anaknya itu ketika ini masih berada di Hospital Al-Ansar dan akan dimandikan dan dikafankan sebelum dibawa untuk solat jenazah di Masjid Nabawi,
"Sebaik selesai segala urusan itu, jenazah Muhammad Ramadhan akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan masjid terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, dilaporkan Muhammad Ramadhan dari Kampung Beril, Paka meninggal dunia di Hospital Al-Ansar pada 11.20 pagi sebelum sempat berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah selepas dia dan ibunya itu dibiaya ke Tanah Suci oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) dan kerajaan negeri.

@ Harian Metro Online

Ustazah lemas setelah kereta terbabas dalam parit di Besut, Terengganu



Jertih: Ustazah lemas selepas kereta dipandu terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, 1.30 petang tadi.
Difahamkan, suami mangsa, Ahmad Ruzaizi Mahmud, 46, yang mengeluarkan mangsa, Masni Ngah @ Mohd Jaiz, 44, dari kereta sementara menunggu bantuan pihak berkuasa.
Ahmad Ruzaizi yang juga seorang guru ketika itu berada di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang dan bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa.
Masni Ngah bertugas sebagai guru agama di Kolej Vokasional Besut.



Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut membabitkan kereta di lokasi kejadian pada 2.20 petang.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian dan mayatnya di bawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
"Siasatan mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit sebelum lemas," katanya.

sumber: Harian Metro online

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...